CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Henti 'Call' Sebab Nak Dengar Bunyi Bom - Dr Nurul Ain

19-10-2023 07:43 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2751| Komen: 21

Petaling Jaya: Rakyat Malaysia, Dr Nurul Ain Latif yang kini berada di Semenanjung Gaza meluahkan rasa terkilan dengan permintaan yang dibuat segelintir rakyat Malaysia di saat genting ini.


Menerusi klip video yang dimuat naik di Facebooknya Nurul meminta orang ramai agar berhenti menghubunginya semata-mata untuk mendengar bunyi bom sebaliknya menjadi lebih sensitif berhubung situasi yang dilaluinya ketika ini.

"Saya nak minta tolong sikit. Boleh tak jangan jangan ‘call’ (hubungi) saya dan minta nak dengar bom. Bukan semua tapi segelintir itu tolong sensitif sikit.

“Engkau orang ingat benda ini main-main ke? Kamu nak doakan kami kena bom ke apa sekarang ini?

“Saya tak faham dengan orang-orang macam ini. Tolonglah faham, keadaan sangat-sangat susah dan genting,” katanya.

Dalam pada itu, Nurul Ain turut meminta agar masyarakat bersyukur dengan keadaan aman di Malaysia.


“Nikmatilah tidur dengan lena. Kamu tak rasa apa yang saya rasa dan perlu hadap. Engkau orang patutnya bersyukur dan bukannya hubungi saya minta nak dengar bom,” ujarnya.

Selain itu, kata Nurul Ain, usahanya untuk beri bantuan kepada penduduk di Gaza juga tidak dapat dilaksanakan susulan letusan bom di kawasan berkenaan.

Untuk rekod, Nurul Ain yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan berkahwin dengan lelaki warga Palestin kini berada di Gaza selepas sejak Oktober lalu.


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 19-10-2023 07:51 AM
Tak payah sebok dgn Semenanjung Gaza kau tu ..sebok dgn Semenanjung Melayu kau tu yang dah pupus dan dipanggil Semenanjung Malaysia.
Quote Cyempaka 19-10-2023 07:53 AM
Nak buat content la tu. Percayalah, dpt je bunyi bom tu derang dgn pantas akan tempek kat tiktok dgn muzik sedih2 caption terpaling peduli palestin.
Quote syamzana 19-10-2023 08:01 AM
dia ni balik sana before perang meletus ke join misi bantuan?
Quote sayurmayur88 19-10-2023 08:18 AM
entahlah........
Quote A-Are 19-10-2023 08:28 AM
ramai sebenarnya org jenis xda common sense ni
Quote esbok 19-10-2023 10:12 AM
Edited by esbok at 19-10-2023 10:16 AM
syamzana replied at 19-10-2023 08:01 AM
dia ni balik sana before perang meletus ke join misi bantuan?

Dia balik kampung suami. 9 tahun tak balik, kira ni baru depa balik, waktu sampai aman je katanya.
Dalam hari ke 4 dia kat situ tetiba ada attack. Dan dia pun sangkut lah di situ menanti signal dari kedutaan malaysia yang dari mesir kalau daku tak salah. Sebab border tak bukak.
Quote Buritan 19-10-2023 10:54 AM
Cyempaka: Nak buat content la tu. Percay ...


Bongokkkkkkkkkkkl..
Quote Suchi 19-10-2023 11:07 AM
Giler tul laa org yg call tu
Quote Suchi 19-10-2023 11:09 AM
esbok replied at 19-10-2023 10:12 AM
Dia balik kampung suami. 9 tahun tak balik, kira ni baru depa balik, waktu sampai aman je katanya.
...

Ya la 4/10 perang tu bermula

Sian dia mesti dia tak sangka balik kg suami tiba ada perang plak
Tp nak wat cemana mmg takleh jangka kalau dia balik awal sbln drpd tu pun kalau time tu gak nak berlaku perang tetap jadi juga.
Quote syamzana 19-10-2023 11:32 AM
esbok replied at 19-10-2023 10:12 AM
Dia balik kampung suami. 9 tahun tak balik, kira ni baru depa balik, waktu sampai aman je katanya.
...

kesiannya...mesti makayah dia susah hati.
semoga dipermudahkan urusan dia+suami+fmly disana dan blh balik ke msia dgn selamat.

teringat retis ramona zamzam nikah rakyat palestine pastu ramai komen tak pernah balik sana ke? dia jwb rakyat palestin yg dah keluar dari bumi sana mmg takleh balik dah. mmmmm. tatau apa maksudnya
Quote dua_chzy 19-10-2023 11:35 AM
Ko tengok la kebodohan tentera bawang negara ko dek.

Quote annehuda 19-10-2023 11:44 AM
B40tastePosh replied at 19-10-2023 07:51 AM
Tak payah sebok dgn Semenanjung Gaza kau tu ..sebok dgn Semenanjung Melayu kau tu yang dah pupus dan ...

dah orang jawa sabak bernam mcm ko pun sibuk claim melayu jugak mane la tak jadi mcm tu
Quote ifanonline 19-10-2023 01:00 PM
B40tastePosh replied at 19-10-2023 07:51 AM
Tak payah sebok dgn Semenanjung Gaza kau tu ..sebok dgn Semenanjung Melayu kau tu yang dah pupus dan ...

kuffar kah kamu?
Quote MadameOnion 19-10-2023 01:42 PM
syamzana replied at 19-10-2023 11:32 AM
kesiannya...mesti makayah dia susah hati.
semoga dipermudahkan urusan dia+suami+fmly disana dan b ...

ehh ramai je yg balik kan? ke aku silap? sbb ada tiktokers yg dok us..kena kecam suruh balik..so dia pun balik la bercuti..siap buat video betapa cantiknya gaza tu..ni sebelum serangan tu la..awal2 tahun hari tu
Quote syamzana 19-10-2023 01:48 PM
MadameOnion replied at 19-10-2023 01:42 PM
ehh ramai je yg balik kan? ke aku silap? sbb ada tiktokers yg dok us..kena kecam suruh balik..so d ...

rasanya info dia tu sesuatu kot, entah2 lakinya yg taknak balik, takpun dia taknak join
kot celah mana keluar palestin then takleh balik sampai sudah entah
Quote B40tastePosh 19-10-2023 01:58 PM
annehuda replied at 19-10-2023 11:44 AM
dah orang jawa sabak bernam mcm ko pun sibuk claim melayu jugak mane la tak jadi mcm tu

Entah la...nasib baik tak bertukar nama ke Semenanjung Jawa
Quote B40tastePosh 19-10-2023 01:59 PM
ifanonline replied at 19-10-2023 01:00 PM
kuffar kah kamu?

Kaffir Lime.
Quote annehuda 19-10-2023 02:27 PM
syamzana replied at 19-10-2023 11:32 AM
kesiannya...mesti makayah dia susah hati.
semoga dipermudahkan urusan dia+suami+fmly disana dan b ...

masa perang Nakba pertama zaman 1940an dulu, memang ramai je rakyat palestin yang terpaksa jadi pelarian, ke jordan ke egypt. bila dah aman mmg israel tak kasi pelarian ni masuk balik palestin dah. sbb tu raja jordan dan egypt tu tak nak bukak border, bukan sebab tak kesian sbbnye once diorg dh keluar jadi pelarian mmg israel takkan kasi masuk dah. end up diorg ni jadi status pelarian yang takde warganegara
Quote sharlenetexas 20-10-2023 09:45 AM
B40tastePosh replied at 19-10-2023 01:58 PM
Entah la...nasib baik tak bertukar nama ke Semenanjung Jawa

Weols kelantan, ganu bukan jawa.


Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.081735 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top