Kuala Lumpur: Malaysia bersetuju dengan pendirian teguh Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman yang menggesa operasi ketenteraan dihentikan di bandar-bandar di Semenanjung Gaza.
Wilayah itu terkepung sejak lebih 70 tahun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata penderitaan bukan saja dialami penduduk di Gaza, tetapi seluruh rakyat Palestin yang berada di sana selama beberapa dekad.
ANWAR ketika mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Arab Saudi Putera Mahkota Mohammed bin Salman di Istana Al Yamamah. FOTO Bernama
"endirian teguh yang disuarakan pemimpin Arab melalui ucapan pembukaan Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)itu dibuat atas dasar kemanusiaan dan tidak keterlaluan pada saya, ia sangat menyentuh hati.
"Mereka sangat bersungguh-sungguh mengetengahkan gesaan itu dan tiba masanya seorang pemimpin Arab mengambil pendirian teguh atas dasar kemanusiaan.
"Masalah yang dialami bukan saja penduduk Gaza, malah seluruh rakyat Palestin yang berada di sana selama beberapa dekad," katanya dalam video yang dipetik portal Arab News, hari ini.
Anwar menjelaskan Malaysia antara negara yang terawal menyuarakan maklum balas terhadap konflik Palestin.
"Maklum balas itu serta-merta (terhadap serangan di Israel dan tindakan balas seterusnya Israel)," katanya.
Dalam pada itu, beliau berterima kasih kepada Mohammed dan menyatakan sokongan Malaysia bersama Arab Saudi dan GCC.
"Ia kerana apabila anda memimpin berbanding dengan negara ASEAN yang agak jauh, tetapi kami (masih) menganggap ia menjadi tanggungjawab kami.
"Cukuplah dengan pencerobohan itu, ia satu tindakan tidak berperikemanusiaan kerana tidak mempedulikan wanita dan kanak-kanak, sekali gus membiarkan mereka menderita pada zaman ini.
"Saya tidak faham mengapa orang Israel tidak faham (bahawa) apa yang Holocaust (kini) turut memberi kesan kepada orang lain," katanya.
Post time 22-10-2023 05:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tak percaya aku kat si MBS ni. Kalau setakat berpendirian itu, berpendirian ini tak ke mana jugak. Sembang. Macam lah zionis lehnat, US & sekutu tu terkesan sangat dengan pendirian & solidariti 1 dunia dengan palestin tu semua.
Ironik .Jadinya ... Mengingat Israel dan Malaysia sama-sama ditubuhkan oleh UK
Betol ... Malaysia begitu bersemangat nak Bela Palestine, Tapi Melayu Malaysia Sendiri Tergusur Pendatang Asing China, India, Bangla, Rohingya, Indon etc ..... Hehehehehe.....
..iols pun setuju juga kot dan iols belum tengok lagi tapi nak share docu (2005) ni di sini - Palestinians & Israelis Locked Up Together: Inside Israel's Jails (Jail Documentary) | Real Stories..