CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Roy Azman Tak Galakkan Anak-Anak Jadi Artis

20-10-2023 07:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5856| Komen: 45

Roy Azman dah jadi artis sejak umur 18 tahun, namun dia tidak menggalakkan anak-anaknya untuk berkecimpung dalam bidang seni.

Pernah berdepan dengan pelbagai kesusahan hidup, Roy Azman atau nama sebenarnya, Zairosminan Azman Abdul Rahman tidak mahu anak-anaknya merasai apa yang pernah dilaluinya dulu.


Foto: IG

"Kalau boleh, saya tidak mahu anak-anak saya untuk menjadikan bidang seni sebagai sumber pendapatan utama. Melainkan bidang seni sebagai sampingan, itu adalah situasi yang berbeza.

"Namun, saya tidak mahu ada yang salah faham kerana saya sendiri masih mencari rezeki dalam bidang ini. Cuma saya tahu banyak pengorbanan yang perlu dilakukan.

"Bukan itu saja, bekerja dalam bidang ini juga tidak tentu masa. Apatah lagi jika ingin bercuti secara mengejut dan sebagainya kerana membabitkan banyak pihak. Contohnya jika berlakon, kita perlu memikirkan jadual kerja rakan gandingan juga jika hendak cuti mengejut.



"Saya pernah hidup susah seperti tidur dalam kereta, makan nasi hanya dengan kuah saja kerana tidak mampu membeli lauk, semua sudah saya rasa. Jadi saya tidak mahu anak-anak saya melalui apa yang pernah saya tempuhi itu," katanya kepada Harian Metro.

Roy cukup dikenali melalui penampilannya dalam drama bersiri Roda-Roda Kuala Lumpur.

Roy berkahwin dengan bekas ahli kumpulan Princess, Rafidah Mohd Razali pada 11 Mac 2006 dan dikurniakan lima anak.

Berkongsi mengenai pembabitannya dalam bidang komedi, Roy menjelaskan kerjayanya sebagai pelawak bermula selepas video ketawanya menjadi tular di media sosial.


"Saya sendiri tidak tahu ada bakat sebagai pelawak, namun semuanya bermula apabila video saya gelak bersama isteri Johan iaitu Ozzlyn menjadi tular. Selepas itu, saya mendapat tawaran bersama Ali Puteh untuk menyertai pertandingan lawak.

"Tidak sangka itu permulaan kerjaya saya sebagai pelakon komedi, saya sendiri tidak merancang tempoh untuk berada dalam bidang seni. Selagi diperlukan dan ada permintaan, selagi itu saya akan terus berada sebagai anak seni," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 21-10-2023 09:17 AM
Come on forumer....
Lagi!
Lagi!
Lagi!

Sila benamkan benang si duda terpaling lembam dan si janda terpaling teraniaya...
Quote mojarean_X 21-10-2023 09:21 AM
telracs replied at 21-10-2023 09:17 AM
Come on forumer....
Lagi!
Lagi!

Jom.....thread sendu pun kita komen beramai2
Quote jula7 21-10-2023 09:24 AM
kemonnnnnnnn
Quote Naftalena 21-10-2023 10:06 AM
mojarean_X replied at 21-10-2023 09:21 AM
Jom.....thread sendu pun kita komen beramai2

Mkl tu siapa sebenarnya, u? sherammmm pulak.
Quote shernazz 21-10-2023 10:17 AM
Cute sgt Bini dia masa kumpulan princess dulu
Dalam majalah mangga tiap 2 3 Bulan ada kuar princess neh...tak popular pung...
Fida neh popular pung sebab dia Jadi model vc syair Si pari Pari..
Quote Buritan 21-10-2023 10:28 AM
telracs replied at 21-10-2023 09:17 AM
Come on forumer....
Lagi!
Lagi!

Duda tuu sape . Kalo jnda tuu shu tu kann...

Nape depa pilih jd retis ek.. kalo aku nak jd retis utk duit tmbhn boleh laa .
Quote chimotmomot 21-10-2023 10:45 AM
jadi artis nie byk yg buruk dari baik..
Quote telracs 21-10-2023 10:57 AM
Buritan replied at 21-10-2023 02:28 AM
Duda tuu sape . Kalo jnda tuu shu tu kann...

Nape depa pilih jd retis ek.. kalo aku nak jd retis  ...

Duda dia laaa...
Lembam ya amat...
Saya yang banyak bersabar melihatnya...
Tak sanggup dah...
Quote Buritan 21-10-2023 11:05 AM
telracs replied at 21-10-2023 10:57 AM
Duda dia laaa...
Lembam ya amat...
Saya yang banyak bersabar melihatnya...

Hahahaha.. haah betul jgk no
Quote mojarean_X 21-10-2023 11:35 AM
Naftalena replied at 21-10-2023 10:06 AM
Mkl tu siapa sebenarnya, u? sherammmm pulak.

Tanya empunya badan teruslah @MsKantoiLagi
Quote syamzana 21-10-2023 11:48 AM
Buritan replied at 21-10-2023 10:28 AM
Duda tuu sape . Kalo jnda tuu shu tu kann...

Nape depa pilih jd retis ek.. kalo aku nak jd retis  ...

sbb nmpk duit kepok2 sekaliharung dpt pastu nak glamer dan sejenis malas kerja 9-5
wpun maybe sekali je dpt berkepok2 tu

Quote Buritan 21-10-2023 12:34 PM
syamzana replied at 21-10-2023 11:48 AM
sbb nmpk duit kepok2 sekaliharung dpt pastu nak glamer dan sejenis malas kerja 9-5
wpun maybe ...

Aku punpemalaass 8 to 5 jgk tp kalo aku pikir mulut aku ok jee.. kalo libat anak anak binikk oo canot cannott..

Satu lg bg aku laa gaduh pasal rumah selerak kee.. pemalaass kee ok gaduhh.. tp kalo gaduh sbb duit aku tak suke.. sbb bg aku duit insyaallah aku leh cari dgn cara kerjaa laa
Quote KikiHadid 22-10-2023 12:21 AM
Yg ni logik la didengar..pernah merasa susah makan nasi dgn kuah je sbb x mampu beli lauk..yg sorg lg tu cerita pernah hidup susah smpi makan tisu cicah kuah kari
Quote Selubung 22-10-2023 12:32 AM
Jadi retis ni kaya tau, panggil penyanyi sendu mendu pun kena bayar beribu ye bkn beratus noks tp kena pandai simpan.
Quote irsa 22-10-2023 03:16 AM
Nasihat seorg Bapa yg bergelar artis. Semestinya mahukan anknya lbh berjaya. Jd producer x apa kot
Quote Honey_Inara 22-10-2023 10:08 AM
Roy azman ni iols pun tak sangka daripada pelakon drama biasa² akhirnya boleh terjun ke satu cabang lain lagi iaitu melawak dan jadi penyampai radio. Pernah dengar heols kat sinar fm, not bad la. Lawak simple² tak perlu mengekek over naw. Kira tak bingitlah telinga iols mendengarnya. Lawaknya tu kadang² diselitkan nasihat so ada la pengisian. Macam dengar nasihat daripada 0rang lama gitew.
Quote pocongkiutss 22-10-2023 10:15 AM
mojarean_X replied at 21-10-2023 09:21 AM
Jom.....thread sendu pun kita komen beramai2

Ada juga yg sama mcm iols rupanya yach..hahaha jommm..semak siaaaa

Tp macam makin mengganas je nk lawan dgn uols..semua thread diorg yg naik skrg nih
Quote simmes 22-10-2023 10:39 AM
telracs replied at 21-10-2023 09:17 AM
Come on forumer....
Lagi!
Lagi!

Perasan dah komen ni dekat tred2 lain tapi harini baru nampak apa maksudnya.
Semak betul skrol2 1st page sampai 10 tred 2 ekor ni je
Quote doubleA 22-10-2023 11:16 AM
Honey_Inara replied at 22-10-2023 10:08 AM
Roy azman ni iols pun tak sangka daripada pelakon drama biasa² akhirnya boleh terjun ke satu cabang ...

Kan? Dia dulu pelakon biasa2 je bukan la hero atau popular sgt mcm badrul muhayat tapi relevan lagi job banyak sampai ke tua. Bini dia fyda tu cantik betul body maintain kurus walaupun anak 5. Anak2 deme pun cantik2 rupa

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.040830 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top