CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia Setuju Pendirian Arab Saudi Hentikan Operasi Ketenteraan Di Gaza

22-10-2023 05:32 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4150| Komen: 12

Kuala Lumpur: Malaysia bersetuju dengan pendirian teguh Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman yang menggesa operasi ketenteraan dihentikan di bandar-bandar di Semenanjung Gaza.


Wilayah itu terkepung sejak lebih 70 tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata penderitaan bukan saja dialami penduduk di Gaza, tetapi seluruh rakyat Palestin yang berada di sana selama beberapa dekad.

ANWAR ketika mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Arab Saudi Putera Mahkota Mohammed bin Salman di Istana Al Yamamah. FOTO Bernama

"Pendirian teguh yang disuarakan pemimpin Arab melalui ucapan pembukaan Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)itu dibuat atas dasar kemanusiaan dan tidak keterlaluan pada saya, ia sangat menyentuh hati.

"Mereka sangat bersungguh-sungguh mengetengahkan gesaan itu dan tiba masanya seorang pemimpin Arab mengambil pendirian teguh atas dasar kemanusiaan.


"Masalah yang dialami bukan saja penduduk Gaza, malah seluruh rakyat Palestin yang berada di sana selama beberapa dekad," katanya dalam video yang dipetik portal Arab News, hari ini.

Anwar menjelaskan Malaysia antara negara yang terawal menyuarakan maklum balas terhadap konflik Palestin.

"Maklum balas itu serta-merta (terhadap serangan di Israel dan tindakan balas seterusnya Israel)," katanya.

Dalam pada itu, beliau berterima kasih kepada Mohammed dan menyatakan sokongan Malaysia bersama Arab Saudi dan GCC.

"Ia kerana apabila anda memimpin berbanding dengan negara ASEAN yang agak jauh, tetapi kami (masih) menganggap ia menjadi tanggungjawab kami.

"Cukuplah dengan pencerobohan itu, ia satu tindakan tidak berperikemanusiaan kerana tidak mempedulikan wanita dan kanak-kanak, sekali gus membiarkan mereka menderita pada zaman ini.

"Saya tidak faham mengapa orang Israel tidak faham (bahawa) apa yang Holocaust (kini) turut memberi kesan kepada orang lain," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Binodino 22-10-2023 05:54 PM
Tak percaya aku kat si MBS ni. Kalau setakat berpendirian itu, berpendirian ini tak ke mana jugak. Sembang. Macam lah zionis lehnat, US & sekutu tu terkesan sangat dengan pendirian & solidariti 1 dunia dengan palestin tu semua.
Quote tumpanglalu74 22-10-2023 06:31 PM
[youtube]qWk5w_5sZ48?si=doaXzY7J4ZfYFuww[/youtube]
https://youtu.be/qWk5w_5sZ48?si=doaXzY7J4ZfYFuww
Quote kakikuDibibirmu 22-10-2023 06:58 PM
GNU C Compiler  tersenyum sinis
Quote dua_chzy 22-10-2023 07:00 PM
Persoalannya,

Hamas nak ke berenti?
Quote ultra78 22-10-2023 07:07 PM
Lip service aje pun..
Quote Decaffeinated 22-10-2023 07:41 PM
Nak suruh berhenti boleh, lepas kasi aku balas dulu. Kata Israel.

btw, dah ko pun bukan iktiraf israel pun what makes you think they should listen?

Quote TOPwind 22-10-2023 07:41 PM
Edited by TOPwind at 22-10-2023 07:44 PM


pedatang dtg sehelai sebogel pun tak boleh hentikan

kononya nak hentikan perang.

Keling todi kat Parlimen nak hentikan auta nya pun takut.
Quote kaseh80 22-10-2023 07:59 PM
Very the madanon
Quote nusaraya 22-10-2023 10:26 PM
TOPwind replied at 22-10-2023 07:41 PM
pedatang dtg sehelai sebogel pun tak boleh hentikan

kononya nak hentikan perang.

Ironik .Jadinya ... Mengingat Israel dan Malaysia sama-sama ditubuhkan oleh UK

Betol ... Malaysia begitu bersemangat nak Bela Palestine, Tapi Melayu Malaysia Sendiri Tergusur Pendatang Asing  China, India, Bangla, Rohingya, Indon etc  ..... Hehehehehe.....


[youtube]Vo-X4epLm3A[/youtube]
Quote capwayang 22-10-2023 10:38 PM
..iols pun setuju juga kot dan iols belum tengok lagi tapi nak share docu (2005) ni di sini - Palestinians & Israelis Locked Up Together: Inside Israel's Jails (Jail Documentary) | Real Stories..

[youtube]-6zUbR7fQm0?si=4r7eTjc3-7806FCn[/youtube]
Quote iolss 23-10-2023 05:02 PM
terpalinggg sembang...
Quote tripleid 23-10-2023 05:18 PM
Edited by tripleid at 23-10-2023 05:26 PM

Bekas Duta Khas Timur Tengah takde function mkn gaji buta 33 bulan yersenyum sinis!..


IMG_20231023_172548.jpg

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.049535 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top