Kuala Lumpur: Sebanyak 8,868 kes penipuan pembelian dalam talian atau e-dagang dengan nilai kerugian RM163 juta dilaporkan sejak Januari hingga September tahun ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata bilangan kes purata tahunan hampir mencecah 10,000 kes dengan jumlah kerugian meningkat setiap tahun iaitu peningkatan sebanyak 55 peratus tahun ini berbanding 2021.
"Sepanjang 2021, sejumlah 9,449 kes penipuan e-dagang dengan kerugian RM73 juta dicatatkan manakala pada 2022 sebanyak 9,258 kes dicatat dengan kerugian RM140 juta," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau menjangkakan berlaku peningkatan ketara dalam bilangan kes-kes penipuan e-dagang di tahun akan datang ekoran peningkatan jumlah platform e-dagang yang semakin popular dalam urus niaga masyarakat masa kini. Menurutnya, kajian mendapati penyedia platform e-dagang telah menyediakan prosedur urus niaga yang selamat dan teratur namun kecenderungan mangsa untuk mendapatkan harga yang lebih murah mendorong mereka membuat pembelian terus dengan penjual tanpa melalui platform e-dagang berkaitan.
"Pelaku jenayah penipuan e-dagang menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp serta aplikasi jualan dalam talian untuk mencari mangsa," katanya. Ramli turut mengingatkan masyarakat untuk berwaspada dengan cara hanya membuat pembelian melalui platform e-dagang yang mempunyai ciri keselamatan dan sentiasa menyemak komen daripada pengguna lain. Selain itu, beliau menyarankan pengguna supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon penjual di pautan https:// semakmule.rmp.gov.my terlebih dulu sebelum membuat sebarang transaksi. Sumber: Harian Metro |
Zazama replied at 21-10-2023 08:35 AM
Kaka dgn ini rela hati mengaku, adalah salah seorg darinya. Beli perkakasan rumah seperti diiklan ha ...
B40tastePosh replied at 21-10-2023 12:30 PM
Tapi boleh report seller tu...screenshot semua conversation...dari Shopee Chat sampa ...
kakikuDibibirmu replied at 21-10-2023 09:29 PM
Mak ngahcow ijau andartu forever 41 tahun gemok gundu pelahap laksa Kedah tersenyum sinis { ...
ultra78 replied at 21-10-2023 10:11 PM
Misteri kehilangan sarah82 sejak 5/12/2021
annehuda replied at 22-10-2023 03:16 AM
Utk tak OT shopee lazada ni pun scammer gak, konon free shipping time nak bayar tetiba ada kos shipp ...
annehuda replied at 22-10-2023 03:15 AM
Kenapa korang ni anti sangat dengan sarah82 tu? Bagi aku dia tu ok je. Yang suka menganjing sarah82 ...
ultra78 replied at 21-10-2023 10:11 PM
Misteri kehilangan sarah82 sejak 5/12/2021
ultra78 replied at 21-10-2023 09:11 PM
Misteri kehilangan sarah82 sejak 5/12/2021
ADVERTISEMENT