Penyanyi, Ashira Aziz terkejut dan tidak menyangka menerima perkhabaran bekas suaminya, Bad Indigo yang meninggal dunia pada pukul 7 petang tadi.
Pemilik nama sebenar, Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 39, ketika dihubungi berkata, dia dimaklumkan penyanyi Liza Hanim, Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berada di tempat kerjanya di Ampang. Ujar Ashira, ketika masih bergelar isteri kepada Bad, bekas suaminya itu pernah memaklumkan tentang masalah jantung yang dihidapinya, selain turut menunjukkan ubat-ubatan (berkaitan jantung) yang perlu dimakan jika berlaku serangan mengejut. "Sebelum ini arwah memang ada cakap dia ada masalah jantung. Dia juga pernah tunjukkan saya ubat-ubatan yang dia makan supaya saya tahu jika terjadi apa-apa kepadanya. “Tapi dia ada beritahu juga, sudah lama tidak mempunyai apa-apa masalah pada jantungnya. Namun, sudah ajalnya begitu,” jelas Ashira. Pada masa sama, bekas Bintang program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) itu berkata, dia sudah lama tidak berhubung dengan arwah sejak berpisah pada Jun tahun lalu dan membawa haluan hidup masing-masing. Bagaimanapun, berdasarkan hantaran yang dikongsikan Bad dalam media sosial, Ashira gembira melihat bekas suaminya semakin sihat dan cergas berbanding ketika dia jatuh sakit. "Saya sudah lama tidak berhubung atau berjumpa dengan arwah sejak berpisah. Masing-masing bawa haluan sendiri. Tapi saya nampak perubahan arwah yang nampak semakin sihat menerusi perkongsiannya dalam TikTok. "Tapi, tidak sangka pula hari ini arwah telah pergi buat selama-lamanya," kata Ashira. Terdahulu, Ashira pernah mendirikan rumah tangga dengan Bad atau nama lengkapnya Badrul Izhan Yeop Abdullah pada 11 Mac 2021. Sumber: HibGlam
|
maroon_nerd: Weh. Aku rasa bersalah giler. ...
prettyuglybabe replied at 27-10-2023 11:31 AM
keturunan syed saripoh rupanya ashira ni..
ingatkan syed saripoh ni kaya raya..
prettyuglybabe replied at 27-10-2023 11:31 AM
keturunan syed saripoh rupanya ashira ni..
ingatkan syed saripoh ni kaya raya..
ADVERTISEMENT