Bella Astillah nak jadi wanita yang lebih dewasa dan enggan lagi bersedih tentang isu yang berlaku baru-baru ini. “Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Saya pun nak lupakan perkara yang berlaku. Saya nak ‘move on’. Biasalah rumah tangga ada fasa naik turun.
“Cuma saya harapkan yang terbaik sahaja. Kalau boleh saya tidak mahu lagi sedih-sedih dan menjalani kehidupan dengan positif. Itu yang saya nak lakukan sekarang,” katanya kepada Kosmo! Online. Ujar Bella lagi, dia kini mahu menjadi lebih matang (dewasa) dan perlu menanam rasa lebih percaya terhadap suaminya, Aliff Aziz. “Saya semakin dewasa. Saya cuma mahu jalani kehidupan dengan perasaan berlapang dada. Saya tidak mahu lagi ada perasaan macam dahulu. Selalu rasa risau. Tak nak dah. “Sekarang saya lebih percaya pada dia (suami). Kalau tidak percaya, sudah lama saya tidak lagi bersama dengannya."
Enggan memanjangkan isu yang berlaku, Bella yang pernah menyertai program Famili Duo musim kedua tahun lalu turut meminta maaf kepada orang ramai yang berasa kurang senang dengan sikapnya yang dianggap tidak matang. “Saya tak nak ulas lebih-lebih lagi. Sekarang isu yang lebih penting adalah tentang saudara kita di Palestin. Apa-apa pun, saya minta maaf kepada mereka yang kurang senang dengan saya. “Mungkin ada yang fikir saya kurang matang. Saya pun dalam fasa untuk perbaiki diri memandangkan usia saya bakal mencecah 30 tahun, pada tahun hadapan,” jelasnya.
Hubungannya dengan Aliff, berada dalam keadaan baik-baik sahaja dan telah pun dipujuk lelaki itu secara peribadi. “Aliff pun sudah pujuk dan minta maaf kepada saya secara peribadi. Saya sendiri pun sudah minta maaf juga dengannya. “Mungkin ada perkara yang saya terlepas pandang dalam diri saya juga. Lagi sekali, saya minta semua doakan yang terbaik,” katanya. Terdahulu, kehadiran Sophia mencuri perhatian ramai kerana didakwa hadir bagi menonton Aliff yang pernah terkait dengan kontroversi cinta lokasi semasa konsert minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza (GV10).
Bagaimanapun, Aliff enggan memberi komen atas kehadiran Sophia kerana bimbang akan timbul spekulasi yang tidak sepatutnya. Sophia sewaktu ditemui media berkata, dia hadir kerana mahu memberikan sokongan terhadap sepupunya iaitu penyanyi, Aishah Retno yang membuat persembahan. Aliff dan Bella yang mendirikan rumah tangga pada 2016, kini bahagia bersama sepasang cahaya mata, Ayden Adrean dan Ara Adreanna. -CARI Sumber: Kosmo
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|