|
Pengurus Siti Nordiana mendakwa lima defendan berkali-kali melakukan siaran langsung bertujuan untuk memburukkan nama dan imej penyanyi itu. Namun sebelum ini mereka menyindir Siti Nordiana tanpa menyebut nama.
"Siaran yang berlangsung itu bukan kali pertama yang dilakukan mereka berlima. "Sebelum itu ada juga siaran langsung, hantaran-hantaran yang menyindir Nana (Siti Nordiana) tanpa sebut nama,” katanya. Anas berkata perkara itu ketika perbicaraan kes saman fitnah Siti Nordiana terhadap lima sekawan di hadapan Hakim, Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin. Ketika ditanya oleh peguam defendan keempat iaitu Fithril Hakim Ab Jalil mengapa tiada sebarang tindakan diambil ketika itu, Anas berkata ini kerana mereka tidak menyebut nama Siti Nordiana.
"Sebelum ini tidak ambil tindakan sebab tiada (sebut) nama. Baru (kali ini) dapat peluang nak saman,” ujarnya. Isu membabitkan penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan termasuk penyanyi Lan Solo dan Syura Badron bermula apabila selebriti tersebut memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos 2021. Nana memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai 2021 di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, dengan menamakan Lan Solo, 36, isterinya Nur Sheila dan Syura, 35, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga. Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 43, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 42. Dalam saman tersebut, Siti Nordiana telah menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan. Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah. Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai 2021. -CARI Sumber: mStar
|
ReginaGeorge replied at 30-10-2023 06:54 PM
Dan 5 sekawan ini semua MISKIN. Lan tu siap buat cover lagu orang sabah demi mendapat tempat di hati ...
ReginaGeorge replied at 30-10-2023 06:54 PM
Dan 5 sekawan ini semua MISKIN. Lan tu siap buat cover lagu orang sabah demi mendapat tempat di hati ...
mizzmimi replied at 30-10-2023 11:27 AM
Promo jah tu. Dia bukak kedai jual barang runcit dari sabah kan..

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.090803 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.