CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Masih Sorok Wajah Kekasih, Johan As'ari Tak Jadi Nikah Disember Ini

25-10-2023 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4718| Komen: 71

Johan As'ari, 37,  terpaksa menangguhkan majlis pernikahannya dengan 'N' yang sepatutnya berlangsung 3 Disember ini.

Katanya, beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan memaksanya menunda hari bahagianya selain memohon maaf kerana sebelum ini begitu teruja berkongsi perancangannya itu.


Foto: IG

"Sebenarnya ada beberapa hal yang menyebabkan kami tidak dapat meneruskan majlis pernikahan ini dan terpaksa tunda ke awal tahun depan.

"Selain dewan kahwin yang penuh, ada beberapa perkara lain yang saya tak dapat nak kongsikan walaupun segala persiapan sudah mula dibuat.

"Doakan semoga saya cepat kahwin. Hubungan kami okey saja tiada masalah. Cuma saya mohon maaf kerana sebelum ini saya pernah hebahkan akan berkahwin tahun ini tapi saya hanya mampu merancang, Allah yang tentukan," katanya kepada Harian Metro.



Menurut Johan, sekiranya dia sudah menemui tarikh rasmi bagi hari bahagianya dia tidak akan sesekali merahsiakan perkara itu.

Malah Johan juga akan secara terbuka berkongsi wajah kekasih hatinya itu kepada umum.

"Perkahwinan bukan untuk dirahsiakan. Jadi saya akan beritahu kepada peminat dan rakan media yang sudi untuk datang ke majlis kami nanti. Saya tidak akan sorok.



"Begitu juga dengan wajah kekasih selepas kami berkahwin nanti. Saya akan kerap kongsikan wajahnya dengan lebih kerap nanti.

"Walaupun saya yakin dia bakal menjadi suri hati saya, tapi dalam masa sama saya takut untuk tonjolkan selagi dia belum sah bergelar isteri.

"Lagipun pengalaman mendewasakan saya. Menerusi perhubungan sebelum ini saya terlalu teruja berkongsi, sehingga akhirnya berasa malu kerana hubungan itu berakhir dengan perpisahan.



"Satu lagi saya lebih nak menjaga hati dan privasi pasangan. Sebab itulah saya jarang kongsi wajahnya," katanya.

Terdahulu, Johan yang menjalin cinta dengan wanita dikenali N selama lima tahun amat berharap akan berkahwin tahun ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Binodino 25-10-2023 12:17 PM
Ni lagi sorang.

Aku suspek keli betina yang scam acik jeri, acik bad & johan sehari ni dah taubat nasuha. Nak cuci tangan
Quote asfaz 25-10-2023 12:25 PM
Binodino replied at 25-10-2023 12:17 PM
Ni lagi sorang.

Aku suspek keli betina yang scam acik jeri, acik bad & johan sehari ni dah taubat n ...

Kita nantikan statement bad pulak
Quote Aneem 25-10-2023 12:30 PM
Edited by Aneem at 25-10-2023 12:32 PM

Ntah2 pompuan yg sama dgn atok jeri
Dh2 la dua nampak mcm isim
Quote laksmanabentan 25-10-2023 12:32 PM
hahahaha... scammer.... hahahahahaa......

Quote maharani_gebu 25-10-2023 12:40 PM
Binodino replied at 25-10-2023 12:17 PM
Ni lagi sorang.

Aku suspek keli betina yang scam acik jeri, acik bad & johan sehari ni dah taubat n ...

kan.... bingai-bingai gak retis lelaki kat Msia ni yer...
Quote Parit.Hilton 25-10-2023 12:43 PM
aiyoooo tangguh lagi. red flag menyala2
Quote Jennyrol 25-10-2023 12:45 PM
Fishy sgt ni.. baru baca part acik jeri.. ni die plak.. kene scam ni.. haha
Quote hzln 25-10-2023 12:45 PM
Kah kah kah retis2 jantan sangkak tanahair tgh kena dump secara berjemaah oleh scammer yg sama ka ni?
Hati2, mungkin satu, dua hari lagi muncul watak sepupu atau besfren, bagitau yg si polan telah meninggal dunia kerana kanser otak
Quote menjad 25-10-2023 12:48 PM
ker mohong jerrrrr ni cam walanon
Quote menjad 25-10-2023 12:48 PM
ker mohong jerrrrr ni cam walanon
Quote helicornia 25-10-2023 12:49 PM
Aku masuk nak baca Komen korang je hahaha
Quote Ahriman 25-10-2023 01:00 PM
Nak kawen sangat suruh la famili cari dari kawan² terdekat.ni asyik kene catfish je..kesian tengok
Quote syamzana 25-10-2023 01:01 PM
kikiki...another victim???
Quote pocongkiutss 25-10-2023 01:02 PM
Aneem replied at 25-10-2023 12:30 PM
Ntah2 pompuan yg sama dgn atok jeri
Dh2 la dua nampak mcm isim

Rasanya sama..sbb org Perlis juga
Quote pocongkiutss 25-10-2023 01:04 PM
Binodino replied at 25-10-2023 12:17 PM
Ni lagi sorang.

Aku suspek keli betina yang scam acik jeri, acik bad & johan sehari ni dah taubat n ...

Iols rasa dia ada mangsa baru ni..tahun depan hujung taun kita akan dgr lagi retis lelaki terpaksa tangguh wedding sbb pasangan educated kaya kerabat terlampau sibuk
Quote ketupatnasi 25-10-2023 01:04 PM
acik bedul humayat juga yang know-know menikah
Quote _blackbird 25-10-2023 01:14 PM
ni pon kes mcm datin seri azri juga ka
Quote gerbera.memopad 25-10-2023 01:25 PM
Sengaja je kan keluarkan artikel ni sama timeline dengan artikel Azri
Quote deebiz14 25-10-2023 01:26 PM
Nanti nanti nanti.... ni bam jeri da ade geng ke camne nih?

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.044124 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top