|
Penyanyi, Sufian Suhaimi tampil memberikan responnya selepas tular satu hantaran di aplikasi X daripada seorang individu yang menuntut abang kepada tunangnya yang dikenali sebagai, Rania untuk menjelaskan hutang berjumlah RM12,000.
Menerusi hantaran di aplikasi sama, Sufian menjelaskan tunangnya itu tidak mempunyai abang seperti yang didakwa.
“Dia tak ada abang,” tulisnya ringkas.
Pada masa sama, penyanyi lagu Di Matamu itu turut mempersoalkan motif individu berkenaan berbuat sedemikian.
“Kalau ada pun, kau suruh bakal adik ipar bayarkan dah kenapa?” soalnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan tindakan individu berkenaan seperti sengaja ingin mencari perhatian dengan mereka cerita yang tidak benar.
“Nak perhatian punya fasal, sanggup buat cerita munafik.
“Malunya. Marah-marah sekali salah orang. Abang angkat mungkin.
“Saman je. Lepas tu duit saman boleh boleh buat tambah jemputan masa kahwin.
“Meroyan sorang tapi salah orang,” antara komen-komen netizen di aplikasi X.
Terdahulu, Sufian mengesahkan keluarganya telah selamat merisik kekasih hatinya, Rania pada satu majlis tertutup dihadiri keluarga dan kenalan rapat yang berlangsung di kediaman wanita itu, pada Ahad.
Sumber: Media Hiburan |
|