View: 7102|Reply: 58
|
Bukan Dr Azra, Azri Iskandar Dah Bawa Anak-Anak Jumpa Teman Wanita Baharu
[Copy link]
|
|
Selain Dr Azra, Azri Iskandar kini sedang mengenali wanita lain untuk dijadikan calon.
Anaknya, Azrell Omar mengesahkan sudah bertemu individu itu baru-baru ini.
Kata Azrell, 19, dia dan adik-beradik lain ada bertentang mata dan makan semeja dengan seorang wanita yang mahu dirahsiakan identiti dan memberi restu jika bapanya itu menjalinkan hubungan serius dengan wanita tersebut berbanding individu yang masih tidak diketahui kewujudannya dikenali sebagai Dr Azra.
Foto: mStar
"Bulan lepas ayah ada membawa kami adik-beradik serta dua lagi anaknya daripada perkahwinan pertama untuk untuk perkenalkan wanita itu kepada kami.
"Kami sekeluarga ada keluar makan dan apa yang saya nampak hubungan kali ini lebih serius sebab ayah dan wanita itu sudah berjumpa agak kerap," katanya kepada mStar.
Azrell memberitahu dia tidak tahu status sebenar Azri, namun tidak menghalang jika bapanya itu sudah menemui teman pengganti baharu.
Menurut Azrell, teman wanita baharu bapanya kini dilihat lebih ikhlas kerana dapat menerima mereka adik-beradik.
"Saya pun sebenarnya tidak tahu status dia sama ada single atau sedang bercinta dengan wanita lain tapi saya tidak kisah kalau dia sedang bercinta dengan mana-mana perempuan.
"Wanita itu pun nampak seperti ikhlas mahu mengenali kami, macam sesetengah perempuan lain hanya mahu seorang duda tetapi tidak dapat menerima anak-anak mereka.
"Saya lihat wanita itu boleh terima dia (Azri) seadanya jadi saya rasa wanita ini mungkin baik untuk ayah tetapi saya tidak mahu terlalu rapat selagi hubungan mereka belum betul-betul serius," ujarnya.
Ditanya komen netizen yang berharap agar ibu bapanya kembali bersama, Azrell berkata dia lebih gembira melihat kehidupan ibunya kini.
Baginya, perpisahan ini mungkin jalan terbaik buat mereka.
"Saya rasa apa yang jadi pada mereka, berpisah adalah jalan yang terbaik. Tak nafikan kalau ada jodoh semula pasti kami adik-beradik gembira.
"Tapi buat masa sekarang saya rasa mungkin ini (berpisah) yang terbaik untuk ibu dan ayah saya. Saya lihat ibu pun bahagia dengan kehidupannya sekarang.
"Dia hanya memberi fokus kepada kerja... ibu seorang yang kuat, dia tahu apa yang dia mahukan dalam hidup ini," katanya.
Sebelum ini Azri memberitahu hubungannya bersama tunang iaitu Dr Azra sudah mula renggang selepas lebih setahun tidak berjumpa.
Azri juga mengakui dia kini sedang mengenali wanita lain untuk dijadikan calon pasangan hidup.
Pada 29 Jun lalu, Azri mendedahkan dia sudah bertunang dengan Azra di kediaman wanita itu di Kangar, Perlis.
Pasangan ini sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun lalu.
Untuk rekod, Azri atau Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar, 55, dan Ellie bercerai talak satu pada 17 Mei tahun lalu selepas 19 tahun hidup bersama.
Pasangan selebriti itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell, 19, dan Nur Azreen, 14.
Azri juga menerusi perkahwinan pertama mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31, Farah Qistana, 29, dan Nur Anis Mastura, 27. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Pulak. Kalau cakap dah putus dengan si keli betina tu kan senang. Ini dok putar alam kata jadual padat so sebab tu jadi renggang |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak gelakkkkkk..... HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak dia kira pecah lubang lah kan macam nak cakap tak pernah jumpa pun Azra tu hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaaa...dik, 'Dr azra' tu mmg wujud ..tapi dia sejenis 'catfish'..catfisher fhm tak. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha... Bakalan forever alone kahhhhh?
Buat citer demi citer... Hujung2 elek |
|
|
|
|
|
|
|
Diharap anak2 bertabahlah menghadapi fasa ini
|
|
|
|
|
|
|
|
kahkahkahkah tak dan tunggu bulan dah keluar dah cerita baru |
|
|
|
|
|
|
|
ok iols dah boleh agak jln cerita jadi mcm mana.
mula2 azri cakap hubungan dgn Dr Azra renggang. tak lama lagi dia akan cakap takdak jodoh dan putus di tengah jalan.
tup2 dia akan mengaku ada hubungan istimewa dgn perempuan yg dia bawak jumpa anak2 ni.
padahal dua2 adalah perempuan yg sama. |
|
|
|
|
|
|
|
aneh2 aje lah dia ni, dah tua pun bodoe. sapa la nak menanggung dia dah tua bangka mcm ni. package kalo ada penyakit plak nnt |
|
|
|
|
|
|
|
Takyah nak sorok2 lah...bukannya lawau pun dua-dua....
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
lahhhhhhhhhhhhhh jadi sampai kesudah la ko taknak tunjuk muka si azra tuuu?
mengaku je la ko kena scam bam jeli oiii |
|
|
|
|
|
|
|
hahahah malu nak ngaku la tu kan..anak tolong pecah lobang tak pernah jumpa. next tunggu mangsa2 lain "putus cinta/putus tunang" pulak. apa cer johan ash dengan abe bard |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaa .. aku baru je enter komen aku pasal citer mamat ni kat benang sebelah , tup2 naik pulak benang ni .. hahahaa..hoooiii sedor2 la wei .. aku plak yg gila ni karang
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh my
Mana Dr azra?
|
|
|
|
|
|
|
|
Parit.Hilton replied at 25-10-2023 02:52 PM
ok iols dah boleh agak jln cerita jadi mcm mana.
mula2 azri cakap hubungan dgn Dr Azra renggang. ta ...
Acik jeri akan amik stori line neh. So far ni terpaling kurang kebodohan |
|
|
|
|
|
|
|
eh eh.. ada crita lain la pulak..
duda hot ke |
|
|
|
|
|
|
|
Baru sebut hubungan renggang thread sebelah tup2 dah intro calon mak baru kat anak2... mende laaa kot ye pun biar laaa tally sikit timeline acik jeri oiiiii.. |
|
|
|
|
|
|
|
hahaah very the delusional dan kene scam acik jeri nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Confirm la kot, yg dibawaknya jumpa anak2 si dekni.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|