Jelebu: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) tidak pernah menerima permohonan daripada mana-mana pihak berkaitan projek pembinaan plaza tol di Gohtong Jaya, Genting Highlands. Pengerusinya Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata pembinaan itu dibuat diatas tanah persendirian dan berkemungkinan pihak berkenaan merasakan tidak perlu membuat permohonan kepada Kerajaan Negeri Pahang, Kementerian Kerja Raya (KKR) atau LLM.
"Tanah itu adalah tanah persendirian namun sebarang pembinaan masih lagi tertakluk kepada undang-undang. "Ingin ditegaskan pembinaan plaza tol itu tidak ada kena mengena dengan LLM. LLM juga tidak pernah menerima sebarang permohonan berkaitan pembinaan itu," katanya hari ini. Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu dan Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan berkata arahan pemberhentian kerja pembinaan daripada Kerajaan Negeri Pahang adalah hak dan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri itu.
Katanya sekiranya pihak berkenaan mahu meneruskan kerja pembinaan plaza tol, mereka perlu memohon mengikut prosedur yang sudah ditetapkan. Media sebelum ini melaporkan plaza tol akan dibina di Gohtong, Genting Highlands dan hanya dikenakan bayaran ketika naik ke kawasan peranginan itu. Sumber: Harian Metro
|
najib888 replied at 22-10-2023 08:46 PM
Nanti ramai la pemilik tanah2 persendirian pacak tol sendiri.. sebab apa?
Sebab boleh dik..
eiman replied at 22-10-2023 08:50 PM
Tanah persendirian genting highland, dia nak buat apa saja sesuker hati je, nak halang public masuk ...
ADVERTISEMENT