Anggota kumpulan Indigo iaitu Shah tidak menyangka Allahyarham Bad Indigo meninggal dunia secara tiba-tiba. Kata Shah atau Mohamed Shahrin Mohamed Samsudin, dia baru sahaja menyaksikan video Bad di aplikasi TikTok pada petang Khamis sebelum mendapat tahu khabar duka itu.
"Memang saya terkejut sebab baru petang tadi tengok dia kongsi video di TikTok. Berita pemergiannya itu secara tiba-tiba," katanya kepada mStar. Bad disahkan meninggal dunia sekitar pukul 7 malam, Khamis selepas mengalami sesak nafas di tempat kerjanya di Reiber Auto, Bukit Permai, Ampang, Selangor. Sementara itu, Shah berkata dia terkilan kerana arwah tidak sempat menunggu lagu terbaharu Indigo yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Malah dia bersama seorang lagi anggota Indigo iaitu Zam juga sudah lama tidak berjumpa dengan arwah itu.
"Kami dah lama tidak berjumpa. Rakam lagu pun secara berasingan sebab masing-masing sibuk. Kami hanya berbual dalam sesi live di Instagram sahaja baru-baru ini. "Arwah seronok sangat nak lancarkan lagu baru, tetapi tidak berkesempatan," ujarnya. Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, Petaling Jaya untuk pengurusan dan pengebumian dijangka di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara selepas solat Jumaat. -CARI Sumber: mStar
|
Lavender_Violet: Innalillahi wainnailahirojiun. ...
Belibis replied at 27-10-2023 09:57 AM
Gitu jer la kisah2 ' kawan baik' sekarang...ujung2 dah lama tak jumpa..ko cakap jer,' kami kawan bia ...
Belibis replied at 27-10-2023 09:57 AM
Gitu jer la kisah2 ' kawan baik' sekarang...ujung2 dah lama tak jumpa..ko cakap jer,' kami kawan bia ...
prettyuglybabe replied at 27-10-2023 11:33 AM
ramai je kawan baik gini..
jarang jumpa jarang contact sebab busy dengan kehidupan masing-masing.. ...
Belibis replied at 27-10-2023 09:57 AM
Gitu jer la kisah2 ' kawan baik' sekarang...ujung2 dah lama tak jumpa..ko cakap jer,' kami kawan bia ...
Cyempaka replied at 27-10-2023 03:39 AM
nape zam sampai begitu keadaannya
prettyuglybabe replied at 27-10-2023 11:33 AM
ramai je kawan baik gini..
jarang jumpa jarang contact sebab busy dengan kehidupan masing-masing.. ...
Cyempaka replied at 27-10-2023 11:39 AM
nape zam sampai begitu keadaannya
Belibis replied at 27-10-2023 09:57 AM
Gitu jer la kisah2 ' kawan baik' sekarang...ujung2 dah lama tak jumpa..ko cakap jer,' kami kawan bia ...
pembacagosip replied at 27-10-2023 05:27 PM
ye setuju
contact kat wasap
or wasap group je
ADVERTISEMENT