Juri tetap program All Stars Gegar Vaganza (GV10), Datuk Ramli MS menganggap masalah ‘ear monitor’ ketika beraksi tidak patut dijadikan alasan sebagai penghalang untuk peserta memberikan persembahan terbaik.
Jelas maestro muzik itu, barisan peserta sepatutnya sudah mengetahui cara untuk mengendalikan masalah teknikal memandangkan mereka telah berpuluh tahun bergelar penyanyi. “Bila peserta cakap ‘ear monitor’ ada masalah, saya tidak mahu cakap itu alasan namun saya akan menilai sama ada perkara tersebut benar-benar alasan ataupun masalah teknikal. “Lagipun peserta sudah menyanyi berapa puluh tahun, sepatutnya ada cara yang boleh dilakukan agar tidak menjejaskan persembahan. “Contohnya buka satu (ear monitor) atau cabut keduanya, bila buka maka peserta akan menyanyi ‘laid back’, itu boleh diampun, saya faham,” ujarnya serius. Ditanya sama ada menerima aduan masalah teknikal daripada peserta ketika konsert raptai, Ramli menggelengkan kepala dan berkata semuanya berjalan lancar.
“Masa konsert raptai tiada pula masalah teknikal sedemikian, semuanya berjalan lancar. “Pokok pangkalnya, saya mendengar dan melihat secara keseluruhan, adakah isu yang dibangkitkan selari dengan pendengaran saya ketika menilai ataupun secara semulajadinya masalah nyanyian,” tegas Ramli. Menerusi konsert minggu keempat GV10 malam tadi, Ayai dan Azharina mendakwa persembahan mereka terganggu disebabkan ‘ear monitor’ yang tidak berfungsi dengan baik sehingga nyanyian mereka tidak berdendang dengan tempo sebenar. Malam tersebut menyaksikan Liza Hanim menduduki tempat pertama yang berjaya meraih markah sebanyak 70.50 peratus markah sekali gus menjadi pemenang Bintang Powercat. Tempat kedua pula menjadi milik Naqiu dengan markah 69.75 diikut rapat Jaclyn Victor yang berada di tempat ketiga mengaut sebanyak 69.00 peratus markah. Ayai terpaksa akur apabila mendapat markah terendah sebanyak 53.00 peratus, seterusnya menjadi peserta keempat tersingkir. Sumber: Kosmo! Online
|
KamikuP replied at 24-10-2023 03:02 PM
Apa fungsi ear monitor tu cuolls? Dulu2 takde pun artis pakai menatang ni bila nyanyi
ashcroft86 replied at 24-10-2023 11:04 AM
Dulu mostly pakai monitor speakers kt depan pentas tu klu perasan. Speakers yg dok kt lntai stage ...
ADVERTISEMENT