Pengacara, Jihan Muse tampil membuat permohonan maaf susulan ketelanjuran kata-kata terhadap penyanyi Azmi Saat ketika mengendalikan program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada Ahad lalu.
Jihan menerusi Instagram berkata dia sudah menghubungi Azmi sehari selepas ASGV minggu keempat bersiaran. Malah, Jihan, 40, memberitahu dia sama sekali tidak berniat untuk menghina atau mempermainkan isu nama bapa penyanyi itu. "Saya telah berhubung dan memohon maaf secara peribadi dengan dia (Azmi) pada Isnin lalu. Tiada niat saya untuk mempermainkan nama dan menghina seperti yang dikatakan. "Namun saya akui ia adalah kesilapan dari saya kerana tidak peka dan sensitif. Begitu juga dengan gurauan tidak bersesuaian yang telah dibuat. Ia tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun," katanya. Sebelum ini, gurauan Jihan berkaitan nama 'Saat' menjadi bualan dalam kalangan netizen kerana dianggap mempersendakan bapa kepada Azmi.
Selain itu, soalan Jihan kepada Azmi tentang bagaimana dia hadir ke Auditorium MBSA juga dianggap tidak sesuai memandangkan penyanyi itu merupakan orang kurang upaya. Dalam pada itu, Jihan menganggap segala teguran yang diterima adalah satu pengajaran agar dia lebih berhati-hati ketika mengendalikan ASGV. "Ini adalah pengajaran buat saya untuk lebih peka dan berhati-hati. Saya terima segala teguran. "Diharapkan perkara ini tidak akan berulang lagi daripada saya atau sesiapa sahaja. Ia bukan perkara yang boleh dinormalisasikan. "Semoga kami dapat menyusun skrip dengan lebih baik selepas ini," ujarnya. Pada Ahad lalu, Azmi tampil berduet dengan Azharina menyampaikan lagu berjudul Pupus yang dipopularkan oleh Dewa 19. Selain Jihan ASGV juga dikendalikan oleh Nabil Ahmad sebagai pengacara. Sumber: mStar
|
Mulotkoyak replied at 18-10-2023 10:11 PM
Alaaaa mcm la netizen xpernah slh ckp… ngn mak ayah pun kkdg kurang ajaq apatah lg rakan sekerja
nolya replied at 18-10-2023 11:42 PM
Itulah yg dikatakan Alah bisa tegal biasa. Dasar mulut tak berbedung, mcm tu laa..
ADVERTISEMENT