CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Sampai Sekarang Tak Boleh Lari,"-To'ki Mengaku Jadi Ahli Kongsi Gelap

23-10-2023 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7025| Komen: 72

To'ki ada sebab berdiam diri biarpun satu per satu dakwaan mencalarkan maruahnya sebagai seorang lelaki dan ketua keluarga.

Akuinya, biar ketika zaman muda dirinya dikenali sebagai individu lantang, namun kini dia lebih selesa membiarkan pihak di sana meluahkan segala isi hati kepada media.



Foto: Kosmo

“Ada yang bertanya kenapa saya membisu ketika isu tunggakan sewa rumah yang didakwa pihak terbabit mencecah RM3,600 untuk empat bulan hangat dijaja di sana sini.

“Saya tak mahu bergaduh sebab dah berbincang pun minta tempoh kerana menjaga ibu mentua yang terlantar, selain perlu masa nak cari rumah lain untuk orang sakit seperti ini.

“Tapi saya pun bukan bodoh, berpelajaran cuma janganlah anggap macam pengemis dan berkali-kali halau kami.

“Sudahnya selepas semakan tunggakan itu cuma dua bulan yang kini telah dibayar oleh Baitulmal,” katanya kepada Kosmo.


Pemilik nama sebenar Mohd. Zaki Mansur itu juga menyedari dicop gengster rentetan insiden memegang parang ketika pemilik bersama segerombolan lelaki menyerbu rumahnya, baru-baru ini.

Tidak melatah, katanya tindakan itu lebih kepada menjaga keselamatan keluarga kerana tidak tahu motif mereka datang beramai-ramai menjelang tengah malam.

Malah tanpa berselindung, dia turut mendedahkan turut terlibat dengan dunia kongsi gelap sejak usia belasan tahun mengikut rakan sebaya, selain dorongan darah muda.

Katanya, pada waktu itu sebagai anak kampung yang tinggal di utara tanah air berhampiran sempadan Malaysia-Thailand, semangat setiakawan sesama mereka kuat sehingga wujudnya sebuah perkumpulan berkonsep ‘brotherhood’.

“Masa itu yang kita tahu kumpulan yang kita sertai sekadar ikatan penyatuan apatah lagi kami bukan merompak, mencuri mahu pun rosakkan harta benda, sebaliknya lebih kepada saling menolong.

“Orang pun tahu saya tak suka gaduh. Dalam kalangan kami sampai sekarang saya dalam kategori pendamai, iaitu individu yang kerap diminta menjernihkan perbalahan.

“Cuma bila berada dalam kumpulan sebegini, memang tiada jalan keluar tapi saya bukan buat kerja tak elok atau melanggar undang-undang, jadi sampai sekarang tak boleh lari,” ulasnya.

Lebih selesa bercerita perkembangan terkini, akui pemenang Pesta Lagu Asia 1993 itu, situasinya masih macam dulu giat menghasilkan lagu walaupun kerap tertipu.

“Kalau saya gengster memang saya dah cari individu yang curi lagu kerana tak bayar hasil karya saya.

“Saya cuma To’ki, yang berkarya demi cinta pada seni tetapi dalam masa sama ingin cari rezeki.

“Ada juga yang beli lagu, bayar saya RM500 sahaja. Tak apalah, saya tak mahu kejar atau paksa rezeki yang bukan tertulis untuk saya. Saya juga paling jaga bab itu. Tak ada duit tak apa, tetapi jangan berhutang,” katanya.

Menyentuh soal bantuan, kata To’ki yang enggan meminta-minta, perasaan terkilan turut dirasai apabila tiada wakil persatuan membabitkan artis bertanya khabar. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missbigrockstar 23-10-2023 10:36 AM
Tak paham. Katanya gangster tapi bukan gangster. Ayat dia dari mula sampai habis berbelit2
Quote Gianna111 23-10-2023 10:39 AM
ayat ilusi.orang ahli kongsi gelap ke terang ke.mereka tdak hidup gini.akan ada orang jaga.akan ada sumber duit. dia ni hidup dalam gelap je bukan ahli kongsi gelap.tu je masalahnya.
Quote Mooverine 23-10-2023 10:42 AM
g4ngster taik kucing kot..
Quote MadameOnion 23-10-2023 10:46 AM
ko bukan ahli kongsi gelap..tapi ko BERHUTANG dgn ahlong dari kumpulan kongsi gelap..diam la..pengemis betul la org tua ni
Quote mizruncing 23-10-2023 10:47 AM
dah tau takde duit cari la keje. tu je pokoknyaa. bukan sbb gangster ke ape. kau dah berbulan tak bayar sewa. pi cari keje. bukan dok harap org bagi bantuan bagi duit bagai
Quote Buritan 23-10-2023 10:50 AM
missbigrockstar replied at 23-10-2023 10:36 AM
Tak paham. Katanya gangster tapi bukan gangster. Ayat dia dari mula sampai habis berbelit2

Plg tak phm aku ko dan netizen tetap nak dengo penjelasan org nagih dadah nii.. aku ko dan netizen yg penagih atau tok ki ni.. hahaha
Quote cikatilia 23-10-2023 10:56 AM
kalau ahli kongsi gelap idok nya kau harap bantuan baitulmal bang oii...
ini namanya kena kejo sbb ada hutang yach
Quote sayurmayur88 23-10-2023 10:58 AM
ada je citer dia ni....
Quote TerataiMelur02 23-10-2023 11:05 AM
Takde duit takpe tapi jangan berhutang

Ok
Quote asamfish 23-10-2023 11:08 AM
konar bang selagi boleh konar......aku harap owner tu jgn bagi muka...toksah kesian2 dgn org mcm ni...ramai lagi org yang jujur yang dhoif yang perlu dibantu
Quote meah_kelabu 23-10-2023 11:12 AM
sembanggg tiberr nk bgtau dia ahli kongsi gelap dh nape?
acah2 nk takutkan tuan rumah ke cmne
cmbodo pn ade g bgtau ko kongsi gelap
mmg gelap la masa depan ko kang xmemasal ke dalam
Quote prettyuglybabe 23-10-2023 11:14 AM
taik dadah kalau becerita, berkepak sentiasa..
Quote Prickford 23-10-2023 11:55 AM
Gangster ke tidak, kau kerja je lah cari duit. Hidup berdikari dari harapkan bantuan orang. Yang pelik alasan tak kerja sbb jaga ibu mertua sakit terlantar stroke?? Habis bini kau tak tolong jaga ke sementara kau kerja. Atau bini kau yg kerja tapi duit habis gitu??
Quote xtravaganza 23-10-2023 12:04 PM
Sembanggggggggg bab 1 pon boleh terbang

Quote yylkasy 23-10-2023 12:09 PM
Pegi cari keje dan stop mendadih. Keje pun tak guna kalau duit habis ke dadih. Bak kata warge fesbuk "org mcm ni yg patut kkm tidurkan". Hidup pun sesen tak guna
Quote black_handbag 23-10-2023 12:10 PM
kalau gangster mesti kaya raya sbb ada sumber income. ke geng terbuang dia ni. khianat pada bos ye
Quote mamajawie 23-10-2023 12:36 PM
muka cam rohingya mabuk lagi mengaku ko tu gangster????jijikkkkkk
Quote doridori_hi 23-10-2023 12:40 PM
Hersheee bushuukkkkkk...
Quote irsa 23-10-2023 12:43 PM
Macam2 kenyataan pula heols ni ye

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.071578 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top