|
Personaliti media sosial iaitu Aisyah Hijanah mendedahkan rumah tangganya dengan suami, Mohd Hazalif ditimpa ujian apabila ada individu didakwa cemburu melihat kebahagiaan mereka. Menurut Aisyah, sepanjang enam tahun mendirikan rumah tangga, kali inilah dia berasa sangat mencabar dari segi mental, fizikal, keimanan dan kesetiaan.
"Tak ada pasangan yang nak hadap perkara ini. Tak ada pasangan yang nak hadap pendatang luar masuk ke dalam keluarga. "Tetapi ia terjadi kepada kami dan saya kena kuat untuk hadap semua ini. Kalau tidak saya akan kalah. Sepanjang enam tahun ini, saya tidak benarkan sesiapa sahaja untuk datang ke dalam hati saya. "Sebab saya tahu, suami saya layak mendapat kasih sayang, perhatian dan layanan yang baik daripada saya. Saya tidak perlukan perhatian mana-mana lelaki. "Sama juga buat wanita di luar sana. Kalau mereka rasa seseorang lelaki itu sudah mempunyai isteri, janganlah korang berani untuk ganggu rumah tangga lelaki tersebut dan dapatkan perhatian daripadanya.
"Saya tak tahu berapa banyak air mata dan rasa sakit yang wujud. Bagi saya semuanya sakit sehinggakan berat badan saya menjadi susut," katanya.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.811719 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.