View: 3756|Reply: 21
|
Faizal Tahir Buka Cerita 'Turning Point' Untuk Berubah
[Copy link]
|
|
Penyanyi dan komposer, Faizal Tahir berkongsi kisah kekhilafan yang pernah dilakukannya suatu ketika dulu sehingga bertukar menjadi pengajaran besar dalam kehidupan.
Pemilik nama sebenar, Ahmad Faizal Muhammad Tahir, 44, berkongsi perkara itu menerusi temu bual bersama radio Kool 101.
"Mungkin ramai tak tahu atau ramai yang tak ingat tapi saya ingatkan kembali. Dulu Faizal Tahir pernah buat perangai sekali.
"Kena banned daripada TV dan diberi hukuman buat kerja-kerja amal. Jadi itulah, ‘turning point’ saya. Itu dari segi lokal," katanya.
Dalam pada itu, terdapat satu kejadian yang telah membuka mata dan menjentik hati Faizal berkenaan isu peperangan dan kemanusiaan.
"Kalau dari segi antarabangsa pula, satu insiden masa itu tahun 2010 rasanya. Saya sedang buat road tour untuk album kedua saya, album Adrenalin. Saya tengah buat showcase, tengah enjoy..seronok dengar orang menjerit nama kita. Terlompat-lompat buat konsert.
"Showcase itu habis di Hard Rock KL, saya masuk bilik saya dan macam biasa sebelum tidur saya akan buka Twitter. Saya suka baca berita sebelum saya tidur, saya nak tahu apa yang dah berlaku hari itu.
"Masa hari itulah keluar berita, ada satu bot Flotilla, Mavi Marmara nak membawa bantuan ke Gaza. Ada rakyat Malaysia dalam tu yang ditahan oleh rejim Zionis ini," ujarnya.
Menurut pelantun lagu Assalamualaikum ini insiden tersebut telah membuatkan dia sedar bahawa ada perkara yang lebih penting daripada nikmat menjadi seorang penyanyi terkenal.
"Jadi ketika itulah saya macam.. ‘Apa benda yang aku buat ni?Aku dekat sini dok sibuk melayan syoknya nikmat boleh buat show, bajet macam rockstar’.
"Hidup dengan senang, tiba-tiba dekat tempat lain ada macam ini, sedangkan aku dalam keadaan yang sangat leka dengan dunia. Mencari nama, mencari populariti, mencari duit sedangkan ada masalah sebegini yang sedang berlaku. Jadi itu juga ‘turning point’ saya," kata Faizal.
Untuk info, pada 31 Mei 2010, tentera laut Israel telah menyerbu kapal Mavi Marmara dan bertindak membunuh beberapa orang aktivis yang membawa misi bantuan ke Gaza. Rakyat Malaysia juga antara yang menyertai misi bantuan tersebut.
Terdahulu, rata-rata ramai artis tempatan dilihat menyatakan solidariti mereka terhadap isu peperangan tersebut dengan mengecam sekeras-kerasnya tindakan zalim tentera Israel.
Sumber: Oh Bulan
|
|
|
|
|
|
|
|
Bro reveal his canon event |
|
|
|
|
|
|
|
malam ni heols dgn tokti ada buat persembahan dekat axiata...
mesti retis yg terlibat ni bg show free je kan |
|
|
|
|
|
|
|
takde dgr pun cerita pasal konsert dia kan?
kwn meols ada pegi, katanya sangat sangat saaaaaaangat frush nonggeng
dia bg dgr video yg dia record, mcm minus one wehhhhhhhh, sejibion je mcm dlm kaset/cd/radio.. takde new arrangement music ke apa, pastu FT ni duduk membatu je kt tgh tu.. takde nak beria ke kiri ke kanan ke depan ke belakang..
hmm ntahla.. byk benda tak best dgr pasal dia ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Tunggang selagi boleh tunggang. Ada lesen nak judge dan kutuk orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 26-10-2023 09:23 AM
Tak pelik dia pun asal retis nasyid.
Btw dia mesti byk dapat royalti kan sbb byk lagu dia yg malar segar dan sesuai dlm byk keadaan.
Lagu Gemuruh, lagu Assalamualaikum, lagu Malaysia, Santai, Ragaman
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagu MALAYSIA hanya sesuai dimainkan masa musim Hari Raya Puasa/Haji, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas aje, tetapi tidak sewaktu Malaysia beraya pada 31 Ogos dan 16 September..
|
|
|
|
|
|
|
|
She-Ra replied at 24-10-2023 02:48 PM
takde dgr pun cerita pasal konsert dia kan?
kwn meols ada pegi, katanya sangat sangat saaaaaaangat ...
Konsert yang tiket mahal tu ke? Kalau ceggitu berbaloi pergi konsert m.nasir lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
aahh.. takde kan dgr cerita konsert ni lepas abis konsert tuuu
kalau retis lain, sana sini woo tak move on.. ini krik krik sungguh
akhirnya dpt jawapan drpd fans FT yg pegi konsert tu.. kesian dia.. "tak rugi langsung akak tak pegi.. sy yg rugi"
tp tak sangka la FT gitu sekali..
|
|
|
|
|
|
|
|
She-Ra replied at 26-10-2023 05:34 PM
aahh.. takde kan dgr cerita konsert ni lepas abis konsert tuuu
kalau retis lain, sana sini woo ta ...
Iols cuma tengok ft repost story fans, macam takde apa yang gempak sangat.. Sejujurnya iols ni peminat ft juga masa zaman kegemilangan heols. Tertunggu² juga review konsert tu. Konsert tu pun dapat penaja besar. Ft ni sejak berhijrah memang dah hilang terus semangatnya macam masa zaman superman dulu² yer. |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah... suka dgr artis byk ke arah lebih baik..
|
|
|
|
|
|
|
|
suka lagu2 dia.Zaman dia jadi Superman pun best. Semuga terus berkarya. |
|
|
|
|
|
|
|
iols pun minat dia
tp bila dgr keluh kesah dr fans berat dia.. terus mcm hmmmmm..
apapun moga dia terus sakses dan hargai fans yg masih stay
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke dia dh x boleh nyanyi live lps ajl dgn lg assalamualaikum? Lps ajl, kena lung infection, sblm tu pun doc dh nsihat dia utk x bertanding. Ke aku silap retis? |
|
|
|
|
|
|
|
She-Ra replied at 24-10-2023 06:48 AM
takde dgr pun cerita pasal konsert dia kan?
kwn meols ada pegi, katanya sangat sangat saaaaaaangat ...
tula tunggu jugak cerita pasal konsert dia
sebab ada tengok dekat tiktok ada fans frust beli tiket meet and greet ujung2 kena bergambar berkumpulan dgn fans2 lain..kalau aku yang kena memang aku carutkan je organiser waktu tu..serius la no new arrangement bukan faizal ni terpaling musician sejati ke..sebab lagu dia dekat live konsert one night only dekat sportify aku still dengar sama sekarang sebab best gile...haiyo frustnya jadi fans beliau.. |
|
|
|
|
|
|
|
si hazeman tu pun jadi elok kan lepas balik from palestin
kalau tidak koyak sesaje kalau org cakap pasal rambut dia
sekarang elok rambut dia kaler hitam, cakap pun yg elok2 |
|
|
|
|
|
|
|
yeee, kena sauk mana2 org utk bergamba sekali
no gamba sorang2 no selpi selpi
bkn takat tu je, music arragement pun 'mcm' pakai minus one okay
ehh ntahla.... bila iols dgr cerita gini, mmg babai la FT
|
|
|
|
|
|
|
| |
|