CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dia Tak Ada Abang" - Sufian Suhaimi Respon Individu Tuntut Hutang Abang Tunang

24-10-2023 07:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6568| Komen: 38


Penyanyi, Sufian Suhaimi tampil memberikan responnya selepas tular satu hantaran di aplikasi X daripada seorang individu yang menuntut abang kepada tunangnya yang dikenali sebagai, Rania untuk menjelaskan hutang berjumlah RM12,000.

Menerusi hantaran di aplikasi sama, Sufian menjelaskan tunangnya itu tidak mempunyai abang seperti yang didakwa.


“Dia tak ada abang,” tulisnya ringkas.

Pada masa sama, penyanyi lagu Di Matamu itu turut mempersoalkan motif individu berkenaan berbuat sedemikian.

“Kalau ada pun, kau suruh bakal adik ipar bayarkan dah kenapa?” soalnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan tindakan individu berkenaan seperti sengaja ingin mencari perhatian dengan mereka cerita yang tidak benar.



“Nak perhatian punya fasal, sanggup buat cerita munafik.

“Malunya. Marah-marah sekali salah orang. Abang angkat mungkin.

“Saman je. Lepas tu duit saman boleh boleh buat tambah jemputan masa kahwin.

“Meroyan sorang tapi salah orang,” antara komen-komen netizen di aplikasi X.

Terdahulu, Sufian mengesahkan keluarganya telah selamat merisik kekasih hatinya, Rania pada satu majlis tertutup dihadiri keluarga dan kenalan rapat yang berlangsung di kediaman wanita itu, pada Ahad.


Sumber: Media Hiburan







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 24-10-2023 07:47 PM
Baru je nak sonok sonok.. ade cite pulakk.. bini fizi ali pun sian.. baru nak sonok sonok udahhh
Quote eely_shana 24-10-2023 10:00 PM
Pulak dah..
Quote seripahzeripah 24-10-2023 11:06 PM
Alif al sadat tu abg sedara la bongok..bukan abg betul dia pun..
Quote LadyCarefree 25-10-2023 12:30 AM
Cepat2 kahwin Pian.
Quote AWEKSAMURAI 25-10-2023 01:01 AM
Hahahaha lawak tiberrrrr je suh org lain yg bayar utang ajerrr giler
Quote eely_shana 25-10-2023 03:21 AM
Apa2 pun tunang dia cun. Moga cepat naik pelamin
Quote laksmanabentan 25-10-2023 08:43 AM
eely_shana replied at 25-10-2023 03:21 AM
Apa2 pun tunang dia cun. Moga cepat naik pelamin

harap2 camtu la ya uoollsss..

Aiman Tino da settle
Haqiem Rusli da settle
Quote pocongkiutss 25-10-2023 08:53 AM
Eh bodonya..apa pulak tunang kena bayar hutang abg sedara??
Quote kucingitam 25-10-2023 09:43 AM
muka tunang dia mcam muka adik beradik manrose..
Quote ketupatnasi 25-10-2023 09:44 AM
cantik manis santan kelapa tunangnya ni..... ni yang hari tu cakap couple dgn budak sekolah masa bercinta tu ke? ke acik salah retis?
dek Pian ke Rhadi OAG
Quote KamikuP 25-10-2023 09:45 AM
Approved yaach
Quote MadameOnion 25-10-2023 09:46 AM
bitternya..mesti ada hati kat pian...kecewa..pastu buat cerita bukan2..
Quote Delifrance 25-10-2023 09:52 AM
Tunang dia hari ni letak story “ give an ugly guy a chance and he’ll think he rules the world”

Quote tipah89 25-10-2023 10:01 AM
kesiannya. nk merempan tapi salah org
Quote TabletSusu 25-10-2023 11:59 AM
tunang pian ni anak sulung kan.

alif utang kat ko.. ko mintaklah kat alif tu.. apsal mintak kat sedara mara dia.. bodoh betul ko ni
Quote orkedkecik 25-10-2023 12:03 PM
Delifrance replied at 25-10-2023 09:52 AM
Tunang dia hari ni letak story “ give an ugly guy a chance and he’ll think he rules the world”

...

Lepas tu ada letak igs yang daddy dia text dia yang dia akan jumpa imam yang sesuai kan nanti
Quote cik_ingeniare 25-10-2023 12:07 PM
orkedkecik replied at 25-10-2023 12:03 PM
Lepas tu ada letak igs yang daddy dia text dia yang dia akan jumpa imam yang sesuai kan nanti

iye meols pun nampak. apa sudah jadi???
Quote asfaz 25-10-2023 01:42 PM
Edited by asfaz at 25-10-2023 02:21 PM

Screenshot_2023-10-25-13-40-21-49_1c337646f29875672b5a61192b9010f9.jpg
Screenshot_2023-10-25-13-40-31-34_1c337646f29875672b5a61192b9010f9.jpg

Bakalan tak jadi jugak kah?
Quote nena9042 25-10-2023 01:46 PM
asfaz replied at 25-10-2023 01:42 PM
Bakalan tak jadi jugak lah?

Fuh kalau betul tak jadi, pertunangan paling pendek aku pernah tengok

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.074638 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top