Hubungan cinta antara penyanyi Jisoo dari kumpulan Blackpink bersama pelakon Ahn Bo Hyun dilaporkan sudah berakhir. Memetik laporan portal hiburan Korea Selatan, kedua-duanya sepakat membawa haluan masing-masing kerana kesibukan kerja dan mahu memberikan fokus kepada karier seni.
Mereka bagaimanapun dikatakan masih kekal bersahabat. "Disebabkan jadual kerja yang padat, mereka mula berjauhan dan membuat keputusan untuk menamatkan hubungan cinta," jelas kenyataan berkenaan. Sementara itu pihak YG Entertainment yang mewakili Jisoo turut mengesahkan hal tersebut dalam satu keyataan ringkas. "Benar Jisoo dan Ahn Bo Hyun sudah berpisah," ujar pihak mereka. Ogos lalu Jisoo dan Ahn Bo Hyun secara terbuka mendedahkan mereka mula bercinta selepas beberapa bulan mereka rapat. Sementara itu bercakap tentang perkembangan kerjaya, Jisoo bakal memulakan penggambaran filem pertama lakonannya pada Disember ini.
Sumber: mStar |
JahLupa replied at 26-10-2023 06:41 PM
Omo omo omo.. sekejap bethol ni
delia3003 replied at 26-10-2023 10:19 PM
Baru je start media dah leak. Biasa macam tu lah bila dah leak. Suka lah peminat Jisoo, diorang ta ...
Madel replied at 28-10-2023 08:52 AM
Dah boleh agak pun
Lepas ni si Jenny n V tu pun kompom putus juga
Lisa tu pun sama
lasagna replied at 27-11-2023 01:03 AM
Jenny dgn V tu tau.. tp si Lisa dgn sapo ek?
ketinggalan btul part lisa ni.
stres replied at 28-11-2023 03:37 PM
lisa dengan ceo tag heuer chuolls
lasagna replied at 30-11-2023 02:17 AM
lerrrrr.. dr jd model ambassador trus trsangkut yaa..
kaya ooooooo mamat tu.
stres replied at 1-12-2023 09:15 AM
kayo tu memang kayo giler tapi visual tu sedih betol
lasagna replied at 1-12-2023 01:47 AM
hahahaa harap tak kekal laa.. nti baka lain plak rupa mereka.
ADVERTISEMENT