CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6537|Reply: 71

Terlanjur Bergurau, Jihan Muse Mohon Maaf, Mengaku Silap Tidak Sensitif

[Copy link]
Post time 18-10-2023 09:53 PM | Show all posts |Read mode
Pengacara, Jihan Muse tampil membuat permohonan maaf susulan ketelanjuran kata-kata terhadap penyanyi Azmi Saat ketika mengendalikan program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada Ahad lalu.


Jihan menerusi Instagram berkata dia sudah menghubungi Azmi sehari selepas ASGV minggu keempat bersiaran.


Malah, Jihan, 40, memberitahu dia sama sekali tidak berniat untuk menghina atau mempermainkan isu nama bapa penyanyi itu.






"Saya telah berhubung dan memohon maaf secara peribadi dengan dia (Azmi) pada Isnin lalu. Tiada niat saya untuk mempermainkan nama dan menghina seperti yang dikatakan.


"Namun saya akui ia adalah kesilapan dari saya kerana tidak peka dan sensitif. Begitu juga dengan gurauan tidak bersesuaian yang telah dibuat. Ia tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun," katanya.


Sebelum ini, gurauan Jihan berkaitan nama 'Saat' menjadi bualan dalam kalangan netizen kerana dianggap mempersendakan bapa kepada Azmi.


Selain itu, soalan Jihan kepada Azmi tentang bagaimana dia hadir ke Auditorium MBSA juga dianggap tidak sesuai memandangkan penyanyi itu merupakan orang kurang upaya.


Dalam pada itu, Jihan menganggap segala teguran yang diterima adalah satu pengajaran agar dia lebih berhati-hati ketika mengendalikan ASGV.






"Ini adalah pengajaran buat saya untuk lebih peka dan berhati-hati. Saya terima segala teguran.


"Diharapkan perkara ini tidak akan berulang lagi daripada saya atau sesiapa sahaja. Ia bukan perkara yang boleh dinormalisasikan.


"Semoga kami dapat menyusun skrip dengan lebih baik selepas ini," ujarnya.


Pada Ahad lalu, Azmi tampil berduet dengan Azharina menyampaikan lagu berjudul Pupus yang dipopularkan oleh Dewa 19.


Selain Jihan ASGV juga dikendalikan oleh Nabil Ahmad sebagai pengacara.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2023 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan pestime
lain kali buat lagi?
so yerteryearsss
irrelevant

NEXT
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu la sangat bahaya bila mulut lagi laju daripada otak
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaaaa mcm la netizen xpernah slh ckp… ngn mak ayah pun kkdg kurang ajaq apatah lg rakan sekerja
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah suka dia ni.. tersangat meluat…
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 10:34 PM | Show all posts
meluatttttt.....  diva sgt...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2023 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaf
Ulang lagi
Maaf
Ulang lagi
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni kena tunjuk gambar masa awal2 masuk industri hiburan br tau muka asalnya mcm mana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2023 11:42 PM | Show all posts
Mulotkoyak replied at 18-10-2023 10:11 PM
Alaaaa mcm la netizen xpernah slh ckp… ngn mak ayah pun kkdg kurang ajaq apatah lg rakan sekerja


Itulah yg dikatakan Alah bisa tegal biasa.  Dasar mulut tak berbedung, mcm tu laa..


Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Stiap kali gv mc nya kene mintak maap x yg laki yg pempuan
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni kalau bukan kerana job lebat lps raja lawak dulu agaknya rupa masih macam sebelum repair dulu. Aku ni bukan la peminat lina gelenyar tu tapi lbh baik dia la dari jihan ngan nabil yg suka melucah mencarut menghina atas pentas live depan jutaan mata manusia. Pastu minta maaf kononnya atas ticket dia cuma menjalankan tanggungjawab pastu ulang lagi sampai ajm.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 01:01 AM | Show all posts
Sheolls masih membela biawak kah?
Atau biawak dah pandai cari job.

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda ni biasa kita dengan kawan2 kita buat. Tapi yang bodohnya dia ni buat mcm tu depan orang ramai, live pulak tu. Bodoh sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
boleh lps ni sapa2 buat lawak biawak pulak kat dia
kan dia pn membela biawak tgk apa respon fan minah ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
URUHA: Sebab tu la sangat bahaya bila ...
otak cc kecik dari mulut kot
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 18-10-2023 11:42 PM
Itulah yg dikatakan Alah bisa tegal biasa.  Dasar mulut tak berbedung, mcm tu laa..

Nak enterprame jugak setazah jadi jadian macam ko kheunz?

Ptuiiikkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2023 08:15 AM | Show all posts
Bila lidah tak berhubung dengan otak macam tu laa jadinya..
Mengguris perasaan orang, minta maaf. Mudah sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 08:23 AM | Show all posts
nak bg teka teki la..

dlm banyak2 biawak.. biawak ape yg hidup selesa?
biawak dlm rumah jihan..

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah mintak maaf pastu indirectly salahkan skript pulak. So skrg ni kesalahan nak kena transfer ke skript writer la sbb host tu DNA otak tak bersambung, main ikut je skript buta-buta takleh fikir soal logic & sensitivity. Baik guna host AI je la. At least robot tak shaking.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 08:25 AM | Show all posts
silap, minta maaf, silap, minta maaf sampai la abang jamil mam..
host kena la professional, walaupon dia dgn azmi tu rapat off stage tp jgn la melawak begitu di tv
satu lagi, iolls tak suka kalau dia dgn nabil dkt gv bahasakan aku, kau
dkt tv kan, kena la proper.. tp dah 10 GV, astro ok kot mcm tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.067578 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list