|
Pelakon Aiman Hakim Ridza menyifatkan suasana ketika menjayakan apa sahaja projek bagi mana-mana platform OTT dirasakan lebih seronok, malah mampu bertahan dalam jangka masa panjang. Jejaka berusia 34 tahun itu berkata, dia lebih selesa menjalani penggambaran di bawah platform penstriman atau Over The Top (OTT) berbanding televisyen (TV) kerana lebih terbuka dan realistik.
"Saya tak nafikan OTT memberi lebih banyak kebebasan, realistik dan boleh bertahan dalam jangka masa panjang. "Kalau platform konvensional atau TV, habis setakat itu sahaja, namun ia berbeza dengan OTT yang lebih disiarkan berpanjangan. "Suasana menjalani penggambaran bagi mana-mana platform OTT berbeza daripada untuk siaran TV. "Kalau di TV, orang datang untuk balik, tapi OTT orang datang untuk terus lihat ke hadapan apa lagi yang boleh dilakukan. Ini kerana, sasaran diletakkan oleh setiap platform berbeza," katanya kepada BH Online.
|
heythere123 replied at 28-10-2023 08:18 PM
iols sampai sekarang tak paham awat mamat kaku macam heols laku dekat OTT.
Tteobokki replied at 28-10-2023 09:47 PM
Bayar murah nokkk. Sendu kan

Tteobokki replied at 28-10-2023 09:49 PM
Entah. Aku memang tak suka ko. Aura poyo kuat sangat. Rupa pun basic.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.388812 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.