CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5307|Reply: 14

Aiman Hakim Lebih Suka Berlakon OTT Sebab Lebih Terbuka, Realistik

[Copy link]
Post time 28-10-2023 06:51 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Aiman Hakim Ridza menyifatkan suasana ketika menjayakan apa sahaja projek bagi mana-mana platform OTT dirasakan lebih seronok, malah mampu bertahan dalam jangka masa panjang.


Jejaka berusia 34 tahun itu berkata, dia lebih selesa menjalani penggambaran di bawah platform penstriman atau Over The Top (OTT) berbanding televisyen (TV) kerana lebih terbuka dan realistik.






"Saya tak nafikan OTT memberi lebih banyak kebebasan, realistik dan boleh bertahan dalam jangka masa panjang.


"Kalau platform konvensional atau TV, habis setakat itu sahaja, namun ia berbeza dengan OTT yang lebih disiarkan berpanjangan.


"Suasana menjalani penggambaran bagi mana-mana platform OTT berbeza daripada untuk siaran TV.


"Kalau di TV, orang datang untuk balik, tapi OTT orang datang untuk terus lihat ke hadapan apa lagi yang boleh dilakukan. Ini kerana, sasaran diletakkan oleh setiap platform berbeza," katanya kepada BH Online.


  



Justeru, pelakon yang memulakan karier lakonan pada 2014 menerusi drama Vanilla Coklat itu berharap pihak yang mengelolakan penyiaran di kaca TV mampu memberi semula kebebasan seperti sebelum ini.


"Sebenarnya kebebasan untuk TV ini sudah ada, tapi tidak pasti mengapa sekarang tidak diberikan lagi. Kalau lihat, pihak penyiaran sudah berbincang untuk berikan semula kebebasan ini.


"Apa yang disajikan daripada kerja perfileman atau drama sebenarnya adalah hasil daripada masyarakat sendiri dan itu adalah fakta.


"Tapi ada penapisan, kita tidak akan nampak bagaimana penerimaan masyarakat disebabkan kekangan. Saya fikir bukan sudah tiba masa, tapi perlu kembali kepada cara lama semula," katanya ditemui pada sidang media Amazon Original pertama dari Malaysia berjudul That Cover Girl, di sini baru-baru ini.


Aiman berkata, sepatutnya penyiaran tempatan perlu mengambil contoh karya Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang bersifat terbuka untuk memaparkan realiti dalam kehidupan.


"Kalau lihat hasil kerja Allahyarham P Ramlee mana ada sekatan. Apa sahaja yang beliau mahu katakan tiada masalah. Ada sahaja babak hisap rokok dan sebagainya, tapi tiada isu.


"Bukanlah mahu tegaskan perkara itu, tapi bagi saya, perlu ada kebebasan supaya lebih realistik," katanya.


  



Terbaharu, Aiman bersama barisan pelakon lain seperti Siti Saleha, Hisyam Hamid dan Alicia Amin menjayakan drama That Cover Girl yang disiarkan secara ekslusif di Prime Video sejak 19 Oktober lalu.


That Cover Girl diterbitkan Creative Stew mendapat sentuhan daripada Abid Hussain selaku pengarah turut ditayangkan di 240 negara.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
iols sampai sekarang tak paham awat mamat kaku macam heols laku dekat OTT.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2023 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiman ni package terbaik seorang retis lelaki melayu
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2023 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakej ada cuma dia tak pandai berlakon.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2023 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Hensem elok Aiman ni. Suara pun besar macho. Manly. Untung zahirah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2023 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
heythere123 replied at 28-10-2023 08:18 PM
iols sampai sekarang tak paham awat mamat kaku macam heols laku dekat OTT.

Bayar murah nokkk. Sendu kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2023 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Tteobokki at 16-5-2024 10:52 AM

...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2023 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tteobokki replied at 28-10-2023 09:47 PM
Bayar murah nokkk. Sendu kan

eh betul jugak kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tteobokki replied at 28-10-2023 09:49 PM
Entah. Aku memang tak suka ko. Aura poyo kuat sangat. Rupa pun basic.

selain poyo, bahasa heols rempit yang amat. Adam Hafreez tu pon elok lagi kalau bercakap
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2023 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Pd aku, aiman ni “boring”. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2023 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp anak dia ensemm
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2023 02:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni kalau jenis down to earth tak poyo sangat mesti banyak netz suka.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 10:06 AM | Show all posts
helok dia ni so ok la kalau poyo pon
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 10:09 AM | Show all posts
dia poyo ker?

btw ada sorang kelig i dari hong kong puji mamat ni segak kacak. masa tu kita orang singah jap d rumah kawan d sinsgapore.dia buka tv chanel suria. tertengok la aiman ni.dia cakap segak kacak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 11:32 AM | Show all posts
dia ni hensem masa drama Vanilla Coklat dengan Izara Aisyah memang tasty sangat AHR time tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkuio9bhatt ji
Views : 606 Replies : 0
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 25667 Replies : 22
Koleksi Juadah Hari Raya
GigihadidntKoleksi Juadah Hari Raya
Views : 45158 Replies : 1
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 8922 Replies : 4
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 5703 Replies : 2
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14531 Replies : 292
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57742 Replies : 1094
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 365163 Replies : 3557
PENANG AIRPORT HARI NI.... WEYY KORANG SERIOUS LAA......
akido_kidoPENANG AIRPORT HARI NI.... WEYY KORANG S
Views : 14273 Replies : 1
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22221 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.053720 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list