CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tanggunglah Siapa Yang Fitnah Itu," Watie Dituduh Dah Kenal Shuib Sewaktu Arwah Siti Sarah Masih Hidup

1-11-2023 10:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6306| Komen: 44

Isteri Shuib, Watie menegaskan dia mula berkenalan dengan suaminya itu pada Disember 2021.

Katanya mereka berkenalan selepas Shuib bergelar duda dan bukannya semasa masih bersama isteri arwah Siti Sarah Raisuddin.


Foto: IG

"Aiyoook, tanggunglah siapa yang fitnah itu.

"Kami tak pernah kenal pun. Dia tackle (mengurat) pun selepas dia menduda," katanya di IG Story.

"Betul ke bercinta dengan Shuib masa Shuib masih lagi suami arwah Sarah?" soalnya.




Tidak hanya sekadar menjawab, Watie juga memuat naik tangkap layar perbualannya bersama Shuib sewaktu awal perkenalan.


Dalam perbualan tersebut Shuib yang memulakan langkah untuk berkenalan selain meminta nombor telefon Watie.



Malah Shuib juga sempat mengusik bahawa Watie agak sukar untuk dihubungi.

Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.


Ia merupakan perkahwinan kedua buat Shuib selepas pemergian isterinya iaitu penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.


Hasil perkahwinan sebelum ini, Shuib dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra,9, Ariq Matin,6 dan Ayash Affan, 2 tahun. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote OsHiN_hOnEy 1-11-2023 10:22 AM
bkn dulu ada thread yg Ib kata
watie yg dm dia sebab nak ucap takziah?

errr
Quote arffa 1-11-2023 10:25 AM
OsHiN_hOnEy replied at 1-11-2023 10:22 AM
bkn dulu ada thread yg Ib kata
watie yg dm dia sebab nak ucap takziah?

Dia ucap takziah, Ib memulakan langkah perkenalan. Sikit sangat screen shoot dia tunjuk.
Quote Robitadotcom 1-11-2023 10:36 AM
ooo mksudnya tk screenshot penuh la ni yeeee. hmmm pandai memasing spin.
Quote laksmanabentan 1-11-2023 10:40 AM
OsHiN_hOnEy replied at 1-11-2023 10:22 AM
bkn dulu ada thread yg Ib kata
watie yg dm dia sebab nak ucap takziah?




https://gempak.com/berita-terkin ... capan-takziah-81481


Quote red_velvet 1-11-2023 10:42 AM
Yang bertanya pun.. orang tu dah kawin dah ...tak yah la sesibuk sgt tanya soalan berulang..soeb je pun nokkkk...kalau bam tah wajar jugak nak cari kebenaran
Quote laksmanabentan 1-11-2023 10:44 AM
https://www.rotikaya.com/video-g ... al-dengan-usahawan/

2019 da start keluar gossip suara yang dipercayai dari Shuib masa bermain golf dengan Watie
Quote JahLupa 1-11-2023 10:45 AM
Kita putarrrr halim.. bukan sama sama geng tok scammer ke
Quote Miss.Rara 1-11-2023 11:02 AM
wowww.. siti sarah meninggal ogos 2021, start cari pengganti dec 2021..

cargasss nampak
Quote OsHiN_hOnEy 1-11-2023 11:19 AM
laksmanabentan replied at 1-11-2023 10:40 AM
https://gempak.com/berita-terkini/selepas-lima-bulan-baru-dia-balas-detik-perkenalan-shuib-wati ...

alarrr opis blocked semua link ni

mmg ada kan ib kata watie yg dm dia dulu?
Quote OsHiN_hOnEy 1-11-2023 11:20 AM
arffa replied at 1-11-2023 10:25 AM
Dia ucap takziah, Ib memulakan langkah perkenalan. Sikit sangat screen shoot dia tunjuk.

dah sendu sgt ker sampai nak up lagi
dah bahagia kan skrg? buat tak tau jer pun ok jer
lama2 netijen dah angkat dia sebagai ibu sambung terhormati

nak jugekkkk org speku, dah lar kat CARI ni mcm2 thread dulu kita dah kupas

haishh lar watiee oiii
Quote laksmanabentan 1-11-2023 11:27 AM
Edited by laksmanabentan at 1-11-2023 11:28 AM
OsHiN_hOnEy replied at 1-11-2023 11:19 AM
alarrr opis blocked semua link ni

mmg ada kan ib kata watie yg dm dia dulu?



Mesej ‘salam takziah’ satukan dua hati, Watie yakin Shuib boleh jadi suami & pemimpin yang baik

June 8, 2023






TUNANG kepada pelawak dan penyampai radio Shuib iaitu Watie Hanifiah berkongsi bibit percintaan mereka bermula dengan mesej ‘salam takziah’ yang dikirim menerusi mesej langsung (DM) di Instagram.


Kata Watie, selepas mengetahui Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia, dia sama seperti individu lain yang menghantar mesej tersebut di akaun media sosial Shuib.
Bagaimanapun, Watie mendedahkan, tunangnya itu hanya membalas ucapan tersebut lima bulan kemudian dan dari situlah bermulanya perkenalan mereka.

Watie merupakan seorang ahli perniagaan
“Saya ada hantar DM ‘salam takziah’ di Instagram masa arwah Siti Sarah meninggal dunia tapi dia balas lepas lima bulan,” katanya kepada URTV.

Sementara itu, Shuib menambah, dia juga ada meminta nombor telefon Watie sebagai langkah pertama untuk memulakan perkenalan.
“Dia salah seorang yang ucapkan takziah masa arwah Siti Sarah meninggal dalam ramai-ramai orang yang hantar mesej.
“Itu mungkin ‘point’ jugalah saya bercakap dengan dia dalam DM. Tapi tak sangka pula bila kita minta nombor telefon tu…dapat.
“Dan masa saya DM minta nombor telefon tu saya fikir ‘apa yang aku buat ni’. Saya ada perasaan tak sepatutnya minta.
“Tapi tulah masa kita serahkan saja sebab masa saya minta (nombor telefon), dia tak balas. Masa tu saya rasa mungkin pandangannya pada saya tu tak ‘connect’…jadi saya tunggu sajalah,” ujarnya.
Watie dan Shuib berkata demikian ketika ditemui di sidang media Walimatulurus Shuib & Watie yang diadakan di Astro, Bukit Jalil, semalam (Rabu).

Ada rekod baik, layanan bakal ibu mentua
Memiliki rekod yang baik sewaktu bergelar suami kepada arwah Siti Sarah, membuatkan hati Watie tidak ragu-ragu untuk menerima lamaran lelaki itu.
Akui ada bertanyakan pendapat keluarga sebelum membuat keputusan, Watie yakin dengan pilihannya dan percaya Shuib boleh membahagiakan dirinya.
“Saya ada ambil masa, beritahu keluarga untuk minta pendapat dan mereka juga tahu saya suka budak-budak. Penerimaan anak-anak dan keluarga dia juga sangat baik terutama ibunya. Itu yang buat saya terima.
“Dia ada rekod yang baik. Sebab bila kita nak kenal dengan orang itu, kita kena ambil masa yang lama tapi macam dia lain. Saya dah tahu sedikit sebanyak mengenai dia semasa dia dengan arwah.
“Dia nampak boleh jadi suami dan pemimpin yang baik. Sebab itu saya yakin nak bawa hubungan itu lebih jauh,” kongsinya.


Untuk rekod, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu.
Sebelum ini, Shuib pernah berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Namun, arwah Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.





Quote nordin84 1-11-2023 11:32 AM
4bulan je uols..tu la org ckp jgn caya laki yg meratip bini meninggal..cpt je dia mulakan langkah haha
Quote heythere123 1-11-2023 11:36 AM
bengap jugak ek shahmira ni. Kalau orang baca screenshot tu pon orang tau dah tu bukan gaya first time berkenalan. Tu macam member yg dah kenal tapi saje buat loyar buruk.

Quote per706 1-11-2023 11:36 AM
Sooooooooooooo???


Da kawen kan. Diam kau berdua di tepi sana!
Quote suterabiru123 1-11-2023 11:40 AM
Yg tahu je tau
Quote zuriey 1-11-2023 11:42 AM
Celakak dlm dok sedu sedan menangis buat konten rindu arwah alih2 ngorag ppuan lain
Quote arffa 1-11-2023 11:53 AM
OsHiN_hOnEy replied at 1-11-2023 11:20 AM
dah sendu sgt ker sampai nak up lagi
dah bahagia kan skrg? buat tak tau jer pun ok jer
lama2 netij ...

kan diam - diam sudah, sebelum ni ada video yang main golf tu kan
Quote abangadek 1-11-2023 12:01 PM
Baguih ya wati ni.. sanggup kawen duda ank berderet
Quote carlalily 1-11-2023 12:01 PM
heythere123 replied at 1-11-2023 11:36 AM
bengap jugak ek shahmira ni. Kalau orang baca screenshot tu pon orang tau dah tu bukan gaya first ti ...

haha...kan...macam saje member2 gurau kacau mintak no gitu. Padahal dah kenal.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.099645 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top