Anak sulung Bad Indigo terkilan hajat bapanya mahu menghadiahkan sepasang but bola sepak kepadanya tidak kesampaian. Rayyan, 14, berkata, ia merupakan perbualan terakhir di antara mereka sebelum menerima perkhabaran bapanya itu meninggal dunia sekitar pukul 7 malam Khamis.
"Perbualan terakhir dengan ayah adalah petang semalam (Khamis). Ayah cakap dia nak belikan but bola untuk saya tapi mungkin dalam dua hari lagi," katanya kepada mStar. Bad atau Badrul Izhan Yeop Abdullah disahkan meninggal dunia di tempat kerjanya di Ampang, Selangor. Allahyaraham tiba-tiba rebah disebabkan sesak nafas sebelum pulang ke rumah selepas tamat waktu kerja. Bad meninggal dunia pada usia 48 tahun. Selain Rayyan, Bad juga mempunyai seorang anak perempuan iaitu Rania, 13, yang kedua-duanya di bawah jagaan bekas isteri pertamanya di Muar, Johor.
Dalam pada itu, Rayyan memberitahu mereka bergegas ke Kuala Lumpur selepas mendapat perkhabaran bapanya meninggal dunia. Rayyan yang setia menemani jenazah di masjid berkenaan juga tidak dapat bercakap panjang ketika ditemui media kerana berada dalam keadaan sedih. Jenazah Allahyarham di bawa ke masjid berkenaan untuk dimandikan, dikafankan serta disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara selepas solat Jumaat. Pada Januari 2021, Bad terpaksa menjalani pembedahan secara berperingkat memotong jari kaki kirinya yang luka akibat penyakit diabetes di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Biarpun pergerakkannya terbatas, Bad sedaya upaya cuba untuk menguruskan diri sendiri tanpa mahu menyusahkan individu lain. Selain aktif menyanyi Bad juga bekerja tetap sebagai pembantu jualan dan pemasaran di Reiber Auto yang terletak di Bukit Permai, Ampang, Selangor. Bad juga merupakan salah seorang selebriti terlibat dalam program mStar Baek dan rakaman episod mengenai kesengsaraan hidupnya baru sahaja ditayangkan pada Khamis iaitu berberapa jam sebelum berita sedih ini berlaku. Untuk rekod, selepas bercerai dengan isteri pertama, Bad bertemu jodoh dengan penyanyi Ashira pada 11 Mac 2021 namun berpisah pada Jun 2022. -CARI Sumber: mStar
|
manehnya: tiba2 ja kan mati sekrang, x d ...
manehnya: tiba2 ja kan mati sekrang, x d ...
manehnya replied at 27-10-2023 03:50 PM
tiba2 ja kan mati sekrang, x demam x apa, tgh kerja pun boleh mati tiba2.. huhu
mrsLucky replied at 27-10-2023 06:38 PM
Betul...kawan2 lelaki i ada beberapa meninggal tiba2. This 2..3..years..meninggal pasal sakit jant ...
mrsLucky replied at 27-10-2023 06:38 PM
Betul...kawan2 lelaki i ada beberapa meninggal tiba2. This 2..3..years..meninggal pasal sakit jant ...
Belibis replied at 28-10-2023 05:09 PM
Badrul muhayat dah ninggal kan?? Nampak kat utube..
ADVERTISEMENT