CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jangan Buat Lawak Bodoh, Ridhuan Tee Hentam Pengacara Yang Tak Beradab

24-10-2023 08:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3078| Komen: 15

Dr Mohd Ridhuan Tee menegur tindakan pengacara yang kurang beradab semasa mengendalikan program televisyen.

Seorang pengacara yang bijak sepatutnya tidak menggunakan lawak bodoh termasuklah menyentuh hal peribadi seseorang semasa mengacara.


Ridhuan berpendapat stesen televisyen perlu memandang serius tingkah laku setiap pengacara kerana dibimbangi boleh menjadi contoh tidak baik kepada penonton.


Foto: kosmo

"Sekarang ini ketara sangat, pengacara (host) televisyen atau program realiti televisyen, mahu sangat menonjol hingga adab ke longkang.

"Host atau sesiapa sahaja yang melibatkan diri dengan khalayak, sepatutnya terkenal dengan ilmu bukan dengan lawak bodoh dan cuitan bodoh. Saranan saya supaya host banyakkan membaca," katanya

Ridhuan berkongsi perkara itu di akaun Facebook miliknya susulan isu pengacaraan hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.


Dalam pada itu, Ridhuan berkata tindakan memintas atau potong percakapan dan menyindir juri juga tidak sepatutnya dibuat oleh pengacara.

Dia yang miliki pengalaman dalam bidang pengacaraan sejak 1990 juga memberitahu persiapan ilmu adalah sesuatu yang sangat penting.

"Paling jelek apabila memotong juri ketika bercakap dan menyentuh peribadi mereka. Nak potong cakap boleh, tapi kena ada adabnya atau ada perkara mendesak yang penting ingin ketahui.

"Pengacara perlu buat persiapan dan kajian sikit, kalau pun tidak banyak. Elakkan lawak-lawak bodoh yang menyentuh peribadi orang. Perkara ini amat ketara dalam program realiti hari ini.

"Stesen TV memanglah nakkan semua ini, sebab dia mahu rating tapi masalahnya orang melihat kita (pengacara)," katanya lagi.

Berkongsi pandangannya lagi, Ridhuan meminta pengacara sentiasa bersedia dan penuhkan diri dengan ilmu supaya lebih yakin apabila berada di pentas.

"Selain itu, host juga diminta bercakap dengan artikulasi yang jelas, serta bahasa tubuh (gesture) yang baik. Perkara sebegini dapat memikat dan meyakinkan serta profesional di mata penonton.

"Jika kita yakin diri dan berilmu, insyaAllah, selanjutnya kita dapat memandu program dan dapat menghidupkannya sesuai dengan program.

"Tidak dinafikan unsur jenaka ini penting, tetapi biarlah jenaka ada ilmu dan memberi impak. Perkara ini penting untuk menghindari program yang dipandu menjadi stres dan kaku.

"Pada masa sama, lihat juga siapa sasaran kita, agar jenaka kita dapat disampaikan dapat diterima dengan baik," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 24-10-2023 08:32 PM
Ridhuan Kopi Abdullah dah marah
Quote Hoola 24-10-2023 08:36 PM
Edited by Hoola at 25-10-2023 09:40 AM

setujuuuuuuuuuu

stress tgk tv zaman skranggg dgn peel over pngcara
baik jantan baik betina
kdg xtau tgk tv atau sarkisbkn nk suh jd skema, bole je chill2, tp yg skrg over, perli-memperli, krg hajar....

kat radio plak dj2 bingit
patutla mkin stress manusia
mujurla ada spotify



Quote eely_shana 24-10-2023 09:55 PM
Betul sangat2
Quote Safirania 24-10-2023 10:24 PM
Aku setuju.
Quote Mary_jane 24-10-2023 10:37 PM
Tv radio semua sama dah kan? Masing2 sibuk menonjolkan diri, jaja hal sendiri. Begitulah dah akhir zaman.
Quote JahLupa 24-10-2023 10:41 PM
Tepaling nak menang memasing
Quote stingerbumpy 24-10-2023 10:43 PM
Rakyat memang suka lawak bodoh...if the trending were to be of the indication of penerimaan penonton akan program tersebut...
Quote YomiuriLandMae 24-10-2023 11:43 PM
abes tu kalo host dah mcm ala2 RTM agak2 ada ke yg nak tgk.. maybe ada la tp x ramai..

kena la terima hakikat rakyat malaysia mmg suka hos yg lawak2 bodoh ni..

somehow teringat zaman2 cheryl samad faizal ismail masa hosting AJL dulu.. x terlalu RTM and yet quite informative.. baru la nmpk mcm ada buat research..
Quote ggxoxo 24-10-2023 11:45 PM
Memang trend sekarang. Entahlah
Quote eely_shana 25-10-2023 03:04 AM
Dah lama beliau x muncul di tv
Quote KamikuP 25-10-2023 09:16 AM
Meolls setuju sgt..
Knp dia dah lama tak muncul kat TV kene gam kah?
Quote chimotmomot 25-10-2023 09:21 AM
hmm dh letih ckp tp gitu la tak berubah.. Alif satar je bagus
Quote arffa 25-10-2023 09:38 AM
aku suka pengacaraan zaman FBI, Cheryl samad, Aidil, Suraya, Elly Iskandar even Fafau pun best. Harith Iskandar, Afdlin dan Adibah Noor, Bob Lokman OMG aku dah tua nok suka pengacara yang tak over doing.
Quote 3chanceno 25-10-2023 12:12 PM
Tapi kan ada pengacara tu komen konon jadi diri sendiri & kalau tak suka rancangan yg dia jadi hos, boleh tukar channel

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.050180 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top