CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10910|Reply: 17

Tiada Permohonan Bina Plaza Tol Di Genting Highlands - LLM

[Copy link]
Post time 22-10-2023 07:41 PM | Show all posts |Read mode
Jelebu: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) tidak pernah menerima permohonan daripada mana-mana pihak berkaitan projek pembinaan plaza tol di Gohtong Jaya, Genting Highlands.


Pengerusinya Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata pembinaan itu dibuat diatas tanah persendirian dan berkemungkinan pihak berkenaan merasakan tidak perlu membuat permohonan kepada Kerajaan Negeri Pahang, Kementerian Kerja Raya (KKR) atau LLM.






"Tanah itu adalah tanah persendirian namun sebarang pembinaan masih lagi tertakluk kepada undang-undang.


"Ingin ditegaskan pembinaan plaza tol itu tidak ada kena mengena dengan LLM. LLM juga tidak pernah menerima sebarang permohonan berkaitan pembinaan itu," katanya hari ini.


Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu dan Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan berkata arahan pemberhentian kerja pembinaan daripada Kerajaan Negeri Pahang adalah hak dan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri itu.


Katanya sekiranya pihak berkenaan mahu meneruskan kerja pembinaan plaza tol, mereka perlu memohon mengikut prosedur yang sudah ditetapkan.


Media sebelum ini melaporkan plaza tol akan dibina di Gohtong, Genting Highlands dan hanya dikenakan bayaran ketika naik ke kawasan peranginan itu.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2023 07:48 PM | Show all posts
Kononyalah tak tau

balak dan kebun durian juta ekar

pun tak tau.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Jalan genting highland tu bukan under LLM.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti ramai la pemilik tanah2 persendirian pacak tol sendiri.. sebab apa?
Sebab boleh dik..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanah persendirian genting highland, dia nak buat apa saja sesuker hati je, nak halang public masuk pon bole.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 22-10-2023 08:46 PM
Nanti ramai la pemilik tanah2 persendirian pacak tol sendiri.. sebab apa?
Sebab boleh dik..

Ada dlm kdrama yg lawyer autistik tu...ada kes lebih mcm ni...tp tuan tsnah tu org perseorangan....giler ah sampai boleh buat gitu...tp jln situ mmg grup depa yg maintain kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2023 08:58 PM | Show all posts
ok la tu dia nak pacak tol. Tapi dia lupa yg nak buat jalan tol atas tanah sendiri pun kena lalu LLM. Bukan suka suka pankreas je nak buat.

Tapi kalau hantar proposal dekat LLM mesti senang lulus sebab tak perlu nak procure tanah lain.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
walau jalangludin,camne ko boleh jadi pengerusi llm…ko ni bukan org suka sgt pun…dasar asal boleh kumpul harta je la ko ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2023 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
tanah Genting ni freehold ke leasehold...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
eiman replied at 22-10-2023 08:50 PM
Tanah persendirian genting highland, dia nak buat apa saja sesuker hati je, nak halang public masuk  ...

Kalau berlaku bencana agensi2 kerajaan juga yg pergi rescue.

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 07:47 AM | Show all posts
Blacklist Genting Highland daripada senarai tempat yang ingin dituju
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Jelebu pun abeh kena tarah uols.. semalam bertembung dengan menteri mana ntah sampai 6 polis traffic pakai motor besaq..ketepi iols.. kejadah 2 belah kena stop.. jalan dah le kecik..perabih duit rakyat.. dia ni pakai Bentley ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 08:36 AM | Show all posts
kat sabah dah lama ada tol persendirian mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kumpol tanah siket2 buat ladang musang king..ladang sayo buah..lombong pon dia.habis die 'kepong' sikit sikit .sampai masa nanti kita ke mana2 pon kena tol.jadilah kita pendatang kt negara sendiri.. sekarang masih tak sedar lagi sebab sibuk joget kat tiktok...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 10:33 AM | Show all posts
sudah sudah lah guna dana negara utk projek tak ber pakdah tu..bagus focus infa di sabah & sarawak sbb borneo akan jadi maju dengan perpindahan ibu negara indonesia di kalimantan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 12:13 PM | Show all posts
negeri terkecil di Malaysia, Genting. Bai the wei, nanti Genting tukar tol jadi entrance fees.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2023 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg betoi ka ada tol? Kalau ada tol, iols maleh nak masuk..

Pi bukit tinggi pun kalau bkn bermlm situ, kena bayaq tol/entrance fees.. first world hotel tu dah le susah nak dpt bilik.. babai je la mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 04:59 PM | Show all posts
xde tol pon jem.. esok lusa ada tol jem smpai bt caves la tu...semakkkkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:00 AM GMT+8 , Processed in 2.366898 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list