Isteri Aril Pilus, Puteri Erma Edlinda yang menjalani pembedahan membuang fibroid dan rahim dua hari lalu mula stabil. Erma Edlinda menjalani pembedahan itu beberapa jam selepas melahirkan anak kedua mereka menerusi pembedahan.
Aril bersyukur isterinya sudah stabil dan ditempatkan di wad untuk dipantau doktor. "Tekanan darahnya masih rendah dan beberapa prosedur perlu dilakukan. Dia sedar pada jam 12 tengah hari semalam di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum dipindahkan ke wad," katanya kepada Harian Metro. Ditanya keadaan bayi lelaki yang dilahirkan pada 23 Oktober lalu, Aril berkata, bayi dalam keadaan sihat.
|
ADVERTISEMENT