CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Achey Akui Guna Populariti Anak Sebagai Pelaris Bisnes

30-10-2023 05:01 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2267| Komen: 7

Pelawak, Achey, mengakui dakwaan yang mengatakan dia sengaja menggunakan populariti anaknya, Nur Tiara Zinnirah Nasir sebagai pelaris bisnes.

Katanya, ia bagaimanapun digunakan ke arah perkara positif dan bukannya benda mengarut.



"Memang saya gunakan populariti anak, tetapi lebih kepada perkara positif, bukannya mengarut. 

"Bila perniagaan gula-gula dan coklat yang Tiara usahakan mendapat sambutan, saya pulangkan semula keuntungan dengan membeli van jenazah untuk tujuan kebajikan. Ini adalah pesanan arwah bapa.

"Setiap 10 peratus keuntungan, kami masukkan dalam akaun simpanannya. Ini kerana kami mahu Tiara tahu duit itu adalah hasil titik peluhnya berniaga sejak kecil.

"Sebenarnya ada banyak lagi perancangan disusun untuk Tiara. Semuanya dilakukan untuk masa depannya," katanya.

Terdahulu, dalam masa dua jam, Tiara berjaya menjual 3,000 pek gula-gula menerusi TikTok ketika jualan pertama.


Selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga, Achey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya mengambil Tiara sebagai anak angkat pada 2018.


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Diamondmoney 30-10-2023 05:10 PM
Bdk ni mak dia mmg tak reti kemaskan ank ke
Selekeh memanjang
Quote pembacagosip 30-10-2023 05:11 PM
aku tanya je tau tanya
boleh ke bawa budak perempuan g solat jumaat? biasa bawa budak lelaki je kan
boleh je cakap x payah dok rumah, org lelaki je solat jumaat, sbb x pernah nampak plak budak perempuan g masjid solat jumaat
Quote Robitadotcom 30-10-2023 05:15 PM
Lahhh fofular ke anaknya? kalau jumpa kt mydin ni mmg tk tau pn tu anak retisss.. lain la muka mmg ada wowwww effect mcm anak awal ke ha tu org tau anak retis
Quote Perawankota 30-10-2023 05:22 PM
Ermm.. Nak kata budak ni comot kang, kata tak baik lak.. Aku kecik2 pon comot2 gak.. Tapi dulu2 x der socmed, so tak der lah nk upload gmbr comot..


Tapi tu lah...
Quote DeLuna85 30-10-2023 05:38 PM
Chuolls ni tak baik… tapi mmg comot kan. Kemaskan lah sikit rambut anak tu. Walaupun dia ni anggap anaknya ini anak kecil yang terpaling funny, paling banyak keletah abad ini, tapi aku taklah rasa menyampah pun. Bukan pun dia paksa anaknya ujibakat berlakon. Jadi pelakon di usia kecil begini. Dia ajar anaknya berniaga. Benda baik.
Quote amyfaha 31-10-2023 12:42 AM
Anak beranak berkeladak
Quote kerani_je 31-10-2023 12:48 AM
Anak die sekolah private tadika Brainy Bunch tp serupa budak sekolah tadika kemas jerrr iolss nengok..

Xnk salahkn budak tu tp bini si achey ni kasi la kemas n bergaya bdk tu sikit..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.125736 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top