CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Faizal Tahir Buka Cerita 'Turning Point' Untuk Berubah

24-10-2023 10:51 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3963| Komen: 23

Penyanyi dan komposer, Faizal Tahir berkongsi kisah kekhilafan yang pernah dilakukannya suatu ketika dulu sehingga bertukar menjadi pengajaran besar dalam kehidupan.

Pemilik nama sebenar, Ahmad Faizal Muhammad Tahir, 44, berkongsi perkara itu menerusi temu bual bersama radio Kool 101.



"Mungkin ramai tak tahu atau ramai yang tak ingat tapi saya ingatkan kembali. Dulu Faizal Tahir pernah buat perangai sekali. 

"Kena banned daripada TV dan diberi hukuman buat kerja-kerja amal. Jadi itulah, ‘turning point’ saya. Itu dari segi lokal," katanya.

Dalam pada itu, terdapat satu kejadian yang telah membuka mata dan menjentik hati Faizal berkenaan isu peperangan dan kemanusiaan.

"Kalau dari segi antarabangsa pula, satu insiden masa itu tahun 2010 rasanya. Saya sedang buat road tour untuk album kedua saya, album Adrenalin. Saya tengah buat showcase, tengah enjoy..seronok dengar orang menjerit nama kita. Terlompat-lompat buat konsert.


"Showcase itu habis di Hard Rock KL, saya masuk bilik saya dan macam biasa sebelum tidur saya akan buka Twitter. Saya suka baca berita sebelum saya tidur, saya nak tahu apa yang dah berlaku hari itu.

"Masa hari itulah keluar berita, ada satu bot Flotilla, Mavi Marmara nak membawa bantuan ke Gaza. Ada rakyat Malaysia dalam tu yang ditahan oleh rejim Zionis ini," ujarnya.


Menurut pelantun lagu Assalamualaikum ini insiden tersebut telah membuatkan dia sedar bahawa ada perkara yang lebih penting daripada nikmat menjadi seorang penyanyi terkenal.

"Jadi ketika itulah saya macam.. ‘Apa benda yang aku buat ni?Aku dekat sini dok sibuk melayan syoknya nikmat boleh buat show, bajet macam rockstar’.

"Hidup dengan senang, tiba-tiba dekat tempat lain ada macam ini, sedangkan aku dalam keadaan yang sangat leka dengan dunia. Mencari nama, mencari populariti, mencari duit sedangkan ada masalah sebegini yang sedang berlaku. Jadi itu juga ‘turning point’ saya," kata Faizal.

Untuk info, pada 31 Mei 2010, tentera laut Israel telah menyerbu kapal Mavi Marmara dan bertindak membunuh beberapa orang aktivis yang membawa misi bantuan ke Gaza. Rakyat Malaysia juga antara yang menyertai misi bantuan tersebut.

Terdahulu, rata-rata ramai artis tempatan dilihat menyatakan solidariti mereka terhadap isu peperangan tersebut dengan mengecam sekeras-kerasnya tindakan zalim tentera Israel.


Sumber: Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zarulnazmi 24-10-2023 12:33 PM
Bro reveal his canon event
Quote bottompro 24-10-2023 01:35 PM
Busuk kepam
Quote sleepandream 24-10-2023 01:39 PM
malam ni heols dgn tokti ada buat persembahan dekat axiata...
mesti retis yg terlibat ni bg show free je kan
Quote She-Ra 24-10-2023 02:48 PM
takde dgr pun cerita pasal konsert dia kan?
kwn meols ada pegi, katanya sangat sangat saaaaaaangat frush nonggeng
dia bg dgr video yg dia record, mcm minus one wehhhhhhhh, sejibion je mcm dlm kaset/cd/radio.. takde new arrangement music ke apa, pastu FT ni duduk membatu je kt tgh tu.. takde nak beria ke kiri ke kanan ke depan ke belakang..

hmm ntahla.. byk benda tak best dgr pasal dia ni
Quote LadyCarefree 24-10-2023 05:00 PM
Tunggang selagi boleh tunggang. Ada lesen nak judge dan kutuk orang lain.
Quote eely_shana 24-10-2023 09:29 PM
Baguslah tu abam FT
Quote Suchi 26-10-2023 09:22 AM
Edited by Suchi at 26-10-2023 09:23 AM

Tak pelik dia pun asal retis nasyid.

Btw dia mesti byk dapat royalti kan sbb byk lagu dia yg malar segar dan sesuai dlm byk keadaan.
Lagu Gemuruh, lagu Assalamualaikum, lagu Malaysia, Santai, Ragaman
Quote hayrin86 26-10-2023 09:31 AM
Suchi replied at 26-10-2023 09:22 AM
Tak pelik dia pun asal retis nasyid.

Btw dia mesti byk dapat royalti kan sbb byk lagu dia yg malar  ...

Lagu MALAYSIA hanya sesuai dimainkan masa musim Hari Raya Puasa/Haji, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas aje, tetapi tidak sewaktu Malaysia beraya pada 31 Ogos dan 16 September..

Quote Honey_Inara 26-10-2023 05:30 PM
She-Ra replied at 24-10-2023 02:48 PM
takde dgr pun cerita pasal konsert dia kan?
kwn meols ada pegi, katanya sangat sangat saaaaaaangat  ...

Konsert yang tiket mahal tu ke? Kalau ceggitu berbaloi pergi konsert m.nasir lagi.
Quote She-Ra 26-10-2023 05:34 PM
Honey_Inara replied at 26-10-2023 05:30 PM
Konsert yang tiket mahal tu ke? Kalau ceggitu berbaloi pergi konsert m.nasir lagi.

aahh.. takde kan dgr cerita konsert ni lepas abis konsert tuuu
kalau retis lain, sana sini woo tak move on.. ini krik krik sungguh
akhirnya dpt jawapan drpd fans FT yg pegi konsert tu.. kesian dia.. "tak rugi langsung akak tak pegi.. sy yg rugi"
tp tak sangka la FT gitu sekali..
Quote Honey_Inara 27-10-2023 09:35 AM
She-Ra replied at 26-10-2023 05:34 PM
aahh.. takde kan dgr cerita konsert ni lepas abis konsert tuuu
kalau retis lain, sana sini woo ta ...

Iols cuma tengok ft repost story fans, macam takde apa yang gempak sangat.. Sejujurnya iols ni peminat ft juga masa zaman kegemilangan heols. Tertunggu² juga review konsert tu. Konsert tu pun dapat penaja besar. Ft ni sejak berhijrah memang dah hilang terus semangatnya macam masa zaman superman dulu² yer.
Quote lea_kdo 27-10-2023 09:43 AM
alhamdulillah... suka dgr artis byk ke arah lebih baik..
Quote muntahijo 27-10-2023 10:05 AM
suka lagu2 dia.Zaman dia jadi Superman pun best. Semuga terus berkarya.
Quote She-Ra 29-10-2023 09:51 AM
Honey_Inara replied at 27-10-2023 09:35 AM
Iols cuma tengok ft repost story fans, macam takde apa yang gempak sangat.. Sejujurnya iols ni pem ...

iols pun minat dia
tp bila dgr keluh kesah dr fans berat dia.. terus mcm hmmmmm..
apapun moga dia terus sakses dan hargai fans yg masih stay
Quote fair_iza 29-10-2023 12:59 PM
Bukan ke dia dh x boleh nyanyi live lps ajl dgn lg assalamualaikum? Lps ajl, kena lung infection, sblm tu pun doc dh nsihat dia utk x bertanding. Ke aku silap retis?
Quote jihah_kudat 29-10-2023 10:05 PM
She-Ra replied at 24-10-2023 06:48 AM
takde dgr pun cerita pasal konsert dia kan?
kwn meols ada pegi, katanya sangat sangat saaaaaaangat  ...

tula tunggu jugak cerita pasal konsert dia
sebab ada tengok dekat tiktok ada fans frust beli tiket meet and greet ujung2 kena bergambar berkumpulan dgn fans2 lain..kalau aku yang kena memang aku carutkan je organiser waktu tu..serius la no new arrangement bukan faizal ni terpaling musician sejati ke..sebab lagu dia dekat live konsert one night only dekat sportify aku still dengar sama sekarang sebab best gile...haiyo frustnya jadi fans beliau..
Quote bottombikini 30-10-2023 07:33 AM
si hazeman tu pun jadi elok kan lepas balik from palestin
kalau tidak koyak sesaje kalau org cakap pasal rambut dia
sekarang elok rambut dia kaler hitam, cakap pun yg elok2
Quote A-Are 30-10-2023 07:39 AM
alhamdulillah
Quote She-Ra 30-10-2023 09:02 AM
jihah_kudat replied at 29-10-2023 10:05 PM
tula tunggu jugak cerita pasal konsert dia
sebab ada tengok dekat tiktok ada fans frust beli tike ...

yeee, kena sauk mana2 org utk bergamba sekali
no gamba sorang2 no selpi selpi
bkn takat tu je, music arragement pun 'mcm' pakai minus one okay
ehh ntahla.... bila iols dgr cerita gini, mmg babai la FT

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.219669 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top