Dah berkawan lebih 20 tahun, Noorkhiriah tidak dapat membayangkan sekiranya teman baiknya pelakon Ieda Moin meninggal dunia. Khiriah atau Noorkhiriah Ahmad Sapie, 45, berkata, dia sering memikirkan bagaimana kehidupan tanpa kehadiran seorang teman baik seperti Ieda.
"Saya selalu membayangkan macam mana kalau dia (Ieda) meninggal dunia. Saya tidak tahu bagaimana kehidupan saya nanti. "Saya takut kalau salah seorang daripada kami meninggal dunia dulu," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Ieda atau Siti Haida Abdul Moin, 44, turut memberitahu dia dan Khiriah pernah membincangkan tentang isu kematian. Tambah Ieda, dia sangat menghargai kehadiran Khiriah sebagai seorang rakan dan mendedahkan pelakon Bedah Tong Gas itu merupakan antara individu yang banyak memberikan sokongan terhadapnya untuk berhijrah. "Masa kami muda dulu... Kami masing-masing pernah lalai. Saya boleh katakan Khiriah antara individu yang banyak memberi sokongan terhadap penghijrahan saya (menutup aurat).
"Dia (Khiriah) juga orang pertama yang membelikan saya tudung saat saya mahu berhijrah," jelasnya. Ieda juga mendedahkan biarpun mereka jarang bertemu, namun Khiriah tetap mengambil berat terhadap dirinya dan pernah menawarkan untuk memberi bantuan kewangan. "Kami jarang berjumpa... Selepas kami berkahwin masing-masing buat hal sendiri. Namun, apabila terdetik sahaja di hati mesti salah seorang daripada kami akan menelefon. "Korang ada kawan tak yang telefon untuk bertanya khabar dan beritahu sama ada saya nak pakai duit atau tidak. "Demi Allah dia yang telefon saya dan cakap 'kalau kau nak duit, kau beritahu aku tau'... dia boleh sampai tahap itu. "Sampai saya cakap kau ni macam aku tak ada duit sahaja... kalau saya tak ada duit saya cakap," katanya. -CARI Sumber: mStar
|
HelgaPataki replied at 20-10-2023 10:05 AM
Mesti start bestie dari Mario Mariono Bros kkk
ilacantik replied at 21-10-2023 12:00 PM
Meols beli k vcd tu. Masih tengok sampai sekarang. Rusdi ramli yg masih hensem, dgn saiful apek da ...
ADVERTISEMENT