CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Arwah Sempat Whatsapp, Transfer Duit Pada Anak' - Isteri Badrul Muhayat

28-10-2023 07:24 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 10094| Komen: 17

Norhayati Zulkapli, isteri kepada Allahyarham Badrul Muhayat berkata suaminya sempat menghantar WhatsApp terakhir kepada salah seorang anaknya sebelum disahkan meninggal dunia pagi tadi.

Suaminya juga memintanya memindahkan duit kepada anaknya pada pukul 7.30 pagi tadi.


Menurut Norhayati, dia tidak menyangka arwah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya selain menyifatkan aktor itu  suami yang baik serta tiada galang ganti.


“Tak sangka jadi macam ini pagi ini. Kali terakhir bercakap dengannya pada pukul 7.30 pagi, dia suruh saya transfer duit kepada anaknya dan sempat WhatsApp anaknya.

“Abah penat, abah nak sambung tidur balik. Itu kata-kata terakhir daripadanya sebelum saya kejutkan dia buat kali kedua pada pukul 10.50 pagi tadi dan ketika itu, keadaannya sudah tidak normal.

“Badannya ada tompok-tompok darah (seakan darah beku), tangan longlai, dahi sudah sejuk, cuma dada dia panas sikit. Saya jerit panggil rakan-rakan dalam homestay sebelum hubungi ambulans,” katanya kepada HibGlam ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang, petang tadi.


Norhayati memaklumkan kematian Badrul Muhayat disahkan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang tiba di inap desa berkenaan.


Meski masih terkejut dengan kehilangan besar itu apatah lagi baru enam bulan mendirikan rumah tangga , Norhayati reda dengan pemergian suami tercinta

“Kami ke mana-mana berdua. Memang dia (arwah) dah lama hidap kencing manis. Sebelum kenal saya, badannya kurus sangat. Selepas kenal, dia mula berisi sikit.

“Saya pastikan dia tak makan manis dan ambil ubat kencing manis. Memang sedih, Allah pinjamkan saya insan yang baik, dia tak nak susahkan saya. Dia selalu doakan orang panjangkan umur dan murah rezeki.
“Walau sedih, saya reda dengan pemergian suami. Wajah arwah seakan tersenyum dan nampak berseri,” katanya.

Norhayati turut memaklumlkan jenazah Badrul Muhayat akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda di Sentul, Kuala Lumpur pagi esok.

“Jenazah akan dibedah siasat, dimandi dan dikafankan di Hospital Seberang Jaya petang ini.

“Sebaik selesai, jenazah dijangka dibawa pulang ke Kuala Lumpur selepas solat Maghrib,” katanya.

Terdahulu, Allahyarham Badrul atau nama sebenarnya, Badrul Muhayat Ahmad Jailani, meninggal dunia dalam tidur di sebuah homestay di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam pagi ini.

Aktor yang mendirikan rumah tangga dengan Norhayati pada 18 April lalu itu terkenal dengan filem Harry Boy pada tahun 1991 dan Riang Tirana (1990). 


Sumber: HibGlam


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lyshafull 28-10-2023 07:34 PM
Salam takziah buag keluarga
Mmg menyayat hati bila pergi tiba2
Quote Miss_LoveLeen 28-10-2023 07:46 PM
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.. semalam terkejut pada kematian arwah bad. Hari ni arwah badrul muhayyat pulak. Semoga kedua2nya diampunkan segala dosa2 & ditempatkan dalam kalangan org yg beriman
Quote irsa 28-10-2023 07:56 PM
Takziah buat family arwah
Quote rendangayam 28-10-2023 07:58 PM
Takziah buat keluarga
Quote theotherfriend 28-10-2023 08:13 PM
Nampak elok isterinya yang ini. Semoga mudah perjalanan arwah di negeri abadi. Alfatihah
Quote LadyCarefree 28-10-2023 09:00 PM
iols terkejut baca ingatkan berita silap Bad.
Quote cik_ingeniare 28-10-2023 09:26 PM
Salam takziah buat seisi keluarga sedihnya bila pasangan pergi mengejut.. semoga Allah tempatkan rohnya dalam kalangan orang beriman
Quote imransulaiman 28-10-2023 09:31 PM
Salam takziah... Dua Badrul "pergi" dalam masa terdekat...
Quote freyayong 28-10-2023 09:36 PM
Salam takziah. Lg sorg artis pergi ada sakit kencing manis. Menandakan kencing manis ini sgt bahaya. Ibu kepada penyakit kronik yg lain. Apa pun dah sampai ajal dia.
Quote Mary_jane 28-10-2023 11:34 PM
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎

Salam takziah buat isteri arwah dan keluarga.
Quote Nana_Man 29-10-2023 12:25 AM
Terkejut dgr berita ni tadi.
Quote matjerk 29-10-2023 01:12 AM
[ig]https://www.instagram.com/reel/Cy8iWpcSQLk/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==[/ig]
Quote doubleA 29-10-2023 01:31 AM
Takziah, terkejut dgn perkhabaran bad indigo, ni badrul muhayat pula
Quote zuriey 29-10-2023 05:45 PM
Ok la tu dah bg duit dkt ank
Haritu bergaduh kan dgn ex bini sbb tak bg nafkah
Harap sempat la berbaik2 dgn ex sblm meninggal ni
Quote babelina 30-10-2023 11:06 AM
moga roh beliau di tempatkn dikalangan mereka2 yg beriman.. amin yra..
arwah dh tua makin hensem.. i ols suka dia..
Quote HoneyManjer 30-10-2023 11:20 AM
fine wine sungguh dia eh...
ajal dah tiba...tek terlewat walau sesaat
Quote Mamason 30-10-2023 11:42 AM
Innalillahiwainnailahirojiun... Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.  Sesungguhnya yang hidup pasti mati.  Tidak lambat dan tidak cepat walau sesaat.  Hanya Allah Maha Mengetahui.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.041302 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top