Pelakon Meerqeen hilang sabar dengan netizen yang mengaitkan ibu bapanya susulan tidak menunjukkan sokongan terhadap umat Islam di Palestin. Pemilik nama sebenar, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, yang berang dengan perkara itu memberikan amaran agar tidak memetik kedua orang tuanya dalam hal berkenaan.
"Mak bapak aku kau jangan main... Takkan pernah sekali aku tunduk dengan manusia. Kau ingat itu," katanya. Meerqeen berkongsi perkara itu di Instagram menerusi hantaran yang dimuat naik di IG Story. Menerusi komen netizen terbabit, individu itu menyifatkan meerqeen sebagai anjing pihak Israel. Individu itu turut mengatakan rezeki yang diberikan kepada ibu bapanya adalah daripada Israel dan bukan Allah SWT. Dalam pada itu, Meerqeen berkata, dia tidak akan menunjukkan kebaikan yang dilakukan semata-mata demi memuaskan hati semua pihak.
Kata pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu lagi, netizen juga tidak perlu mempertikaikan segala urusan dilakukan kerana dia lebih mengetahuinya. "Ramai manusia nak jalankan kerja Tuhan. Aku tahu apa aku buat untuk saudara kita di Palestin. "Aku tak perlu tunjuk pun bantuan apa yang aku beri pada mereka (rakyat Palestin) untuk senangkan hati manusia lain. "Cukup aku seorang saja tahu apa peranan dan tanggungjawab aku sebagai Muslim untuk orang di Palestin. "Pemberian aku ikhlas... berhenti menunding jari pada orang," katanya. Sebelum ini, Meerqeen disindir netizen yang mengatakan aktor berkenaan bakal ke neraka gara-gara tidak berkongsi sebarang sokongan kepada Palestin di media sosial. Terdapat juga pihak yang memuat naik semula gambar Meerqeen bersama pelakon Gal Gadot di sebuah acara perasmian kedai barangan kemas berjenama mewah di New York. Aktor itu menerima kecaman kerana dianggap tidak sensitif memandangkan Gal Gadot berasal dari Israel. Sumber: mStar |
airmineral replied at 21-10-2023 12:42 PM
siapa dia dan apa dia da buat smp org petik pasal mak bapa?
anak² kena ingat, kelakuan xelok kita ...
ADVERTISEMENT