Sekumpulan anggota kesihatan membantu menguruskan wanita yang baru melahirkan anak di dalam sebuah lori di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) . Dr Aliff Zaki berkongsi Momen yang dianggap pengalaman berharga sewaktu 'beraksi' bersama dua jururawat di KM121 menghala ke Kuantan, Pahang itu di laman X.
"Dapat panggilan ada kes nak bersalin dalam lori di lebuhraya Kuantan. Maklumat pasal ibu minimum. "Sepanjang persiapan di klinik, dua hingga tiga kali semak senarai barang-barang kerana expect for worst," ujarnya. Sewaktu dalam perjalanan menaiki ambulans, Dr Aliff dan pasukannya mula berteka-teki tentang keadaan ibu dan bayi di lokasi. Setiba di lokasi, kelihatan dua orang pegawai polis trafik sudah mula menjaga lalu lintas dengan keadaan pintu lori terbuka luas. "Nampak di rumput ada pakaian yang berlumuran darah dan najis. Bau tu memang tak disangkal kepekatannya. "Tanya pasangan (si suami), mana si ibu? Diberitahu ada dalam lori, di tempat duduk belakang jawabnya. "Memanjat lori bersaiz Optimus Prime (besar)... nampak dua susuk tubuh terbaring. Si ibu pejam mata, dan ada jasad kecil dicelah kangkang. Hati dah berdebar," cerita Dr Aliff lagi. Mendengar sahutannya dan respons sewaktu memanggil si ibu membuatkan hati doktor dan pasukannya kembali lega. Namun, tumpuan mereka beralih pula kepada si anak yang tidak lagi bergerak. "Saya pegang kaki bayi, jentik tapak kaki, keluar suara kecil menangis. Hati kembali lega, peluh jantan tak jadi keluar. "Saya teruskan prosedur potong tali pusat dan lain-lain. Bayi tu saya bungkuskan dengan kain tuala dan bawa keluar daripada lori. Pesakit diambil alih oleh SN (staff nurse) Sue. "Mencuci darah, periksa tahap koyak dan membersihkan ibu setakat boleh. JM (Jururawat Masyarakat) Azlina tunggu dekat luar untuk keperluan lain-lain," katanya. Selepas tugas membantu di lokasi selesai, ibu bersama anak yang baru dilahirkan dibawa ke dewan bersalin Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh di Pahang untuk rawatan lanjut. Rata-rata netizen memberikan pujian dan melahirkan rasa kagum kepada doktor dan jururawat yang berjaya menguruskan situasi tersebut. "Terima kasih atas jasa tuan, puan jururawat dan semua abang trafik yang membantu. Kalian the best. "Terbaik pasukan kesihatan. Mak bapa tak dapat free toll LPT seumur hidup ke?," demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
prince_marhaen replied at 20-10-2023 09:33 AM
OMG Dr.Alepppp.........meols crushhhhh...
prettyuglybabe replied at 20-10-2023 10:18 AM
gila la.. nak dekat waktu bersalin lagi nak ikut laki bawa lori..
ke anak prem?
syukur semua selamat ...
salimrock replied at 20-10-2023 10:26 AM
apa maksud anak prem?
prettyuglybabe replied at 20-10-2023 10:38 AM
anak premature or tak cukup bulan..
kalau betul bini bernombor, harap tak kantoi la dengan bini t ...
prettyuglybabe replied at 20-10-2023 10:18 AM
gila la.. nak dekat waktu bersalin lagi nak ikut laki bawa lori..
ke anak prem?
syukur semua selamat ...
B40tastePosh replied at 20-10-2023 07:48 PM
Kalau anak perempuan atau lelaki sedap bagi nama Lorry.
syamzana replied at 20-10-2023 07:55 PM
kalau pompuan bg nama pnjg sket...Lorelai, nama manja Lorry
btw, tahniah abam lori dan isteri d ...
syamzana replied at 20-10-2023 07:55 PM
kalau pompuan bg nama pnjg sket...Lorelai, nama manja Lorry
btw, tahniah abam lori dan isteri d ...
ADVERTISEMENT