CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Mungkin Dia Tengah Buat Trend TikTok Pinjam Seratus Kot," Shuk Sahar Komen Isu Hafidz Roshdi Cular Bayar Nafkah Anak

23-10-2023 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2609| Komen: 28

Hafidz Roshdi menjadi bualan hangat selepas Nurul Shuhada mendedahkan dia hanya memberi nafkah RM100 seorang kepada dua anaknya.

Isu tersebut meraih perhatian Shuk Sahar apabila meninggalkan komen berkenaan isu terbabit di hantaran dmedia sosial sebuah portal hiburan.


Shuk mengatakan Hafidz disyaki membuat trend TikTok ‘pinjam seratus’.

Foto: IG

“Mungkin dia tengah buat trend TikTok pinjam seratus kot,” tulis Shuk.

Di ruangan lomen, ada segelintir netizen yang mengkritik perbuatan Shuk itu yang mengatakan pelawak ini juga curang kepada isteri, sama seperti Hafidz.

Namun begitu, sesetengah netizen terhibur membaca komen Shuk yang dianggap ‘savage’.



Sebelum ini, timbul dakwaan mengatakan Shuhada disyaki belum move on apabila menggunakan foto lama bersama Hafidz demi mempromosikan produk.

Tidak berdiam diri, Hafidz membuat satu video menyelar tindakan bekas isterinya untuk segera memadam atau menukar foto tersebut sebelum dia mengambil tindakan.

Sekadar info, Shuk dan bekas isterinya, Rossa Sera sah bercerai talak satu pada 22 Mac lalu selepas lebih setahun status rumah tangga menjadi tanda tanya.

Shuk berkata keputusan untuk berpisah dibuat secara baik selepas mereka pulang dari menunaikan ibadah Umrah pada Januari lalu.


Untuk rekod, Sera atau nama lengkapnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu selepas pelawak itu didakwa curang.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 6 dan Nur Assyifatu Aimi, 3 tahun. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote K_Lily 23-10-2023 10:42 AM
Jangan macam-macam la Syuk. Depression mamat tu nanti.
Quote Perawankota 23-10-2023 10:51 AM
Sedap nama anak2 syuk…
Quote Glass_shoes 23-10-2023 10:54 AM
ermm xde thread shubingai dan piz lembam,sipi2 pon jadilah..Lps ni boleh bukak thread komen skandal shuk,thread shuhada terapung dan didukung abang
Quote sayurmayur88 23-10-2023 10:57 AM
amboi.....
Quote kucingitam 23-10-2023 12:22 PM
semoga syuk berjodohan dgn shu..
Quote rainbowrainz 23-10-2023 12:26 PM
Shu yang always ngai ngai...hadaplah kau nanti..sukat org je tau tunggu org sukat kau pulak macam manalah khuens an an an...
Quote izat123 23-10-2023 12:32 PM
Jangan kutuk mamat mental pukul anak orang curang culas bayar nafkah Shuk. Nanti kena kecam dengan ummah Forum. Ummah Forum ramai backup dia.
Quote red_velvet 23-10-2023 02:02 PM
Alang2 ko pun macam tak nak settle down dgn farah apa kata ko amik ngai jadi bini ko syuk... At least ngai takdelah membohsia macam scandal ko...
Quote pembacagosip 23-10-2023 02:32 PM
amboiii sibuk plak dia nak ngata org eh
Quote pocongkiutss 23-10-2023 02:34 PM
izat123 replied at 23-10-2023 12:32 PM
Jangan kutuk mamat mental pukul anak orang curang culas bayar nafkah Shuk. Nanti kena kecam dengan u ...

Iols pelik masa sol..kemain betina2 pertikaikan bila si Sol ni nk dpt kurma..tp si lembam ni takde sorg pun pertikaikan bila kurma dia nak sampai..siap dh masuk level suci dah skrg ni..terpaling bipolar
Quote izat123 23-10-2023 03:16 PM
pocongkiutss replied at 23-10-2023 02:34 PM
Iols pelik masa sol..kemain betina2 pertikaikan bila si Sol ni nk dpt kurma..tp si lembam ni takde ...

Jangan lupa awal awal dulu pun ramai je ummah forum suruh Sarah stay classy lah apa jangan banyak buka aib suami. Mujur kes Sol tu muka Sol pun hauk, Sarah pula support kuat dari Tok Usop dengan Datin so nak kondem Sarah macam mana je pun. Kes Shu ni lain. Perempuan ni dia memang suka dengki mendengki buli membuli sesama diorang tapi orang cantik usually dimaafkan sikit sebab pretty privilege is real. Kalau tak cantik confirm lah kena kutuk kalau being a lil bit loud walaupun awalnya suami kau yang curang, tumbuk sampai lebam mata, tak bayar nafkah sepatutnya. Siapa yang yang kutuk kutuk ni? Of course lah sesama perempuan kepam juga.
Quote jihyomelly 23-10-2023 03:26 PM
anak iols part time kat queensbay..dia blk cakap syuk dtg beli barang dgn bini dia..cakap dia dah cerai bini mana pulak..anak iols cakap ntah la tapi dtg berdua dgn pompuan x pakai tudung..gf baru ke?
Quote asfaz 23-10-2023 03:30 PM
Takde sape ke bukak benang Fizi Ali dah kawin?
Quote pocongkiutss 23-10-2023 05:10 PM
izat123 replied at 23-10-2023 03:16 PM
Jangan lupa awal awal dulu pun ramai je ummah forum suruh Sarah stay classy lah apa jangan banyak  ...

Iols mmg tak minat shuringai..tp iols nmpk modus operandi menyucikan pish lembam dgn si yahudi tu mcm dah berjaya je..sori nk cakap la..kes ni betina2 ni tak sibuk lak ckp bila si apis ni nk dpt kurma..thread sol tu memanjang tak puas hati sol tak dpt kurma..padahal sama je jantan dua2 ni

Tau la tak suka si shuringai tu tp perlu ke asik thread dia je diup smpai semak nk mamposs kut porem ni ..dah la dia bukan retis. Thread nilopak vs pajurah yg iols menyampah dulu2 pun at least diorg tu retis
Quote mojarean_X 23-10-2023 05:13 PM
kucingitam replied at 23-10-2023 12:22 PM
semoga syuk berjodohan dgn shu..

Amin..........
Quote Suchi 23-10-2023 10:16 PM
Syuk wat keje apa la ni? Aritu mcm terbaca komen ada acik porem yg rindu dia jd pengacara
Quote tempayanpecah 23-10-2023 10:41 PM
Mcm da kawin je si shuk ngn farah..farah pun da dok penang ke thai n spore brrsm xkn x kawin
Quote Seenia 23-10-2023 10:50 PM
pocongkiutss replied at 23-10-2023 02:34 PM
Iols pelik masa sol..kemain betina2 pertikaikan bila si Sol ni nk dpt kurma..tp si lembam ni takde ...

Ada jugak yg sependapat iols ye.menyampah tetiba hr n momo jadi suci pulak..
Quote HappyGumbira 23-10-2023 11:20 PM
tempayanpecah replied at 23-10-2023 10:41 PM
Mcm da kawin je si shuk ngn farah..farah pun da dok penang ke thai n spore brrsm xkn x kawin

apa ig farah tu ye

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.069576 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top