Pelakon Amelia Henderson mendedahkan pertuturannya dalam bahasa Melayu semakin bertambah baik dan dia berbangga dengan pencapaiannya itu. Kata Amelia, dia nekad memperbaiki penguasaan bahasa Melayu ketika ditawarkan untuk melakonkan watak seorang ibu tunggal ketika usianya 19 tahun.
Walaupun pada ketika itu dia tidak begitu fasih dan masih pelat, Amelia tetap mencabar dirinya untuk belajar demi kerjaya lakonannya. "Saya pergi satu casting, watak adalah seorang isteri dan kalau tak silap jalan cerita saya seorang mak. Masa itu umur saya sekitar 18 atau 19 tahun macam tu. "Masa casting dengan Amo, dia tanya saya boleh cakap Bahasa Melayu ke tak. Dengan bangganya saya kata boleh walaupun saya pelat. "Kemudian dia suruh saya baca skrip. Saya rasa itu audition paling teruk dalam hidup saya masa tu sebab saya tahu saya tak boleh buat.
"Bila dapat the show time tu, saya kekok sebab saya rasa cabaran paling besar adalah bahasa Melayu. Pada ketika itu saya tak tahu nak belajar dengan siapa, saya tak tahu nak di mana nak belajar bahasa ni dalam masa singkat," katanya. Perkara itu didedahkan oleh Amelia menerusi sesi podcast Studio Sembang bersama Aedy Ashraf baru-baru ini. Tambah Amelia lagi, selepas drama tersebut ditayangkan, dia lebih gigih mendalami bahasa Melayu agar watak yang ditawarkan semakin berkembang.
|
wirazam replied at 23-10-2023 03:37 PM
Cantik nya dia nih...Mohon berlakon dgn barakbah ye
3chanceno replied at 23-10-2023 03:43 PM
Bagus kalau ada improvement...kes saman kena bayar tok aida tu dah settle?#tanyajer
daisy8 replied at 23-10-2023 04:56 PM
Dari kecik muka dalam Bintang Kecil tibah baru fasih bertutur. Beliau ke yang allegedly mensa IQ 180 ...
ADVERTISEMENT