Penyanyi Britney Spears mendedahkan dia pernah menggugurkan kandungan hasil hubungan bersama bekas kekasihnya iaitu Justin Timberlake. Kata Britney, 42, tindakan tersebut dilakukan kerana ketika itu Justin belum bersedia untuk menjadi seorang bapa.
Britney menulis perkara tersebut dalam buku biografi dirinya berjudul The Woman in Me. Menurutnya lagi, dia berkemungkinan tidak akan melakukan prosedur menggugurkan kandungan itu sekiranya keputusan hanya dibuat oleh dirinya sendiri. "Justin tidak gembira dengan berita kehamilan saya. Katanya dia tidak bersedia untuk memiliki anak dalam hidup kami kerana terlalu muda. "Jika saya sendiri, mungkin saya tidak akan melakukannya. Namun Justin tidak yakin dia boleh menjadi seorang bapa," katanya. Britney sebelum ini pernah bercinta dengan Justin ketika dia berusia 17 tahun dan mereka berpisah pada 2002.
Dalam buku itu juga, penyanyi ini turut memberitahu pengalaman itu adalah antara yang paling menyeksakan hidupnya. Meskipun dia mencintai Justin, namun keputusan menggugurkan kandungan perlu dilakukan tanpa kerelaan hati sendiri. "Kehamilan itu satu kejutan namun bukan tragedi buat saya. Saya amat mencintai Justin dan berharap kami akan membina keluarga bersama. "Sehingga hari ini ia merupakan satu pengalaman yang paling menyeksakan dalam hidup saya," ujarnya. Sumber: mStar
|
mama_cat replied at 19-10-2023 01:47 PM
dulu tgk vids everytime tu tak faham.,.. now faham dah jalan cerita dia.. kesian betul dia ni... sem ...
manehnya replied at 19-10-2023 10:19 AM
tak sangka dia betul2 relay ngan JT, terok lah JT ni
babelina replied at 19-10-2023 10:17 AM
sedihnya dgr kisah nie.. i ols suka sgt BS.. patut la mcm2 blaku.. mcm org giler dia.. agknya meroya ...
prince_marhaen replied at 19-10-2023 10:10 AM
meols sampai skrg ada soft spot dekat BS ni.... padahal bukan minat sangat.. tapi hidup sheols tu sa ...
gideoncross replied at 19-10-2023 02:40 PM
Sam Asghari tu spy apak BS.
gideoncross replied at 19-10-2023 02:34 PM
BS wlaupn time tu msih muda tpi BS dh btul2 ready utk mnjdi sorg ibu, JT je yg x.
gideoncross replied at 19-10-2023 02:34 PM
BS wlaupn time tu msih muda tpi BS dh btul2 ready utk mnjdi sorg ibu, JT je yg x.
ADVERTISEMENT