CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Liza Hanim Struggle Nak Menyanyi, Sebak Dengan Kekajaman Zionis Terhadap Kanak-Kanak

23-10-2023 10:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1569| Komen: 19

Liza Hanim memberitahu paling sukar bagi dirinya semasa membuat persembahan minggu kelima di All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada malam Ahad lepas.

Dia tidak dapat menahan sebak apabila melihat tindakan biadab dan kejam pihak zionis yang turut melibatkan kanak-kanak.


Foto: IG

“Sebagai seorang ibu, saya sangat tersentuh. Sangat struggle persembahan ini sebab saya sangat terkesan.

“Apa yang saya mahukan, teruskan berdoa. Pada yang ada anak, peluk anak dengan lebih erat dan terus bersyukur kerana kita bersama dengan mereka,” katanya kepada mStar.

Menerusi persembahan itu, air mata penonton turut mengalir selepas tersentuh dengan persembahan dipaparkan.



Mempertaruhkan lagu Kembali Terang nyanyian asal Marsha Milan, Liza turut memaparkan skrin memperlihatkan foto mangsa kekejaman Israel terhadap Palestin ketika ini.

Bukan sahaja penonton, hos ASGV iaitu Jihan Muse dan juri profesional Hetty Koes Endang turut menitiskan air mata mengenangkan nasib menimpa umat Islam di bumi bergolak itu.

Persembahan itu juga mendapat pujian daripada juri tetap, Hetty Koes Endang kerana menyifatkan Liza berjaya membawakan emosi sedih kepada penonton.



“Emosi kamu berjaya bawa. Namun, kemerduan itu juga harus ada.

“Hari ini ada sedikit yang kamu tidak sampai. Ada note yang tak duduk ditempatnya,” tegur juri dari Indonesia itu.

Bagaimanapun Liza mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 70.50 peratus, diikuti Naqiu (69.75 peratus) dan Jaclyn Victor berada di kedudukan ketiga (69 peratus).



ASGV pada musim ini menampilkan 16 finalis yang mana 10 daripadanya adalah juara daripada musim lalu manakala enam lagi adalah pilihan peminat.

Program realiti itu menampilkan Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein sebagai pengacara manakala Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Syafinaz Selamat kembali sebagai juri.

ASGV berlangsung selama 12 minggu dan bersiaran secara langsung setiap Ahad, pukul 9.00 malam di Astro Ria (Saluran 104). -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 23-10-2023 10:57 AM
Go Liza Go!
Dedulu pernah jumpa dia ni depan bank.
Pakai high heels, mendongak tengok.
Eh, Liza eh?
Dia kata, ya, sambil senyum.

Quote asamfish 23-10-2023 11:10 AM
bagi alasan lain boleh tak???? jgn nak menumpang dgn keadaan trending sekarang ni....just say you're tired, or not enough practice, or not enough stamina dan seumpamanya....
Quote Sunkiss8999 23-10-2023 12:14 PM
Iols suka dia sejak dari zaman linda martoko
Quote sayurmayur88 23-10-2023 12:23 PM
suara dia i loikeee...
Quote luc 23-10-2023 12:35 PM
Mohon jemput Rosyam Nor naik pentas utk lagu rembulan, kembalikan memori KL MENJERIT Linda Martopo dan Shah.
Quote missbigrockstar 23-10-2023 12:47 PM
Mcm anti klimaks GV tahun ni sebab dah terang2 astro nak angkat LH as juara.
Tapi dia mmg deserved it dari GV 4 pun.
Quote Nizleen86 23-10-2023 02:57 PM
Ada je alasan korang. Ear monitor lah, sebak lah. Buk hetty kata 2 minit stengah je nyanyi atas stage tu. Ko buat lah betul2. Org lain gi keje 10-12 jam hari2. Korg skali dpt puluh riban pun byk bunyik. Keje ciput je pun.
Quote LadyCarefree 23-10-2023 04:54 PM
Gituuuuuuu tunggang perang tapi yg ni tunggangan terpaling halal
Quote princessmiang 23-10-2023 06:46 PM
Bosan persembahan akak martopo tetiap minggu menjerit mcm nak terkeluar halkum..
Quote gideoncross 23-10-2023 09:02 PM
asamfish replied at 23-10-2023 11:10 AM
bagi alasan lain boleh tak???? jgn nak menumpang dgn keadaan trending sekarang ni....just say you're ...

Time perang je sorg2 bising, lpas perang, sorg2 lupa.
Quote princessmiang 23-10-2023 09:31 PM
gideoncross replied at 23-10-2023 09:02 PM
Time perang je sorg2 bising, lpas perang, sorg2 lupa.

Mcm kobid la..time kobid semua pakai tudong konon2 tobat..lepas habis kobid tudong kemana bugil semua
Quote eely_shana 24-10-2023 05:37 AM
Suara akak LH power
Quote KamikuP 24-10-2023 03:08 PM
Suka LH sejak album pertama sbb sore dia ala2 Pojiah Latip + tokti guitoh
Quote ReginaGeorge 24-10-2023 03:51 PM
so gossip ni boleh la tenggelamkan gossip muka anak dia
Quote msdummy.2018 24-10-2023 04:49 PM
Aku dr suka dia nij jd xsuka..sb asyik menjerit jerrr..dah tau dah vokal ko power..

Aku xsuka naqiu dan noryn tuh...tp start suka sb slalu bawa kelainan..azharina pun dh start cuba2 bw kelainan...
Quote Alvida 24-10-2023 05:49 PM
msdummy.2018 replied at 24-10-2023 04:49 PM
Aku dr suka dia nij jd xsuka..sb asyik menjerit jerrr..dah tau dah vokal ko power..

Aku xsuka naqiu ...


kalu tk nk menjerit baik kau layan lagu yuna jer
Quote msdummy.2018 24-10-2023 05:56 PM
Alvida replied at 24-10-2023 05:49 PM
kalu tk nk menjerit baik kau layan lagu yuna jer

Aah aku layannn jee yuna tuh. So what?
Quote sleepandream 24-10-2023 06:19 PM
tapi iols lagi suka tengok performance sheols season ni compare masa sheols GV4... sheols pandai pilih lagu... part jerit2 tu iols rasa tak boleh buat apa laaa sebab nanti ibu hetty komen suruh tembak... suruh hajarrr... kowserrrrrrr
Quote gideoncross 25-10-2023 03:54 PM
princessmiang replied at 23-10-2023 09:31 PM
Mcm kobid la..time kobid semua pakai tudong konon2 tobat..lepas habis kobid tudong kemana bugil se ...

Ummah kita ni klau msa Kobit & perang Israel-Palestine trcetus, dia lh yg trpaling skli lol.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.097696 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top