Selain Dr Azra, Azri Iskandar kini sedang mengenali wanita lain untuk dijadikan calon. Anaknya, Azrell Omar mengesahkan sudah bertemu individu itu baru-baru ini. Kata Azrell, 19, dia dan adik-beradik lain ada bertentang mata dan makan semeja dengan seorang wanita yang mahu dirahsiakan identiti dan memberi restu jika bapanya itu menjalinkan hubungan serius dengan wanita tersebut berbanding individu yang masih tidak diketahui kewujudannya dikenali sebagai Dr Azra.
"Bulan lepas ayah ada membawa kami adik-beradik serta dua lagi anaknya daripada perkahwinan pertama untuk untuk perkenalkan wanita itu kepada kami. "Kami sekeluarga ada keluar makan dan apa yang saya nampak hubungan kali ini lebih serius sebab ayah dan wanita itu sudah berjumpa agak kerap," katanya kepada mStar. Azrell memberitahu dia tidak tahu status sebenar Azri, namun tidak menghalang jika bapanya itu sudah menemui teman pengganti baharu.
Menurut Azrell, teman wanita baharu bapanya kini dilihat lebih ikhlas kerana dapat menerima mereka adik-beradik. "Saya pun sebenarnya tidak tahu status dia sama ada single atau sedang bercinta dengan wanita lain tapi saya tidak kisah kalau dia sedang bercinta dengan mana-mana perempuan. "Wanita itu pun nampak seperti ikhlas mahu mengenali kami, macam sesetengah perempuan lain hanya mahu seorang duda tetapi tidak dapat menerima anak-anak mereka. "Saya lihat wanita itu boleh terima dia (Azri) seadanya jadi saya rasa wanita ini mungkin baik untuk ayah tetapi saya tidak mahu terlalu rapat selagi hubungan mereka belum betul-betul serius," ujarnya. Ditanya komen netizen yang berharap agar ibu bapanya kembali bersama, Azrell berkata dia lebih gembira melihat kehidupan ibunya kini. Baginya, perpisahan ini mungkin jalan terbaik buat mereka. "Saya rasa apa yang jadi pada mereka, berpisah adalah jalan yang terbaik. Tak nafikan kalau ada jodoh semula pasti kami adik-beradik gembira. "Tapi buat masa sekarang saya rasa mungkin ini (berpisah) yang terbaik untuk ibu dan ayah saya. Saya lihat ibu pun bahagia dengan kehidupannya sekarang. "Dia hanya memberi fokus kepada kerja... ibu seorang yang kuat, dia tahu apa yang dia mahukan dalam hidup ini," katanya. Sebelum ini Azri memberitahu hubungannya bersama tunang iaitu Dr Azra sudah mula renggang selepas lebih setahun tidak berjumpa. Azri juga mengakui dia kini sedang mengenali wanita lain untuk dijadikan calon pasangan hidup. Pada 29 Jun lalu, Azri mendedahkan dia sudah bertunang dengan Azra di kediaman wanita itu di Kangar, Perlis. Pasangan ini sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun lalu. Untuk rekod, Azri atau Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar, 55, dan Ellie bercerai talak satu pada 17 Mei tahun lalu selepas 19 tahun hidup bersama. Pasangan selebriti itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell, 19, dan Nur Azreen, 14. Azri juga menerusi perkahwinan pertama mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31, Farah Qistana, 29, dan Nur Anis Mastura, 27. -CARI Sumber: mStar
|
Parit.Hilton replied at 25-10-2023 02:52 PM
ok iols dah boleh agak jln cerita jadi mcm mana.
mula2 azri cakap hubungan dgn Dr Azra renggang. ta ...
prince_marhaen replied at 25-10-2023 03:00 PM
Takyah nak sorok2 lah...bukannya lawau pun dua-dua....
ADVERTISEMENT