View: 9477|Reply: 39
|
Meerqeen Hilang Sabar Netizen Kaitkan Ibu Bapa Gara-Gara Tak Kongsi Isu Palestin
[Copy link]
|
|
Pelakon Meerqeen hilang sabar dengan netizen yang mengaitkan ibu bapanya susulan tidak menunjukkan sokongan terhadap umat Islam di Palestin.
Pemilik nama sebenar, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, yang berang dengan perkara itu memberikan amaran agar tidak memetik kedua orang tuanya dalam hal berkenaan.
"Mak bapak aku kau jangan main... Takkan pernah sekali aku tunduk dengan manusia. Kau ingat itu," katanya.
Meerqeen berkongsi perkara itu di Instagram menerusi hantaran yang dimuat naik di IG Story.
Menerusi komen netizen terbabit, individu itu menyifatkan meerqeen sebagai anjing pihak Israel.
Individu itu turut mengatakan rezeki yang diberikan kepada ibu bapanya adalah daripada Israel dan bukan Allah SWT.
Dalam pada itu, Meerqeen berkata, dia tidak akan menunjukkan kebaikan yang dilakukan semata-mata demi memuaskan hati semua pihak.
Kata pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu lagi, netizen juga tidak perlu mempertikaikan segala urusan dilakukan kerana dia lebih mengetahuinya.
"Ramai manusia nak jalankan kerja Tuhan. Aku tahu apa aku buat untuk saudara kita di Palestin.
"Aku tak perlu tunjuk pun bantuan apa yang aku beri pada mereka (rakyat Palestin) untuk senangkan hati manusia lain.
"Cukup aku seorang saja tahu apa peranan dan tanggungjawab aku sebagai Muslim untuk orang di Palestin.
"emberian aku ikhlas... berhenti menunding jari pada orang," katanya.
Sebelum ini, Meerqeen disindir netizen yang mengatakan aktor berkenaan bakal ke neraka gara-gara tidak berkongsi sebarang sokongan kepada Palestin di media sosial.
Terdapat juga pihak yang memuat naik semula gambar Meerqeen bersama pelakon Gal Gadot di sebuah acara perasmian kedai barangan kemas berjenama mewah di New York.
Aktor itu menerima kecaman kerana dianggap tidak sensitif memandangkan Gal Gadot berasal dari Israel.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
siapa dia dan apa dia da buat smp org petik pasal mak bapa?
anak² kena ingat, kelakuan xelok kita ni sikit sbyk mmg org akan kaitkan dgn didikan ibu bapa & vice versa
jadi, jaga la perangai spy mak bapa xterkait skali |
|
|
|
|
|
|
|
airmineral replied at 21-10-2023 12:42 PM
siapa dia dan apa dia da buat smp org petik pasal mak bapa?
anak² kena ingat, kelakuan xelok kita ...
Kerana dia Tak tunjuk sokong Palestine do IG nya......netijen nak dia tunjuk sokong macam neelopah. Kutuk sumpah serana Israel. Nanti netijen happy...boleh dapat satu juta likes !
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini mesti netijen2 yg level lobenak macam jennie dan manak |
|
|
|
|
|
|
|
Over la hai netizens pun. Betul la lg byk influencers/celebs yg share, lg elok. Tp tak perlu la lebih2. Sape ko nk tentukan syurga neraka org disebbkan dia tak post apa2? Pahala ko share tu pun entah2 dh hilang sbb menerakakan org. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab mengata menyibuk mengalahkan acik bawang.. pelik2 punya perangai.. tadak gheja berkuntum kat TT IG.. p pijak rumput sambil bau tanah |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu waktu isu Gal Gadot haritu patut heols tutup mulut, simpan gambar tu dalam fon je. Ni tak, gigih nak menjawab.
kan dah mendapat cacian puaka netizen malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
dah lama perangai netizen ni umpama cybertrooper atau yakjuj makjuj turun beramai2 dari puncak bukit |
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku la netz pn tak perlu nak over sangat caci maki org yg gak up psl isu ni...lantak dia la kang esok2 pandai la dia berpikir...retis pn bukan cerdik mana semua nk jaga rezeki depa je....ni sampai menghukum menghina pulak ahli keluarga org tu |
|
|
|
|
|
|
|
Oh dia pernah komen berkait retis kayu heliwood tu ke?
Patut jadi target netizens tapi sampai libatkan makpak memang over nau |
|
|
|
|
|
|
|
Marilah komen
Naikkan saja apa² benang
Janji benang mereka yang terpaling tu lenyap dari muka hadapan |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni ada bodo jgk. Ko nk bangga ambik gmbr dgn gal gadot pastu nk tayang buat apa. Sama cm si remilah begum. Sama lorat nk komen kt ig gal gadol
Mmg padan muka korang kena maki. Sb ko mmg bodo
|
|
|
|
|
|
|
|
yelah kan mcm over nau. dia pun dh ckp tu ade je dia bg bantuan, nk petik mak bapak lagi aiyaiyai. blaja dik dgn acik retis senior wat tktau je. tgah panas bab ni mmg lah gitu. esok takde cerita, sendu je, netz judge netz, acik2 judge acik2 pulak, tggu la ko terfeeling ke hape laju jah sindir hahaha idok la serius pon buang saka bodoh aje mengkomen komem nyer, alang2 sangkut dlm jem atas jalan. tak pernah tak bnyk keter lah punn. |
|
|
|
|
|
|
|
bagi iols memang melampau laaa kalau ko bak kaitkan dengan mak ayah diaa. tah pape laaa netijen pon. |
|
|
|
|
|
|
|
Meerqeen ni silapnya PR dia lemah. Awal2 org bukan pertikaikan ko tak share hal2 palestin, ramai je artis famous yg tak buat benda sama. Tp netizen berapi2 bermula ko menjawab yg dgn Gal Gadot tu, mmg statement budak rempit dan kurang akal. Lepas tu FC dia pulak buat hal kutip derma publish acc peribadi, merqeen pun share igs benda ni, itu yg netizen bertambah marah. Kalau awal2 ko minta maaf je mudah cerita, dr mula mulut justify macam2 dgn play victim bagai, dicampur jenis mak dia yg mmg i nampak gila glamour. Artis2 lain pun dikecam juga tp parents kawal je diri, teruk dr dia dpt ramai je artis2 lain kena. So adik merqeen, perbaiki PR ye, bab mengglobalkan dirinya yg ni i puji mmg management dia pandai buat keje, tp pada i sbb kelebihannya kat rupa je la, lain2 biasa je. Tu pun pd i dia takde la hensem mana tp lebih elok dr actor2 Malaysia yg ada sekarang. Tp bab karisma dan wibawa mmg out, takde kat dia. Sorry naaa merqeen fans, ikhlas dr pandangan mata hati i |
|
|
|
|
|
|
|
Diam2 je la dan x pyh support die. Turunkan follower. So tv x ambik la star yg x ramai follower kan. X pyh berhujah dgn org ajet2 x guna otak die padahal kerjaya die mmg melibatkan netizen malaysia. Lain la ko henry golding. |
|
|
|
|
|
|
|
Jujur ye
Macik pon repost sekali dua je pasal Palestin
Idok ler berhari2
Tapi kalau macik jadi dia
Macik takkan bagi jawab balas
Dendiam je
Letak je bendera Palestin kat status IG
Ramai je buat benda simple tu
Sebab tak ganggu public post
Benda mudah je kot
Dari jawab menceceh melayan provokasi
Mungkin sebab perangai bajet bagus tu
Membuatkan macik tak pernah minat ekau |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas sorang2 kena yaa nasib la sbb korang di follow oleh acik2 konservatif kalau acik2 urban yg follow maybe korang selamat je takda sapa nk kecam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru 22 ptt la immature. Tp netizen pon biarlah die nk share ke x. Lntk la die |
|
|
|
|
|
|
| |
|