CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Sebulan Sebelum 'Pergi' Dia Jadi Lain' - Siti Nordiana Perubahan Sikap Arwah Bekas Suami

23-10-2023 09:00 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 14468| Komen: 73

Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana baru-baru ini ada berkongsi momen akhir waktu bekas suami iaitu pelakon Faizal Yusof bersama anak tunggal mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie.


Selebriti yang mesra disapa sebagai Nana itu berkongsi perkara tersebut dalam temu bual bersama sebuahstesen radio.



"Dia merupakan abah kepada anak saya, sedih juga sebab malam sebelum dia meninggal, dia ada telefon nak ambil Rayyan. Tapi kebetulan waktu itu bukan giliran dia bersama Rayyan.


"Dia kata dia teringin sangat nak bawa dan ambil Ryan ketika itu. Tapi saya tak bagi, rupanya dia memang nak sangat jumpa anak dia," katanya.


Kongsi Siti Nordiana lagi, sikap arwah juga ada berubah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir selain sering berpesan kepada Rayyan untuk menjaganya dengan meskipun anak mereka baru berusia 2 tahun lebih.



"Banyak kali dia telefon dan saya dengar, “nanti Rayyan jaga mama ya”. Dia cakap banyak kali.


"Kira-kira dalam sebulan sebelum dia pergi, dia jadi lain. Dia orangnya baik tapi ‘loud’. Masa dia nak pergi tu dia jadi sangat baik dan sangat lembut dengan saya," ujarnya.


Sekadar info, Siti Nordiana dan Faizal telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2006 namun bercerai pada tahun 2009.


Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki. Pada tahun 2011, Faizal menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung.



Sumber: Beautifulnara




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote j3m4h 23-10-2023 09:06 PM
Bakalan terkeluar kah mggu 5 nnt nyah?
Quote malaysiaku123 23-10-2023 09:06 PM
Aku Xtahu la sebaik mana ni ditinggalkan
Dhtu sampai skrg xda gosip kapel kecuali shipper la..xkawen2..
Syg betul dia pada faizal
Quote DeLuna85 23-10-2023 09:17 PM
Mesti dia menyesal tu kan tak bg arwah ambil anak malam sebelum meninggal tu.
Quote ipes2 23-10-2023 10:47 PM
Apa guna luahan hati if you failed to do what you yourself knew, should have been done.
The fact that all this while, into the 12th year and you still recalled, then this is what we call Regret.
Quote lilacomot 23-10-2023 10:51 PM
Cinta mati btul dia kt arwah ye walaupun di sakiti
Quote telracs 24-10-2023 02:23 AM
Dia pernah cakap kan, yang dia tak boleh nak sayang orang lain macam mana dia sayang arwah suami dia. Sebab tu dia tak cari pengganti.
Quote she 24-10-2023 02:41 AM
Dia ni jenis sayang seseorang sampai mati

Masa dengan arwah Achik pun sama
Kesian dia heartbroken
Sampai dia jumpa kawen arwah Faisal
Bercerai awal

Dedua laki dia sayang pilih orang lain

Apa perasaan wife arwah ye bila dia bercerita pasal kejadian2 sebelum arwah meninggal?
Kalau bab anak tu kita faham terkilan
Tapi bab baik ‘loud’ bagai tu
Perlu ke story
Quote emma69 24-10-2023 03:20 AM
While I appreciate the cable supplier info, my current focus is on finding a reliable Family Doctor Dubai. Any recommendations or insights on this topic would be greatly appreciated. Health is a top priority for my family, and we're eager to connect with a trustworthy healthcare provider.


Quote eely_shana 24-10-2023 05:25 AM
Semoga nana tetap bahagia, x kira lah ada suami atau tak
Quote Themilo 24-10-2023 07:22 AM
berduit, ternama, belum tentu bahagia.. tiberrrr
Quote sayurmayur88 24-10-2023 07:28 AM
takdir dan jln hidup dia tertulis begitu
Quote stingerbumpy 24-10-2023 07:34 AM
ipes2 replied at 23-10-2023 10:47 PM
Apa guna luahan hati if you failed to do what you yourself knew, should have been done.
The fact tha ...

Dia sedang dlm program temubual kheunz? Jenis yg sawan barbeng macam ko keww ipan? Org tak ajukheun soklan ko saja nak berluahan rasa?

#tanyaje
Quote cikatilia 24-10-2023 11:13 AM
menyesal sampai tak sudah....
kena hidup dgn sesalan tu... nak wat camna kan.. nasi dah jadi bubur..

Quote marchikobonzo 24-10-2023 11:34 AM
Selamanya hidup dalam penyesalan, tak elok utk kesihatan. Maafkan diri sendiri, and move on
Quote chinta89 24-10-2023 11:57 AM
udah lupa, dlu putus ngn acik sb ape ye? dan bcerai dgn faizal arwah suaminya tu sb ape ye? siapa pasangan kpd ex-nana.

walaupun mbesar dgn lagu hitz beliau tp x leh recall dh sb musabab kisah dia dlu..

tp kalau dgr gosip dia ngn lelaki lain ku doakan dia btemu jodoh yg baik. sb nana ni pun baik, xde gosip murahan, dia pun muda lagi harapnya temui pengganti. tak selamanya hidup dengan kisah cinta lama. u deserve to bahagia
Quote anony-mous 24-10-2023 12:21 PM
she replied at 24-10-2023 02:41 AM
Dia ni jenis sayang seseorang sampai mati

Masa dengan arwah Achik pun sama

Hukhuk kesian nana. Both pilih org lain & both meninggal. Dua2 sakit dia rasa
Quote sleepandream 24-10-2023 01:50 PM
kesian jgk sheols ni...
nasibla ada anak sorang takdela sunyi sgt...
kawan2 baik sheols pun dah jd musuh mengumpat berjemaah dalam live...
itula kata org bila kita senang orang dengki... bila kita susah orang benci...
Quote sofi_sofia 24-10-2023 02:10 PM
dia ni duit banyak naper tak repair gigi?
Quote chicmushroomkd 24-10-2023 02:16 PM
lebih kurang 2 weeks before arwah meninggal, ada nampak dia n family plus rayyan holiday kat pd. nampak bawak rayyan mandi kat pool

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.065846 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top