Dayangku Intan menjadi bualan hangat selepas beberapa video miliknya tular di TikTok, baru-baru ini. Penyanyi popular era 80-an yang berusia 58 tahun itu memuat naik video dirinya lantang bersuara mengenai pimpinan Perdana Menteri menerusi Kerajaan Perpaduan.
Menurut Dayangku Intan, dia mendakwa kerajaan yang ada kini tidak kompeten dalam menjalankan tugas “Kalau nak lawan Anwar Ibrahim dan sekutunya, kita kena serius buat kerja. “Saya tahu kita semua risau kerana sekarang kita mempunyai Perdana Menteri dan kerajaan paling mudarat dalam sejarah, dan mereka sudah berkuasa hampir satu tahun,” dakwa Dayangku Intan.
Dayangku Intan turut memaklumkan dia dan rakan-rakan telah membuka tabung bagi protes menentang Perdana Menteri. “Saya dan rakan-rakan telah memulakan gerakan demi negara, untuk memastikan negara berada di landasan yang betul. “Di PRU 16, bakal ada perubahan dan kami dengan rendah hati menjemput anda semua membantu misi gerakan demi negara.
|
Suchi replied at 18-10-2023 03:51 PM
Aik dia bkn PKR ke? Sudah tukaaar kaaa
helicornia replied at 18-10-2023 03:53 PM
tekejut tengok gambo first tu ingat dia serkup kepala dgn guni
katnissE replied at 18-10-2023 04:13 PM
Dulu kuat PKR. Apa dah jadi skang?
zuriey replied at 18-10-2023 04:18 PM
Makcik ni yg rmh dlm hutan batang kali tu kan
ADVERTISEMENT