CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4700|Reply: 24

Shah Indigo Terkejut Bad Indigo Pergi Tiba-Tiba, Tak Kesampaian Nak Lancar Lagu Baharu

[Copy link]
Post time 27-10-2023 09:19 AM | Show all posts |Read mode
Anggota kumpulan Indigo iaitu Shah tidak menyangka Allahyarham Bad Indigo meninggal dunia secara tiba-tiba.


Kata Shah atau Mohamed Shahrin Mohamed Samsudin, dia baru sahaja menyaksikan video Bad di aplikasi TikTok pada petang Khamis sebelum mendapat tahu khabar duka itu.


"Memang saya terkejut sebab baru petang tadi tengok dia kongsi video di TikTok. Berita pemergiannya itu secara tiba-tiba," katanya kepada mStar.




Indigo, Foto: mStar




Bad disahkan meninggal dunia sekitar pukul 7 malam, Khamis selepas mengalami sesak nafas di tempat kerjanya di Reiber Auto, Bukit Permai, Ampang, Selangor.


Sementara itu, Shah berkata dia terkilan kerana arwah tidak sempat menunggu lagu terbaharu Indigo yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.


Malah dia bersama seorang lagi anggota Indigo iaitu Zam juga sudah lama tidak berjumpa dengan arwah itu.


"Kami dah lama tidak berjumpa. Rakam lagu pun secara berasingan sebab masing-masing sibuk. Kami hanya berbual dalam sesi live di Instagram sahaja baru-baru ini.


"Arwah seronok sangat nak lancarkan lagu baru, tetapi tidak berkesempatan," ujarnya.


Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, Petaling Jaya untuk pengurusan dan pengebumian dijangka di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara selepas solat Jumaat. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2023 09:23 AM | Show all posts
Innalillahi wainnailahirojiun....
Masa kebumi ada ke gf arwah ni dtg?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Lavender_Violet: Innalillahi wainnailahirojiun. ...


Tu lah. Nak tau jugak siapa gerangan RDM tu. Memang betul2 wujud atau sekadar ikan keli, atau RDM tu cuma watak rekaan arwah untuk mengubati kesunyiannya.

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Gitu jer la kisah2 ' kawan baik' sekarang...ujung2 dah lama tak jumpa..ko cakap jer,' kami kawan biasa2 jer'..lagi senang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by red_velvet at 27-10-2023 10:03 AM

RDM kerja kt oversea katanya.. kalau betulla RDM ni ikan keli harap ko taubat nasuha la sebab mainkan perasaan orang.. termasuk si azra diera tu.. kalau pakcik jeri meninggal tiba2 gini confirm rasa bersalah sampai mati... Tapi kalau betul RDM wujud, i ucap takziah ... Semoga ada jodoh lebih baik
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 10:11 AM | Show all posts
rakam album mende nyer adoi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2023 11:33 AM | Show all posts
Belibis replied at 27-10-2023 09:57 AM
Gitu jer la kisah2 ' kawan baik' sekarang...ujung2 dah lama tak jumpa..ko cakap jer,' kami kawan bia ...

ramai je kawan baik gini..
jarang jumpa jarang contact sebab busy dengan kehidupan masing-masing..
bukan senang nak set time jumpa semua ada..
ujung-ujung asyik tertangguh..
melainkan kawan baik korang duduk sebelah rumah kerja satu opis, memang tak susah nak jumpa selalu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 11:39 AM | Show all posts
nape zam sampai begitu keadaannya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2023 11:43 AM | Show all posts
Belibis replied at 27-10-2023 09:57 AM
Gitu jer la kisah2 ' kawan baik' sekarang...ujung2 dah lama tak jumpa..ko cakap jer,' kami kawan bia ...

itulah..msg2 bz dgn komitmen.klu nk ckp kwn baik pun kurang2 ayat cmni kami last bertemu masa raya ituhari g ziarah kt rumah dia
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 11:44 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 27-10-2023 11:33 AM
ramai je kawan baik gini..
jarang jumpa jarang contact sebab busy dengan kehidupan masing-masing.. ...

biasanya kawan baik yg macam ni.. ada group wasap asing.. utk borak2 sama dorang aje..
walau lama x jumpa.. tapi masih tau perkembangan.. tau khabar..
masing2 dah berkeluarga.. bekerja.. memang tak sempat nk lepak borak2 sama2 mcm zaman bujang2.. itu hakikat.
tapi takla putus persahabatan tu..
kadang tu nk jumpa sekali setahun time raya aje..
tapi bila berjumpa tu.. keakraban tu jelas.. walau bertahun tak sama2
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wainna ilaihi rojiun
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 27-10-2023 09:57 AM
Gitu jer la kisah2 ' kawan baik' sekarang...ujung2 dah lama tak jumpa..ko cakap jer,' kami kawan bia ...

Susah lah kalau setiap masa nak jumpe je. Masing2 ade komitmen masing2, dah ade keluarga sendiri & tak semua dduk tpt yang sama.. masing2 update perkembangan terkinin theu whatsapp group, fb & ig je.. dapat jumpa time raya pun dah bersyukur..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 04:07 PM | Show all posts
Cyempaka replied at 27-10-2023 03:39 AM
nape zam sampai begitu keadaannya

Baru nak cakap. Serabut mcm baru lepas training kungfu.

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu baca ayat mesti meninggal tiba-tiba, meninggal terkejut.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 05:27 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 27-10-2023 11:33 AM
ramai je kawan baik gini..
jarang jumpa jarang contact sebab busy dengan kehidupan masing-masing.. ...

ye setuju
contact kat wasap
or wasap group je
bukan x nak jumpa tapi komitmen masing2 kan ada keluarga
balik keje dah malam penat wei
hujung minggu plak urus keluarga lagi spend time ngn anak2 suami/isteri
plan jumpa kdg ada je halangan
yg penting ukhwah terus terjalin
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 05:27 PM | Show all posts
Cyempaka replied at 27-10-2023 11:39 AM
nape zam sampai begitu keadaannya

maaf aku tsengih
tapi dia not bad ye dulu hensem
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2023 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Serabut betul rambut pakcik indigo yang tengah2 tu.. adoi.. yelah mntak ampun ye pakcik bukan nak body shaming.. terkejut tengok rambut je ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sukebintang at 27-10-2023 08:13 PM
Belibis replied at 27-10-2023 09:57 AM
Gitu jer la kisah2 ' kawan baik' sekarang...ujung2 dah lama tak jumpa..ko cakap jer,' kami kawan bia ...


Benda biasa. I dgn bestfriend i lepas dia kahwin, setahun sekali je jumpa.

Ada je baca dekat komen komen dkt ig dia kata lepas dia sakit, ramai juga kawan kawan tinggal kan dia. Tapi kawan kawan Indigo ni antara yang stay berkawan dengan dia sampai sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
pembacagosip replied at 27-10-2023 05:27 PM
ye setuju
contact kat wasap
or wasap group je

Mmg gini la kan..chit chat hari2 kat Whatsapp tapi nak jumpe setahun sekali belum tentu lagi2 kalo sorg kt Timur sorg ke barat..kalau perempuan lagi la payah nk jumpe member2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ternampak bos arwah bad ni ckp psl final moments , rupanya dh bnyk kali jugak arwah bad ni collpsed sbb hypo. Sebak bos dia masa cerita balik tu huhu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.056850 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list