Seorang lelaki mengalami situasi zakar tegang selama tiga hari, sebelum dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Daily Express melaporkan lelaki berusia 46 tahun itu menelan beberapa pil perangsang sekali gus hingga menyebabkan zakarnya menjadi tegang secara berterusan.
Buntu kerana alat sulit tidak mengendur hingga menyebabkan dia mengalami kesakitan melampau, individu berkenaan dibawa ke pusat kesihatan di Joao Pessoa di Timur Laut Brazil, baru-baru ini. Lelaki berkenaan menerima rawatan daripada pakar Urologi, André Brasileiro yang turut memberi pesanan ketika ditemui media. “Seperti mana-mana ubat, ia perlu digunakan dengan bimbingan pengamal perubatan," katanya. Ketika dirawat, doktor tersebut membuat satu tusukan pada pangkal zakar untuk 'mengecutkan' semula organ tersebut. Selepas keadaannya stabil, dia dibenarkan keluar daripada hospital pada Isnin. -CARI
Sumber: mStar
|
sara_thrash replied at 20-10-2023 09:42 AM
kalau biarkan je jadi apa? sorry soklan noob
sara_thrash replied at 20-10-2023 09:42 AM
kalau biarkan je jadi apa? sorry soklan noob
salimrock replied at 20-10-2023 10:22 AM
benda sedap tp kalo terlalu lama sedap akan jadi mudarat tak sedap atau sakit...
TomyamPuteh replied at 21-10-2023 07:55 PM
46 tahun dh level atok atok ke?
tri-max replied at 20-10-2023 10:45 AM
patah tumbuh, hilang berganti
kubur kata mari
hospital kata pergiiiiiii
Suchi replied at 21-10-2023 05:28 PM
Maaf nak tanya apa yg org lelaki rasa bila penis dia tu tegak camtu
salimrock replied at 23-10-2023 09:39 AM
maaf kalo sy menjawab dgn cara sexual
selalu nya lepas pancut air, dia akan kendur dlm masa bbrapa ...
ADVERTISEMENT