|
View: 2219|Reply: 7
|
Achey Akui Guna Populariti Anak Sebagai Pelaris Bisnes
[Copy link]
|
|
|
Pelawak, Achey, mengakui dakwaan yang mengatakan dia sengaja menggunakan populariti anaknya, Nur Tiara Zinnirah Nasir sebagai pelaris bisnes.
Katanya, ia bagaimanapun digunakan ke arah perkara positif dan bukannya benda mengarut.
"Memang saya gunakan populariti anak, tetapi lebih kepada perkara positif, bukannya mengarut.
"Bila perniagaan gula-gula dan coklat yang Tiara usahakan mendapat sambutan, saya pulangkan semula keuntungan dengan membeli van jenazah untuk tujuan kebajikan. Ini adalah pesanan arwah bapa.
"Setiap 10 peratus keuntungan, kami masukkan dalam akaun simpanannya. Ini kerana kami mahu Tiara tahu duit itu adalah hasil titik peluhnya berniaga sejak kecil.
"Sebenarnya ada banyak lagi perancangan disusun untuk Tiara. Semuanya dilakukan untuk masa depannya," katanya.
Terdahulu, dalam masa dua jam, Tiara berjaya menjual 3,000 pek gula-gula menerusi TikTok ketika jualan pertama.
Selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga, Achey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya mengambil Tiara sebagai anak angkat pada 2018.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bdk ni mak dia mmg tak reti kemaskan ank ke
Selekeh memanjang |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
aku tanya je tau tanya
boleh ke bawa budak perempuan g solat jumaat? biasa bawa budak lelaki je kan
boleh je cakap x payah dok rumah, org lelaki je solat jumaat, sbb x pernah nampak plak budak perempuan g masjid solat jumaat
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lahhh fofular ke anaknya? kalau jumpa kt mydin ni mmg tk tau pn tu anak retisss.. lain la muka mmg ada wowwww effect mcm anak awal ke ha tu org tau anak retis |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ermm.. Nak kata budak ni comot kang, kata tak baik lak.. Aku kecik2 pon comot2 gak.. Tapi dulu2 x der socmed, so tak der lah nk upload gmbr comot..
Tapi tu lah... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Chuolls ni tak baik… tapi mmg comot kan. Kemaskan lah sikit rambut anak tu. Walaupun dia ni anggap anaknya ini anak kecil yang terpaling funny, paling banyak keletah abad ini, tapi aku taklah rasa menyampah pun. Bukan pun dia paksa anaknya ujibakat berlakon. Jadi pelakon di usia kecil begini. Dia ajar anaknya berniaga. Benda baik. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak die sekolah private tadika Brainy Bunch tp serupa budak sekolah tadika kemas jerrr iolss nengok..
Xnk salahkn budak tu tp bini si achey ni kasi la kemas n bergaya bdk tu sikit.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|