View: 2904|Reply: 14
|
Jangan Buat Lawak Bodoh, Ridhuan Tee Hentam Pengacara Yang Tak Beradab
[Copy link]
|
|
Dr Mohd Ridhuan Tee menegur tindakan pengacara yang kurang beradab semasa mengendalikan program televisyen.
Seorang pengacara yang bijak sepatutnya tidak menggunakan lawak bodoh termasuklah menyentuh hal peribadi seseorang semasa mengacara.
Ridhuan berpendapat stesen televisyen perlu memandang serius tingkah laku setiap pengacara kerana dibimbangi boleh menjadi contoh tidak baik kepada penonton.
Foto: kosmo
"Sekarang ini ketara sangat, pengacara (host) televisyen atau program realiti televisyen, mahu sangat menonjol hingga adab ke longkang.
"Host atau sesiapa sahaja yang melibatkan diri dengan khalayak, sepatutnya terkenal dengan ilmu bukan dengan lawak bodoh dan cuitan bodoh. Saranan saya supaya host banyakkan membaca," katanya
Ridhuan berkongsi perkara itu di akaun Facebook miliknya susulan isu pengacaraan hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.
Dalam pada itu, Ridhuan berkata tindakan memintas atau potong percakapan dan menyindir juri juga tidak sepatutnya dibuat oleh pengacara.
Dia yang miliki pengalaman dalam bidang pengacaraan sejak 1990 juga memberitahu persiapan ilmu adalah sesuatu yang sangat penting.
"aling jelek apabila memotong juri ketika bercakap dan menyentuh peribadi mereka. Nak potong cakap boleh, tapi kena ada adabnya atau ada perkara mendesak yang penting ingin ketahui.
"engacara perlu buat persiapan dan kajian sikit, kalau pun tidak banyak. Elakkan lawak-lawak bodoh yang menyentuh peribadi orang. Perkara ini amat ketara dalam program realiti hari ini.
"Stesen TV memanglah nakkan semua ini, sebab dia mahu rating tapi masalahnya orang melihat kita (pengacara)," katanya lagi.
Berkongsi pandangannya lagi, Ridhuan meminta pengacara sentiasa bersedia dan penuhkan diri dengan ilmu supaya lebih yakin apabila berada di pentas.
"Selain itu, host juga diminta bercakap dengan artikulasi yang jelas, serta bahasa tubuh (gesture) yang baik. Perkara sebegini dapat memikat dan meyakinkan serta profesional di mata penonton.
"Jika kita yakin diri dan berilmu, insyaAllah, selanjutnya kita dapat memandu program dan dapat menghidupkannya sesuai dengan program.
"Tidak dinafikan unsur jenaka ini penting, tetapi biarlah jenaka ada ilmu dan memberi impak. Perkara ini penting untuk menghindari program yang dipandu menjadi stres dan kaku.
"ada masa sama, lihat juga siapa sasaran kita, agar jenaka kita dapat disampaikan dapat diterima dengan baik," ujarnya. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Ridhuan Kopi Abdullah dah marah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Hoola at 25-10-2023 09:40 AM
setujuuuuuuuuuu
stress tgk tv zaman skranggg dgn peel over pngcara
baik jantan baik betina
kdg xtau tgk tv atau sarkisbkn nk suh jd skema, bole je chill2, tp yg skrg over, perli-memperli, krg hajar....
kat radio plak dj2 bingit
patutla mkin stress manusia
mujurla ada spotify
|
|
|
|
|
|
|
|
Tv radio semua sama dah kan? Masing2 sibuk menonjolkan diri, jaja hal sendiri. Begitulah dah akhir zaman. |
|
|
|
|
|
|
|
Tepaling nak menang memasing |
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat memang suka lawak bodoh...if the trending were to be of the indication of penerimaan penonton akan program tersebut... |
|
|
|
|
|
|
|
abes tu kalo host dah mcm ala2 RTM agak2 ada ke yg nak tgk.. maybe ada la tp x ramai..
kena la terima hakikat rakyat malaysia mmg suka hos yg lawak2 bodoh ni..
somehow teringat zaman2 cheryl samad faizal ismail masa hosting AJL dulu.. x terlalu RTM and yet quite informative.. baru la nmpk mcm ada buat research.. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang trend sekarang. Entahlah |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama beliau x muncul di tv |
|
|
|
|
|
|
|
Meolls setuju sgt..
Knp dia dah lama tak muncul kat TV kene gam kah? |
|
|
|
|
|
|
|
hmm dh letih ckp tp gitu la tak berubah.. Alif satar je bagus |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka pengacaraan zaman FBI, Cheryl samad, Aidil, Suraya, Elly Iskandar even Fafau pun best. Harith Iskandar, Afdlin dan Adibah Noor, Bob Lokman OMG aku dah tua nok suka pengacara yang tak over doing. |
|
|
|
|
|
|
| |
|