KANGAR – Perbuatan segelintir tok kadi atau jurunikah yang kerap ‘membuli’ pasangan pengantin lelaki semasa akad nikah tidak dibenarkan berlaku di Perlis. Khutbah Jumaat bertajuk ‘Islam Memudahkan Perkahwinan’ dikeluarkan Jabatan Mufti Perlis hari ini menyebut bahawa antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia adalah apabila ‘dipermudahkan yang haram dan disukarkan yang halal’.
Menurut khutbah itu, tindakan tok kadi atau jurunikah yang selalu ‘mendera’ pengantin supaya mengulang lafaz terima ketika akad nikah kononnya belum sah adalah tidak wajar. “Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skema sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya. “Padahal akad nikah itu tujuannya adalah untuk menggambarkan persetujuan kedua-dua belah pihak menjadi suami isteri yang sah.
“Dengan perkataan nikah, bersama apa sahaja ayat yang membawa maksud kepada mengahwinkan seseorang dengan pasangannya maka sah ijab dan kabul itu apabila rukun-rukunnya dipenuhi,” katanya. Menurut teks khutbah itu, tidak disyaratkan kabul mesti dalam satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama. “Apa yang ingin kita jelaskan betapa proses ijab kabul itu begitu mudah dan senang. Tidak timbul terpaksa dilakukan berulang-kali seperti dibuat sesetengah pihak yang membuli pengantin. “Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas serta pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin perlu ulang ke? “Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur-aduk dengan hukum syarak,” jelasnya. Jelasnya, lebih buruk lagi apabila ada jurunikah cuba menguji pengantin dengan menyuruh membaca ‘itu dan ini’. “Ada yang bertanyakan Rukun Islam, rukun Iman, rukun nikah dan seumpamanya. Padahal jurunikah yang mesti memastikan rukun tersebut dipenuhi, itu tugasannya, bukan bertanya kepada pengantin. “Ada yang suruh mengucap dua kalimah syahadah, seakan-akan jurunikah ragu-ragu dengan keislaman pengantin. Berbagai lagi tingkah laku jurunikah yang tidak wajar sehingga hari bahagia atau gembira pengantin menjadi hari yang dia dimalukan. “Hal ini kita tidak benarkan berlaku di Perlis,” ujarnya yang menambah pernikahan hendaklah meneladani kemudahan yang dianjurkan Nabi Muhammad SAW. – CARI Sumber:
|
aechae replied at 20-10-2023 06:57 PM
Sekarang ni mudah dh x mcm dlu..jurunikah pn xda msa nk main2 tnya ncm2…
Less 10 min setel trus peg ...
jiwasemangat replied at 21-10-2023 09:28 AM
Pessall kalau citerr kawin asyik² dari Perlis jerr.. ? Menteri kawin dari sana kerr..? Tanya jerr..
tumpanglalu74 replied at 21-10-2023 12:32 AM
Laki akak sepupu aku pon kene walhal duda tuwe yang anak2 udah koje belake.. Bukan pengantin fresh ...
Firenzza replied at 21-10-2023 09:53 AM
Bayaran duit salam kaut jurunikah ni mmg wajib kena bayar atau sekadar seikhlas hati? Kdg2 pengant ...
tumpanglalu74 replied at 20-10-2023 06:03 PM
Terbaek. Titik.
Video sekadar hiasan:
aechae replied at 21-10-2023 12:46 PM
Ni mcm upah gtu kn… sbb jurunikah ni mcm kt tmpat iols dorg ala2 freelance gtu…berdaftar dgn pej ...
ADVERTISEMENT