CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jom Serbu Nasi Kaya, Harga RM3 Saja!

27-11-2015 05:58 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 7582| Komen: 23

Oleh Izzah Abbasy

Manalah nak dapat nasi yang berlauk ayam, ikan dan sayur dengan harga RM3 pada zaman sekarang ini kan?

Namun, berbeza dengan kisah orang kelainan upaya (OKU) di Perak yang menjual sebungkus nasi dengan harga yang begitu murah iaitu RM3 sahaja dengan nasi pandan, dua lauk utama, sayur dan keropok atau papadom.

Orang ramai sendiri mempunyai pilihan untuk membeli Nasi Kaya ini sama ada Nasi Kaya RM3 (dua jenis lauk), Monster Pack (empat jenis lauk) atau Monster Pack Special (5 jenis lauk).

Disebabkan harganya yang sangat murah, ramai pelanggan yang sanggup beratur selama 20 minit semata-mata mendapatkan sebungkus nasi istimewa ini yang terletak di tepi jalan di Jalan Pari, Manjoi.

Lelaki yang merupakan golongan OKU ini adalah Encik Mohammad Farul Mohammad berusia 37 tahun dan dia merupakan bekas Pensyarah Teknologi Maklumat di sebuah kolej swasta, namun terpaksa berhenti akibat masalah penglihatan penyakit strok dalaman (lubang kecil pada otak). - CARI Infonet















22

Bagus
28

Marah
10

Terkejut
14

Sedih
22

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (109 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_conan 27-11-2015 02:14 PM
bukan dia ni ke yg pernah viral sbb nasik ni?
Quote kentel 27-11-2015 02:15 PM
wah...usaha walaupun oku...bagusla..semoga murah rezeki...
Quote krustykrab 27-11-2015 03:12 PM
malu yg sihat tp pilih utk ragut..rompak n samun
semoga mamat ni sentiasa dimurahkn rezeki
Quote rospinki 27-11-2015 03:22 PM
skrg nk bisnes maju jual murah je.
Quote izabellemylia 27-11-2015 03:34 PM
oklah mur2..
Quote moocoww 27-11-2015 03:42 PM
Wah...meriah betul lauk2nya...
Quote lurve82 27-11-2015 04:10 PM
skrg ramai dh berniaga nasi rm3 nih...letak tmpt ceruk2 pun ramai gak yg beratur..murah dan sedap...
Quote akusukaq 27-11-2015 04:44 PM
Kat tempát aku sebungkus nasi lemak  setengah cawan , sambal air cili tanpa bilis , secebis timun nipis
dan  secebis ibu jari telur dadar nipis berharga rm 2. Makan dalam 6 sudu dah tinggal kertas balut plastik.
Ini baru layak di panggil nasi káya. Berniaga sebulan dah jadi kaya
Quote Vellfire 27-11-2015 04:47 PM
tengok gambo mcm sedap... semoga murah rezeki
Quote TPPA 27-11-2015 04:48 PM
akusukaq replied at 27-11-2015 04:44 PM
Kat tempát aku sebungkus nasi lemak  setengah cawan , sambal air cili tanpa bilis , secebis timun n ...

Bebal jatuh pada pembeli. Janganlah beli dari penjual itu.
Quote akusukaq 27-11-2015 06:41 PM
Edited by akusukaq at 27-11-2015 10:42 AM
TPPA replied at 27-11-2015 08:48 AM
Bebal jatuh pada pembeli. Janganlah beli dari penjual itu.

Pelangan beli pun sebab nasi itu dah siap dibungkus dlm kertas minyak alas plastik.
Kalu nampak isi nya pasti tiada pelangan yg sanggub nak beli
Tak kan pelangan nak buka bungkusan plk cek dulu
Quote alien3d 27-11-2015 06:45 PM
akusukaq replied at 27-11-2015 04:44 PM
Kat tempát aku sebungkus nasi lemak  setengah cawan , sambal air cili tanpa bilis , secebis timun n ...

kat kuantan gitu.. mau ada telur   2.50.kalau nasib jumpa 1.00.. kalu kat kedah wujud lagi..Paling aku geram kuantan , kuih 3 seringgit pilih pun tak leh.

Quote GhostWalking 27-11-2015 06:45 PM
Dekat usj nasi lemak sebesar puting tina turner harga rm1 tapi orang beratur gila panjang.tu pun ye nasi kaya
Quote FOTHER-MUCKER 27-11-2015 07:03 PM
Ada juga orang complain disebabkan murah. Samalah seperti kedai pizza yang saya biasa pergi. Dulu satu pizza bersaiz 7" dijual 99 pance. Selalu orang datang terkejut kerana harga terlalu murah. Sekarang telah dinaikan harga £1.50p
Quote GhostWalking 27-11-2015 07:07 PM
alien3d replied at 27-11-2015 10:45 AM
kat kuantan gitu.. mau ada telur   2.50.kalau nasib jumpa 1.00.. kalu kat kedah wujud lagi.:love ...

Kedah bawak rm10 penuh tangan pegang beg plastik isi makanan
Quote eLiaD 27-11-2015 07:25 PM
klo belah utara, kedah bule dianggap murah
tp yg pelik belah pantai timur asal up sgt harga makanan.. kalah johor
Quote TPPA 27-11-2015 08:07 PM
eLiaD replied at 27-11-2015 07:25 PM
klo belah utara, kedah bule dianggap murah
tp yg pelik belah pantai timur asal up sgt harga makanan ...

Dia guna air mutlak. Itu yang mahal.
Quote eLiaD 27-11-2015 08:23 PM
TPPA replied at 27-11-2015 08:07 PM
Dia guna air mutlak. Itu yang mahal.

islamiknya.....

smpi gunakan air suci utk memasak..kihkihkih
Quote zjen 28-11-2015 04:02 AM
Edited by zjen at 28-11-2015 04:03 AM

ntah naper iols rasa sedih je dgn biter camni  ....  skang 7 ringgit org dah beratur sampai camni   .....   malas nak tulis zaman dulu,   tinggal nostalgia


sedih utk masa depan bila dah  'negara berpendapatan tinggi'   nasi campur 100 ringgit pon org beratur  

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.049236 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top