CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6179|Reply: 13

Arwah Ada Masalah Jantung, Pernah Tunjuk Ubat – Ashira Aziz

[Copy link]
Post time 26-10-2023 10:47 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi, Ashira Aziz terkejut dan tidak menyangka menerima perkhabaran bekas suaminya, Bad Indigo yang meninggal dunia pada pukul 7 petang tadi.




Pemilik nama sebenar, Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 39, ketika dihubungi berkata, dia dimaklumkan penyanyi Liza Hanim, Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berada di tempat kerjanya di Ampang.






Ujar Ashira, ketika masih bergelar isteri kepada Bad, bekas suaminya itu pernah memaklumkan tentang masalah jantung yang dihidapinya, selain turut menunjukkan ubat-ubatan (berkaitan jantung) yang perlu dimakan jika berlaku serangan mengejut.


"Sebelum ini arwah memang ada cakap dia ada masalah jantung. Dia juga pernah tunjukkan saya ubat-ubatan yang dia makan supaya saya tahu jika terjadi apa-apa kepadanya.


“Tapi dia ada beritahu juga, sudah lama tidak mempunyai apa-apa masalah pada jantungnya. Namun, sudah ajalnya begitu,” jelas Ashira.


Pada masa sama, bekas Bintang program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) itu berkata, dia sudah lama tidak berhubung dengan arwah sejak berpisah pada Jun tahun lalu dan membawa haluan hidup masing-masing.


Bagaimanapun, berdasarkan hantaran yang dikongsikan Bad dalam media sosial, Ashira gembira melihat bekas suaminya semakin sihat dan cergas berbanding ketika dia jatuh sakit.






"Saya sudah lama tidak berhubung atau berjumpa dengan arwah sejak berpisah. Masing-masing bawa haluan sendiri. Tapi saya nampak perubahan arwah yang nampak semakin sihat menerusi perkongsiannya dalam TikTok.


"Tapi, tidak sangka pula hari ini arwah telah pergi buat selama-lamanya," kata Ashira.


Terdahulu, Ashira pernah mendirikan rumah tangga dengan Bad atau nama lengkapnya Badrul Izhan Yeop Abdullah pada 11 Mac 2021.





Sumber: HibGlam





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2023 12:38 AM | Show all posts
Weh. Aku rasa bersalah giler. Aku baru ngata kat post before this pasai bad & gf RDM dia tu. Tak sangka aku. Semoga arwah dicucuri rahmat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 04:35 AM From the mobile phone | Show all posts
maroon_nerd: Weh. Aku rasa bersalah giler.  ...


Mmg mcm tuu.. aku dulu time sarah pun sama.. bad indigo aku tak ngate wpun bila baca annoying..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 04:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah agak dah kena heart attack. Innalillahiwainnailaihirojiuun.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 05:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru lagi kawinnya....ashira tu pulak terkenal dgn lagu apa...ish artis2 Malaysia ni ramai yg suam2 kuku x terkenal mana dgn bakat...bakat kebanyakan ke laut...cuma terkenal dgn gossip je kebanyakan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru semalam ada isu pasal dia tak terhina walaupun cacat..
Seb baik aku tak kata apa2.
Innalillah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2023 09:01 AM | Show all posts
rasa bersalah selalu kata gf dia catfish...

innalillah...

#RDM
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 11:31 AM | Show all posts
keturunan syed saripoh rupanya ashira ni..
ingatkan syed saripoh ni kaya raya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2023 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 27-10-2023 11:31 AM
keturunan syed saripoh rupanya ashira ni..
ingatkan syed saripoh ni kaya raya..

Keturunan je uols.. yg nama ungku, tengku pun ramai je level b40..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 27-10-2023 11:31 AM
keturunan syed saripoh rupanya ashira ni..
ingatkan syed saripoh ni kaya raya..

X laaa syed sharifah ada je x kaya .. tgok pada usaha tok nenek moyang lah cmne
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 02:48 PM | Show all posts
Salam takziah, ramai ye sekarang meninggal sebab sakit jantung
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai meninggal sb sakit jntng. Abg ipar aku pun muda lg meninggal sb ni jgk
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
terfikir mujur liza ada contact no dia, ke mesej kat ig je, penting sebenarnya simpan no phone ni, apa2 senang org nak inform
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 03:50 PM | Show all posts
Sakit jantung ada, kencing manis ada. Ni part of 3 serangkai tu. Bahaya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.064600 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list