CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bali Isytihar Darurat- Nourul Depp Okay, Kehidupan Macam Biasa

23-10-2023 01:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2718| Komen: 14

Bali diisytiharkan darurat selama dua minggu akibat kemarau dan kebakaran yang melanda pulau peranginan itu.

Bagaimanapun  Nourul Depp yang menetap di sana menyatakan, "kehidupan berjalan seperti biasa."


Foto: IG

“Sebab ramai yang Nourul okey ke dekat Bali? Saya jawab, sini tiada apa-apa darurat hidup seperti biasa. Ya memang ada kebakaran, ya tengah kemarau tapi sekarang sudah nampak mendung sedikit.

“Sepatutnya sudah masuk musim hujan, tetapi di sini masih panas dan kering. Mudahan-mudahan akan hujan dan musim tengkujuh akan sampai tidak lama lagi.



“Buat semua kawan-kawan dan teman media yang bertanya kehidupan di Bali berjalan seperti biasa.

“Terima kasih kerana memikirkan kami dan terima kasih ambil berat keadaan kami di sini,”katanya di Instagram.



Nourul yang sedang menunggang motosikal berhenti di tepi jalan untuk merakam video tersebut sempat menunjukkan kesibukan jalan raya yang berjalan seperti kebiasaan.

Nourul berkahwin dengan Eric Daniel Depp pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 10, Raphael, 8, dan Isabella 4.


Sementara menerusi perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayu Nazirah, 25.

Terdahulu, pengisytiharan darurat Bali mencetuskan kebimbangan ramai terutama mereka yang telah merancang percutian ke pulau tersebut.


Arahan tersebut dikeluarkan pada Khamis lalu dan membabitkan semua daerah dan bandar di seluruh wilayah itu, termasuk Denpasar, Badung, Bangli, Buleleng, Gianyar, Jembrana, Karangasem, Klungkung dan Tabanan.

Darurat berkuat kuasa sehingga 1 November dan boleh dilanjutkan atau dipendekkan mengikut keperluan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adiksha 23-10-2023 02:25 PM
mujur takde plan ke sane dlm mase terdekat ni *phew*
Quote ketupatnasi 23-10-2023 03:24 PM
Memang smedang belenging je ke
Quote Robitadotcom 23-10-2023 03:29 PM
Kenapa nengok dia ni mcm makin melekit ekk.
Quote adra5028 23-10-2023 03:44 PM
ok..saya amik maklum..time kacih..
Quote ketambangkang 23-10-2023 03:45 PM
tak brp menjadi ye baka anak mami mix mat saleh
Quote pocongkiutss 23-10-2023 05:06 PM
Hai..saja komen sbb taknak benang menyemak tu naik atas
Quote black_handbag 23-10-2023 05:10 PM
bestnya tengok rumah dia. tepi sawah ye? best tgk berangin rumahnya, angin keluar masuk sepoi2. kalau pencen dan menetap di bali mesti best kan.. iols teringin juga
Quote Bulanbaru 23-10-2023 05:32 PM
ketambangkang replied at 23-10-2023 03:45 PM
tak brp menjadi ye baka anak mami mix mat saleh

Mcm mix Rohingya pulak ni.
Quote _blackbird 23-10-2023 06:03 PM
ok la nurul ni masih ok ckp melayu takda propa nak slang2 indon. dulu ada sorg supplier aku, dia cina. masa dok kl ckp melayu pon pelat2 mcm lim guan eng tu haa, fast foward dia pindah indon, duduk 3thn je pon, bila balik kl kemahen bahasa indonesia dia 1 pelat pon takda, ckp mcm dlm sinetron tu, ehh terus dah tak boleh ckp melayu. hanjing betulllll....
Quote manehnya 23-10-2023 06:51 PM
Dia ni stand utk apa pulak dlm isu palestin, kalau tak loud sgt dlm apa² hal pun, bising mcm pungkok ayam
Quote delia3003 23-10-2023 08:47 PM
Edited by delia3003 at 23-10-2023 08:48 PM
ketambangkang replied at 23-10-2023 03:45 PM
tak brp menjadi ye baka anak mami mix mat saleh


Comel je I tengok anak2 dia. Yang girl tu rasa bila besar makin lawa nanti. Muka dia nampak elok terletak.

Best nye rumah tepi sawah, ditiup angin sepoi2 bahasa.
Quote Suchi 23-10-2023 09:26 PM
_blackbird replied at 23-10-2023 06:03 PM
ok la nurul ni masih ok ckp melayu takda propa nak slang2 indon. dulu ada sorg supplier aku, dia cin ...

Kat sana mmg takde pilihan, takde indon nk ckp ala pelat cina malaysia
Beza ngn org melayu, cina ckp pelat dia pun sama ikut cara cina tu berckp
Kadang tu terus guna BI je, kat indon jangan harap laaa. Malah ada cina sana yg pandai jawa juga.
Nih sama mcm cina2 yg duk kelate teganu laa, takde makna pokcik2 kelate tu nak ckp pelat cina ngn cina sedangkan dgn melayu KL pun sek mu kecek kelate gak.
Quote eely_shana 24-10-2023 05:37 AM
Pemandangan kat bali cantik
Quote adeqbun 24-10-2023 10:40 AM
ketupatnasi replied at 23-10-2023 03:24 PM
Memang smedang belenging je ke

jimat baju..3 lai baju je cukup..laki die ni spesies kokosen level kepam

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.071173 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top